Jika sebelum ini Qatar telah melarang hubungan seks tanpa ikatan sah ke atas pemain dan penyokong Piala Dunia 2022, terbaharu negara itu juga turut melarang penjualan alkohol semasa perlawanan sedang berlangsung.
Menurut Reuters, mereka hanya membenarkan bir dijual di luar stadium sebelum dan selepas perlawanan. Piala Dunia tahun ini adalah yang pertama dianjurkan oleh negara Islam dengan kawalan ketat terhadap alkohol dan ini memberikan cabaran buat penganjur yang sering dikaitkan dengan minum beralkohol sebagai rakan penaja.
Dianggarkan seramai 1.2 juta peminat bola sepak yang kebanyakannya sudah terbiasa minum bir pada hari perlawan bola sepak. Hal ini pernah menjadi isu pada Piala Dunia 2014 apabila Brazil menarik balik larangan alkohol di stadium selepas tekanan yang diberikan oleh FIFA.
Walau bagaimanapun, penonton Piala Dunia 2022 masih boleh membeli bir pada waktu terhad di bahagian zon peminat utama FIFA iaitu di taman Al Bidda di Doha, ibu negara Qatar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang lagi pemain muda negara, Aqil Arazi yang berusia 17 tahun dilaporkan menyertai kelab divisyen lima Perancis iaitu Cannes yang terkenal kerana berjaya melahirkan pemain bola sepak terkenal seperti Zinedine Zidane dan Patrick Vieira.
Selepas menjalani tempoh pemilihan selama dua bulan, Aqil akhirnya diterima masuk ke kelab tersebut dan berazam mahu merebut tempat dalam kesebelasan utama.
“Ini langkah pertama selepas dua bulan menjalani latihan dan pemilihan, saya diterima dan didaftarkan untuk bermain di kelab AS Cannes di Perancis. Langkah seterusnya adalah untuk bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama,” jelas Aqil dalam laman Instagramnya.
Aqil turut berkongsi perkembangan semasa dirinya dan menjelaskan bahawa kelab itu mempunyai sejarah dalam melahirkan pemain terbaik dan dia berasa bertuah kerana terpilih.
“Tak dapat nak bandingkan dengan pemain ini semua. Tak mengapa saya akan cuba lakukan yang terbaik.
Nampaknya Aqil bakal mengikut jejak langkah pemain negara Luqman Hakim Shamsudin dan Safawi Rasid yang masing-masing telah berpangkalan di luar negara.
Syabas kami ucapkan diharap Aqil akan terus sukses dan dapat mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
Terbaru, seorang remaja berusia 17 tahun telah meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas dipercayai makan telur mata.
Menurut laporan Harian Metro, bapa mangsa yang dikenali sebagai Kamal berkata, hanya dia, isteri, dan anak lelaki mereka yang makan telur mata tersebut, manakala dua lagi anak perempuannya hanya makan mihun.
telur mata
“Isteri saya membawa pulang mihun dan telur mata selepas menghadiri satu program di sebuah sekolah agama di Sungai Chinchin, dan kami sekeluarga lima beranak memakannya,” katanya.
Menurut Kamal, arwah anak lelakinya makan paling banyak iaitu dua biji telur mata, dan tidak lama selepas itu, mereka bertiga mula mengalami sakit perut hingga hari ini.
“Hari ini, saya ke klinik dan menyangka anak lelaki saya tidak apa-apa, namun sebaik pulang tengah hari tadi, saya terkejut kerana anak sudah meninggal dunia di rumah.
Saya difahamkan makanan itu disediakan oleh pihak luar yang ditempah oleh penganjur program terbabit,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad mengesahkan bahawa beliau telah menerima laporan berhubung kes keracunan makanan tersebut.
Menurutnya, sekolah rendah agama di Sungai Chinchin terbabit menganjurkan program Amal Islami sebagai tuan rumah.
Tanda Telur Rosak
Untuk pengetahun korang semua, mengambil telur yang telah tamat tempoh atau telah rosak boleh memudaratkan kesihatan dan boleh mengancam nyawa. Tapi macam mana kita nak tahu, telur itu rosak atau tak.
Baru-baru ini Public Health Malaysia, ada berkongsi beberapa tanda-tanda telur rosak yang perlu korang ambil perhatian.
Sebagai pengguna dan pengusaha, sila ambil perhatian kepada tanda tanda telur yang telah rosak.
Jangan ambil mudah, telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella. Ia menyebabkan gejala demam, muntah sakit perut dan juga boleh menyebabkan kematian.
Selagi ad rasa ragu ragu, jangan guna dan makan telur tersebut
Menerusi perkongsian di laman Facebok Public Health Malaysia, terdapat tujuh tanda yang boleh orang ramai kenalpasti telur yang sudah rosak dan tamat tempoh.
Kulit telur berdebu, menunjukan pembentukan kulat
Keluar bau hanyir dan busuk
Lihat di bekas telur sudah melebihi tarikh tamat tempoh
Apabila pecahkan telur, warna putih telur berubah
Kulit telur berlendir, menunjukkan terdapat kuman dan bakteria
Telur terapung di atas air, menunjukan telur tersebut telah lama
Dan terakhir adalah kulit telur menjadi retak
Jadi kesimpulannya, sebelum korang nak beli telur di kedai lebih baik periksa keadaan telur tu terlebih dahulu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sering kita terbaca di media sosial, pelajar sekolah terkena histeri. Biasanya pelajar yang diganggu akan berkata, mereka nampak bayangan perempuan menakutkan serta pelbagai lagi. Masa yang sama, mangsa yang pernah terkena akan berulang kembali.
