Penantian hampir 20 tahun akhirnya berakhir apabila Google mengumumkan bahawa penghantaran fail antara peranti Android dan iPhone kini boleh dilakukan menggunakan protokol QuickShare dan AirDrop. Pengumuman ini menjadi detik bersejarah kerana buat pertama kali dua ekosistem telefon pintar paling popular boleh “bercakap” secara terus tanpa aplikasi pihak ketiga.
Sebelum ini, pengguna hanya bergantung pada aplikasi seperti LocalSend untuk penghantaran rentas sistem operasi. Walaupun berfungsi, ia tetap kurang lancar dan tidak selesa berbanding ciri perkongsian fail terbina dalam seperti AirDrop. Kini, halangan itu akhirnya dihapuskan.
iPhone Muncul Dalam QuickShare, Android Muncul Dalam AirDrop
Menurut sumber dengan integrasi baharu ini, proses perkongsian menjadi jauh lebih mudah:
Dalam QuickShare, peranti iPhone akan muncul sebagai pilihan penerima.
Dalam AirDrop pula, peranti Android akan kelihatan dalam senarai peranti yang boleh menerima fail.
Ini bermakna pengguna Android dan iPhone kini boleh saling menghantar gambar, video, dokumen dan pelbagai jenis fail dengan kelajuan tinggi tanpa perlu menyentuh internet atau memuat turun aplikasi tambahan. Semua ini berlaku melalui gabungan protokol QuickShare dan AirDrop yang kini bersambung secara terus.
Ads
Terhad Kepada Peranti Pixel Baharu Buat Masa Ini
Walaupun ciri ini sangat dinantikan, ia belum tersedia untuk semua peranti Android.
Setakat ini, Google hanya mengaktifkan fungsi tersebut pada model:
Pixel 10
Pixel 10 Pro
Pixel 10 Pro XL
Pixel 10 Pro Fold
Google memaklumkan sokongan untuk Android lain akan ditambah dari semasa ke semasa pada masa hadapan. Untuk pengguna bukan Pixel, sabar dulu… tapi berita baiknya, ia memang sedang dalam proses untuk dikembangkan secara meluas!
Ads
Lebih Selamat & Stabil Berbanding Aplikasi Pihak Ketiga
Perkongsian fail menggunakan protokol QuickShare dan AirDrop pada tahap sistem menjadikannya:
Lebih selamat – perlindungan terbina pada sistem operasi
Lebih stabil – tiada isu pairing gagal seperti aplikasi luar
Lebih pantas – menggunakan Bluetooth + WiFi Direct seperti AirDrop sebenar
Tidak mengecilkan kualiti – fail dihantar dalam resolusi asal
Integrasi ini digelar ramai sebagai “penyatuan teknologi” yang sepatutnya berlaku sejak lama.
Apa Maknanya Untuk Remaja?
Untuk pengguna muda yang aktif dan sering berkongsi fail, ini adalah berita besar. Antaranya:
Ads
📸 Boleh kongsi gambar outing tanpa pecah
🎬 Video TikTok atau vlog boleh dihantar tanpa compress
🎓 Assignment & projek sekolah lebih mudah dipindahkan
🎮 Gamers boleh berkongsi rakaman permainan dengan cepat
📁 Pindah fail besar tanpa guna data atau internet
Ringkasnya — hidup digital remaja menjadi jauh lebih lancar berkat integrasi QuickShare dan AirDrop yang akhirnya menjembatani dua dunia telefon pintar.
Kesimpulan
Integrasi QuickShare dan AirDrop antara Android dan iPhone adalah langkah besar dalam dunia teknologi mudah alih. Walaupun kini terhad kepada Pixel 10 dahulu, masa depan jelas menunjukkan keserasian rentas sistem operasi akan menjadi standard baharu.
Penantian panjang akhirnya berbaloi dan dunia kini selangkah lebih dekat kepada teknologi yang benar-benar universal.
Nak jadi solo traveller memang kena banyak akal. Kalau tak, macam mana nak capture momen-momen indah sepanjang bercuti? Takkan la semua gambar kita nak harapkan orang lain yang tolong snap kan?
Nah, tak payah pening-pening nak fikir, ini jawapannya. Selepas setahun, GoPro muncul lagi dengan model terbaru mereka, Hero 8 Black yang sudah tentu lebih canggih dan hebat berbanding sebelumnya.
