Pelakon dan pengarah, Que Haidar mengesahkan bahawa dia dan bekas isterinya, Linda Jasmine, telah sah bercerai talak satu pada 2 Julai lalu setelah 15 tahun melayari bahtera rumah tangga.
Menerusi laporan media tempatan, Que Haidar tidak mendedahkan secara lanjut mengenai punca perceraian tersebut, namun dia menegaskan bahawa mereka masih mengekalkan hubungan baik.
“Alhamdulillah itu yang Allah tentukan, saya minta semua doa yang baik-baik, kami masih berkawan baik untuk anak-anak.
“Tiada siapa yang mahu bercerai, tetapi itu yang terbaik,” katanya.
Ads
Pelakon filem popular Rock Oo! ini memilih untuk merahsiakan berita penceraian tersebut, berpendapat tiada keperluan untuk menghebohkan perkara peribadi itu.
“Isu rumah tangga sangat peribadi, perkara itu tidak patut dibanggakan, saya simpan sendiri sahaja. Saya rasa tiada keperluan untuk diuar-uarkan.
“Siapa sahaja yang mahu rumah tangga dia bercerai. Tetapi kami berpisah secara baik tiada perbalahan yang berlaku. la merupakan kata sepakat,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Que juga memaklumkan bahawa anak-anaknya menerima berita penceraian itu dengan baik.
Ads
“Anak-anak juga terima dengan matang. Doa yang baik-baik. Kami masih sokong sesama sendiri,” ujarnya lagi.
Untuk makluman, Que Haidar dan Linda Jasmine mendirikan rumah tangga pada bulan Februari 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata, Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Drama bersiri The Penthouse 2 telah pun sampai ke episod 8 dan sudah tentu ia mendatangkan banyak tanda tanya tentang persoalan berkaitan dengan setiap watak yang terlibat dalam siri ini. Kematian Bae Ro Na memberi tekanan buat penonton kerana mereka tertanya-tanya siapakah pembunuh sebenar gadis itu dan adakah Bae Ro Na sebenarnya mati atau tidak?
Sejak musim pertama lagi, drama Korea ini terkenal dengan ‘plot twist’ yang hebat sehingga membuatkan penonton terkejut dan tidak sangka. Kadang-kadang ada watak yang kita rasakan baik, rupanya dialah dalang utama yang mencetuskan segala masalah yang berlaku di Hera Palace.
Boleh dikatakan hampir kebanyakan watak dalam drama bersiri ini mempunyai sisi ‘jahat’ yang mampu menimbulkan rasa benci dikalangan penonton. Dia punya geram tu tak boleh bawa bincang la senang cerita. Hiks!
Oleh yang demikian, sebuah tinjauan telah pun dilakukan oleh para peminat drama ini untuk melihat siapakah watak yang paling dibenci penonton. Seramai 400 peminat di Korea telah pun mengambil bahagian dalam tinjauan ini dah cuba teka, siapakah yang paling dibenci oleh mereka?
Salah, bukan Joo Dan Tae atau Cheon Soo Jin. Hiks!
Watak yang paling dibenci oleh peminat di Korea adalah Ha Yoon Chul. Ini mungkin kerana dia cuba untuk menutup kesalahan anaknya, Eun Byeol yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Bae Ro Na. Pada mulanya kami pasti ramai yang tertarik dengan sikap Dr. Ha kepada Oh Yoon Hee dan Ro Na, namun di episod 7, semuanya berlaku sebaliknya kerana Dr. Ha telah mengkhianati Oh Yoon Hee dengan mengupah guru piano Bae Ro Na untuk menghancurkan persembahannya itu.
Jom kita lihat senarai top 5 yang telah diperoleh..
1. Ha Eun Cheol – 40.7% votes
2. Ha Eun Byeol – 17.2% votes
3. Oh Yoon Hee – 12.8% votes
4. Cheon Seo Jin – 8.6% votes
5. Joo Dan Tae – 7% votes
Tak sangka pula Cheon Seo Jin dan Joo Dan Tae tu ditangga bawah sekali ya. Hehe!
Diantara semua watak yang ada dalam drama itu, mereka yang mendapat undian sifar adalah Shim Suryeon (Lee Jiah), Joo Seokhoon (Kim Youngdae), Kang Mari (Shin Eunkyung), dan Yang Miok (Kim Rosa).
Bila ada rakan-rakan yang pergi travel, perkara paling excited yang kita tunggu-tunggu adalah menanti mereka membawa pulang ole-ole dari luar negara.
Bukan sekadar menunggu cenderamata, tapi ramai juga yang teruja bila kawan-kawan belikan makanan yang sedap-sedap dari negara luar. Mana tidaknya, bila kita ke negara lain, sudah tentu banyak perkara yang berbeza dan tidak ada di negara sendiri, terutamanya makanan.
Namun begitu, dalam keasyikan membeli kepelbagaian makanan buat keluarga dan sahabat, adakalanya kita terlupa untuk mengenal pasti sama ada barangan yang dibeli itu halal atau tidak.
Satu perkongsian telah dibuat oleh aidanurariza di laman twitternya berkenaan dengan isu cenderamata dari Jepun didakwa tidak halal, malah sering dibeli oleh masyarakat kita.
Menurut gadis itu, dia memberikan kenyataan itu kerana bimbang status halal produk-produk tersebut diragui.
Tambahnya lagi, Tokyo banana paling confirm tak halal sebab ada liquor di dalam kandungannya.
Status Kit Kat juga diragui
Kalau korang yang nak melancong ke Jepun, boleh download aplikasi Halal Navi untuk mencari info halal. Sangat berguna!
So, lepas ni korang dah tahu la apa yang boleh dan tidak boleh dibeli. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk korang yang ingin ke Jepun.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, memberi pesanan kasih sayang buat anak saudaranya, Ummi Umaira agar tidak mudah berasa bangga menerima sebarang pujian terutama apabila kini semakin serius berkecimpung dalam industri seni.
Selain itu, ibu kepada dua cahaya mata itu juga mengingatkan Umai itu bahawa perjalanannya masih panjang.
Selain berharap penyanyi cilik berusia 12 tahun terus belajar dan menghormati orang atau penyanyi lain yang lebih dewasa.
“Alhamdulillah, ini permulaan yang baharu. Masih jauh perjalanan Umai. Selalulah belajar dan jangan berhenti belajar.
“Bila orang puji, jangan meninggi diri ya Umai. Selalu hormat orang yang lebih senior (dewasa),” katanya.
Pada masa sama, penyanyi lagu popular Nirmala itu turut berpesan supaya Umai supaya selalu ada rasa kekurangan dalam diri dan mendoakan agar gadis itu berjaya dalam setiap perkara yang dilakukan.
“Selalu rasa ada kekurangan. Mak Iti (panggilan Siti) doakan Umai berjaya dalam setiap apa yang dilakukan. Allah, Rasul, ayah dan ibu jangan sesekali dilupakan. Insya-Allah, selamat hidup,” coretnya dalam ruangan komen perkongsian ibu Umai dalam Instagram.
Luahan itu dibuat Siti Nurhaliza susulan pujian ramai impak persembahan cemerlang di samping penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan, ketika Konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0, baru-baru ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dr Mohammed Taufiq Johari mencipta sejarah sebagai Menteri Belia dan Sukan termuda pada usia 29 tahun, menjadi inspirasi buat belia dan remaja Malaysia.