Persoalannya, kenapa histeria menyerang mangsa yang sama secara berulang kali sebelum merebak kepada orang sekitarnya? Baca penerangan lanjut dari Naqib Masjid Al Khadijiah, Ustaz Shahril bin Abdul Samad mengenai masalah histeria.
Temuramah REMAJA bersamanya juga bertanya, kenapa mangsanya selalu perempuan dan bukan lelaki! Sebab-sebab histeria terjadi dan kenapa mangsanya berulang-ulang.
Histeria biasanya berlaku pada orang yang sama kerana sudah ada “pintu” masuk dalam tubuh mereka, Ustaz Shahril
Kata Ustaz Shahril, histeria bermula apabila individu ternampak benda aneh dan menakutkan. Akibat rasa takut, dia akan menjerit.
“Jin pula apabila melihat keadaan ini, mereka lagi mengambil kesempatan untuk menakut-nakutkan manusia kerana sebahagiannya berasa seronok berbuat demikian.
“Biasanya mangsanya adalah mereka yang lemah semangat, suka bercakap besar, suka mencabar-cabar, tidak menjaga kebersihan diri dan tidak berdamping dengan Quran selain kurangnya zikir dalam diri,” katanya memberitahu ini enam sebab mengapa histeria terjadi.
Tambah Ustaz Shahril lagi, biasanya mereka yang pernah diganggu biasanya akan terkena kembali kerana sudah ada “PINTU”. Ia umpama satu laluan iaitu jalan masuk jin ke tubuh manusia jika selepas terkena histeria, induvidu itu tidak mengubahnya. Maksud berubah di sini ialah kurangnya berzikir atau kurang mendekati al-Quran.
“Jika kita pernah terkena kali pertama, biasanya kita akan kena lagi dan lagi selagi jin itu tidak dibunuh atau dipenjara. Ia ada laluan masuk yang mudah jika pengamalnya tidak mengamalkan zikir,” katanya memaklumkan zikir adalah makanan untuk urat-urat kerana biasanya makhluk halus akan masuk melalui saluran darah.
Histeria yang berlaku buat kali ketiga di SMK Katereh, Kota Bharu semalam
Histeria di SMK Ketereh ini turut berlaku pada guru juga selain pembantu makmal
Dalam pada itu, Ustaz Shahril turut berkongsi pengalaman ketika di universiti dahulu, tiga rakan baik ini selalu terkena histeria.
“Bila kita berdialog dengan jin ini, ia dilakukan oleh 3 beradik jin yang suka makan gula-gula hacks madu. Itu satu cara jin nak minta makanan yang disukainya selain katanya dia menyukai tiga sahabat itu,’katanya menambah jin yang biasa mengganggu manusia ini biasanya kafir.
Biasanya dalam sesi perubatan atau dialog dengan jin apa yang dibincangkan? Tentu ramai nak tahukan!
Selalu kita dengar dialog kenapa datang, pergi dari sini, jangan ganggu anak cucu cicit Adam dan lain-lainkan tetapi tentu ramai nak tahu apa kesudahannyakan. Ya lah, ke mana jin-jin ini dibawa pergi atau bagaimana caranya nak menghalau mereka!
Kata Ustaz Shahril, biasanya dialog akan diadakan dengan jin yang mengacau ini. Langkah pertama, sesi dialog dilakukan.
“Biasanya kita akan pujuk suruh peluk Islam. Kita beritahu dia tentang Islam. Sesetengah jin kafir ini bersetuju dan biasanya dialog ini akan berakhir dengan baik di mana jin ini tak akan ganggu manusia itu lagi.
“Tapi bagi yang degil, kita akan tangkap dan penjarakan mereka. Masa jin ini dalam penjara, kita akan pujuk lagi. Tapi kalau tak jalan semua itu, biasanya kita akan bunuh sekampung. Hapuskan semua supaya mereka tak menganggu lagi,”katanya memaklumkan ada beberapa ayat suci yang boleh digunakan, antaranya Al-Fatihah, ayat Qursi, tiga kul dan sebagainya.
Kenapa pilih perempuan, jarang lelaki?
Tentu ramai nak tahukan, kenapa orang perempuan banyak kena berbanding lelaki?
Kata Ustaz Shahril, biasanya selain kurang semangat, hal ini banyak berkait rapat dengan kebersihan diri dan tempat.
“Orang perempuan ini bila tiba datang bulan, badan bukan saja lemah tapi biasanya mereka tidak boleh solat. Jadi jin-jin ini mengambil kesempatan atas kelemahan ini. Pad yang mengandungi darah juga antara makanan kesukaan jin. Sebab itulah amat penting pad dibersihkan dengan betul dan dibuang ke tempat disediakan, bukan disepah-sepahkan begitu sahaja. Semua ini boleh jadi punca,”katanya mengulas panjang hal ini.
Jelas Ustaz Shahril lagi, setiap perkara yang berlaku biasanya adalah atas keizinan Allah taala.
“Ia memberi peluang dan ruang untuk manusia melihat makhluk alam lain. Allah ingin menguji sejauh mana kita mampu berhadapan dengan makhluk lain di bumi yang luas ini. Cara merawat dan sebagainya. Kalau tiada hal-hal sebegini berlaku, kehidupan manusia itu mungkin statik sahaja,” katanya.
Satu pesanan akhir dari Ustaz Shahril, perbanyakkan mendekati al-Quran dan zikir kerana ia adalah makanan untuk urat-urat. Buang sikap bercakap besar dan bertanya pelik-pelik tentang alam ghaib,” katanya memberi nasihat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!