Diperkenalkan Dengan Beberapa Fungsi Baru
Beza paling nyata adalah pada fizikalnya. Tiada lagi perumah khas untuk berikan perlindungan dan mount kepada kamera sebaliknya mount pada Hero 8 hadir dalam bentuk boleh lipat. Rekaan ini menjadikan kamera 14% lebih ringan.Perumah konvesional sebelum ini telah digantikan dengan mods yang sangat berguna.
Hero8 Black Mods ada tiga komponen dan mereka ialah:
Media Mod dilengkapi mikrofon shotgun dan dua cold shoe untuk aksesori lain. Ia juga ada port HDMI, jek audio 3.5mm serta HDMI out.
Display Mod boleh disambung pada coldshoe Media Mod dan anda akan terima paparan menghadap anda
Light Mod adalah aksesori lampu kalis air sehingga 10 meter
Selain itu dalam GoPro Hero 8, ianya didatangkan dengan Media Mod sesuai untuk mereka yang ingin membuat rakaman video dan mereka yang bekerja sebagai pnggiat industri media. Kelebihan ini, pengguna dapat menambah pelbagai aksesori lain seperti skrin LCD tambahan, lampu LED serta tripod.
Fungsi HyperSmooth 2.0 Curi Perhatian
Selain itu, ciri menarik dalam model ini semestinya fungsi HyperSmooth 2.0. Dengan mod ini, anda tidak perlu risau video yang dirakam tidak jelas mahupun bergegar teruk kerana ianya membolehkan pengguna mendapatkan video yang stabil dengan jelas dan terang dalam resolusi 4K 60FPS. Malah fungsi video gerak perlahan, TimeWarp 2.0 turut diperkenalkan.
Untuk maklumat, GoPro Hero 8 dijual dengan harga $399 bersamaan RM1670.81) dan harga ini tidak termasuk dengan aksesori tambahan yang lain. Jadi, siapa kata bercuti seorang diri tak boleh capture gambar cantik-cantik kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan hanya tawaran makanan yang ‘menggila’ sahaja ditawarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung, syarikat telco di Malaysia juga turut mengambil peluang untuk memberi ganjaran dan kemudahan bagi pengguna mereka.
Terdapat banyak tawaran berbaloi yang ditawarkan dan antaranya adalah seperti berikut:
1. Yodoo
Mulai hari ini dan setiap Isnin yang berikutnya sehinggalah akhir April 2020, semua pengguna aktif Yodoo akan menerima data 1GB percuma untuk membantu korang membuat kerja dari rumah dan berhubung dengan dunia luar.
2. Unifi Mobile
Bagi korang yang menggunakan pelan Unifi Mobile 99, webe RM79 dan Unifi Mobile Pek Jasa, korang boleh menikmati pas hotspot 999GB LTE secara percuma, sekali gus berkongsi data bersama ahli keluarga lain ketika berada di rumah. Promosi ini ditawarkan dari 19 Mac hingga 31 Mac 2020.
3. Celcom
Bermula hari ini sehingga 31 Mac akan datang, Celcom menawarkan free unlimited WhatsApp chat, voice dan video call, free unlimited access untuk Microsoft 365, layari moh.gov.my dengan percuma dan percuma ke rangkaian talian Crisis Preparedness Response Centre 03-88810200 & Movement Control Order Hotline 03-88882010 mengikut terma dan syarat.
4. Digi
Digi menawarkan Digi Postpaid 80, Digi Postpaid 120 dan Digi Postpaid 160 yang pastinya lebih berbaloi kepada pengguna mereka.
5. U Mobile
Bagi pengguna pelan GX50, GX68, P99 dan P13 akan menerima data hotspot dua kali ganda daripada pelan biasa.
Ha, menarik kan? Jom tukar kepada pelan yang lebih berbaloi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat korang yang sedang mencari telefon pintar baru, Apple telah pun mengumumkan bahawa iPhone SE sudah boleh mula ditempah melalui laman rasmi Apple bermula 11 Mei 2020.
Selain tempahan melalui lawan web Apple, korang juga boleh membuat tempahan melalui pengedar rasmi Apple dan syarikat telekomunikasi terpilih.
iPhone SE hadir dengan skrin 4.7-inci Retina HD, dilengkapi pengimbas cap jari Touch ID, dijana cip Apple A13 Bionic, dan menggunakan satu kamera dibelakang. Ia turut hadir dengan sokongan kalis air IP67.
Ha, mesti korang dah tak sabar nak tahu harga telefon pintar ini kan?
Bagi model 64Gb dijual pada harga RM1999, 128GB RM2199 dan 256Gb pada harga RM2699.