
Konsert minggu pertama Big Stage X Rocketfuel yang berlangsung di MBSA malam tadi menyaksikan kesemua 12 peserta menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran dilakukan.
Walaupun tiada peserta tersingkir, persaingan tetap sengit apabila setiap peserta tampil memberikan persembahan terbaik bagi memikat hati barisan juri.
Penyanyi, Qilo muncul sebagai peserta paling menyerlah apabila berjaya menduduki tempat pertama menerusi persembahan lagu
If I Ain’t Got You yang dipopularkan oleh Alicia Keys.Sementara itu, tiga peserta yang berada di kedudukan tercorot ialah Aliff Kimiey, Sufie Rose dan Sabrina, masing-masing menerusi lagu Di Balik Petanda, Pulang dan Canggung.
Konsert sulung itu turut menghadirkan kejutan apabila Naib Juara program Talk To My Manager Musim 2 (TTMM2), Husain, diumumkan sebagai peserta ke-12 Big Stage X Rocketfuel menerusi slot ‘Exclusive Spot’.
Bukan itu sahaja, pemenang tempat keempat TTMM2, Azeva pula diumumkan sebagai hos baharu yang akan bergandingan bersama
Nabil Ahmad sepanjang musim ini.Dalam pada itu, trio penyanyi Aisha Retno, Hael Husaini dan Akim Ahmad kekal menggalas tanggungjawab sebagai juri mingguan.
Sepanjang lapan minggu pertandingan, para peserta akan bersaing bagi merebut
Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.Ganjaran tersebut merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.
Musim ini menyaksikan persaingan melibatkan Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina, duo Adam & Nazmie serta Husain
yang dipilih menerusi slot Exclusive Spot.Jangan lupa untuk menyaksikan Big Stage X Rocketfuel setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria, selain boleh menstrim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.