Gugur air mata usahawan dan pempengaruh, Liana Rosli apabila berkongsi baru-baru ini mengenai keputusan puteri sulungnya, Nabila Razman yang bakal berkelana ke Singapura demi tuntutan kerja sebagai anak kapal syarikat penerbangan Singapore Airlines.
Liana yang mesra disapa Kak KM memaklumkan perkhabaran tersebut menerusi sesi live di TikTok dalam nada sebak kerana terpaksa berjauhan dengan anak tercinta setelah sekian lama menetap bersama.
Liana Rosli (kanan) bersama anak sulungnya, Nabila Razman.
“Nabila (diterima bekerja bersama) Singapore Airlines. Jadi dia akan menetap di Singapura. Sedangkan bila Nabila dapat belajar di Universiti Malaya yang ‘sekangkang kera’ dari rumah ini pun saya sudah menangis selama dua minggu, inikan pula apabila dia perlu berpindah ke negara lain.
“Kita tidak biasa hendak berjauhan dengan anak tetapi untuk masa hadapan dia, saya sebagai mak relakan anak perempuan saya,” katanya sambil menitis air mata. Liana dalam pada itu turut berkongsi perancangan keluarganya untuk ke Singapura dari semasa ke semasa demi mengubat rindu terhadap Nabila pada masa akan datang.
Nabila, 22 yang mesra dengan panggilan Bella bakal berkhidmat dengan Singapore Airlines selama lima tahun selepas menerima tawaran daripada syarikat penerbangan itu. Selain Singapore Airlines, Liana berkata Nabila juga mencuba peluang mengikuti temuduga bersama sebuah lagi syarikat penerbangan antarabangsa iaitu Emirates.
Ads
“Minggu ini (22 Jun, Ahad) kita akan hantar dia ke Singapura, jadi harapnya semua berjalan lancar. Harap jugalah saya kuat sebab nak melepaskan anak itu tidak mudah. Walaupun dia pergi mencari rezeki tetapi benda itu (perpisahan) sebenarnya berat.
“Kita ada ramai saudara di Singapura kerana Abang Maman (suami Liana & bapa Nabila) dari sana tetapi Nabila tidak akan sempatlah untuk berjumpa semua orang kerana dia perlu terbang ke sana-sini.
“Apapun, kita tahu budaya orang Singapura baik-baik belaka jadi kita tidak risau pun tentang keselamatannya di sana. Itu yang paling penting dan menjadi punca utama saya bersetuju untuk melepaskan anak.
Ads
“Cuma sekarang saya cuma risaukan soal makan minum dan pakaian dia di sana. Saya selalu berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan anak-anak dan mereka dilindungi sentiasa,” ujar ibu kepada empat orang anak itu.
Terdahulu pada Disember 2024, REMAJA melaporkan Nabila Razman menamatkan pengajian peringkat Diploma dari Universiti Malaya sambil disaksikan oleh kedua-dua ibu bapanya serta nenda tercinta yang juga pelakon senior, Normah Damahuri.
Bila dah 24 jam duduk rumah ni memang perut asyik lapar je kan?
Petang-petang ni dapat makan cinnamon roll yang viral itu memang best. Cicah pula dengan kopi, perghh.
Memang nampak menyelerakan dan mudah resepi cinnamon roll yang dikongsikan oleh Wan Ramlah Wan Rahimi menerusi Facebook ni. Menurut perkongsian Wan Ramlah Wan Rahimi, beliau hanya menggunakan beberapa bahan mudah tap perlu uli-uli tepung patut la namanya ekpress. Buat je sendiri cinnamon roll yang gebu dan lazat seperti di kedai roti atau bakery.
Bahan utama yang digunakan Wan Ramlah untuk buat cinnamon ekspres ialah Roti Paratha…bukan roti canai tau. Haaaa…nampak saa tapi x serupa tau.
RESEPI CINNAMON ROLL EKSPRES
Bahan-bahan:
4 kpg paratha
3 sudu butter
2 sudu nestum
2 sudu susu tepung
1 sudu cinnamon powder
1/2 cwn gula perang
Cara-cara:
1. Mula-mula kita gaul sebati butter+nestum+susu tepung+gula perang+ serbuk cinnamon. Dah gaul nanti lebih kurang macam nilah rupa dia.
2. Kemudian susun 2 keping paratha.
Pastikan bertindan sikit kat tengah-tengah tu supaya kita boleh gulung jadi bentuk silinder dan dapat potong dengan mudah.
3. Seterusnya sapu campuran cinnamon tadi pada bahagian atas paratha nipis-nipis.
4. Gulung perlahan-lahan dengan kemas.
Lebih kurang macam ni bentuknya.
5. Bahagikan kepada 8 bahagian.
Kemudian potong 8 bahagian gulungan tadi.
6. Susun potongan cinnamon rolls pada loyang yang telah digris dengan butter.
Baca juga: Nampak Serupa, Tapi Ini 5 Perbezaan Antara Marjerin Dan Butter
7. Sedia untuk dibakar.
Panaskan AF 200/5min.
8. Bakar cinnamon rolls pada suhu 200/10min. Saya guna air fryer.
(Nak guna oven pun boleh, terpulang pada suhu oven masing-masing.) Inilah hasilnya!
Mudah sangat kan? Tak payah nak uli-uli dah. Memang best kalau ada stok paratha instant dekat rumah. Macam-macam boleh buat sebenarnya.
So tak payah nak beli cinnamon roll ni lagi, buat je sendiri dekat rumah. Jom habiskan sisa harian di petang hari dengan membuat menu resepi di rumah, yang sudah tentunya lebih sedap, lazat dan menjimatkan poket! Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, Malaysia mengakhiri Kejohanan Empat Negara Asia 2025 dengan penuh gemilang apabila berjaya merangkul gelaran juara sulung kejohanan tersebut selepas menamatkan semua perlawanan tanpa kalah di Jakarta, Indonesia pada Ahad lalu.
Memetik laporan Sinar Harian, skuad negara itu dibimbing oleh Ahmad Rizal Abdul Wahab dan dibarisi pemain-pemain muda dari Persatuan Minifootball Terengganu (PMT) itu tampil dengan disiplin tinggi seperti kapten Roslee Ariffin, Muhammad Aqil Akasah Muhammad Nazmi, Ahmad Rozaini Abu Bakar, Muhammad Danish Haiqal Nazree dan Muhammad Hisyam Ismail menjadi tonggak utama pasukan.
Selain itu, antara yang melengkapkan pasukan adalah barisan pemain berbakat seperti Muhammad Adam Uwais Mohd Armi, Muhammad Naqib Sharipuddin, Muhammad Alif Aiman Abd Ghani, Muhammad Izzan Nazran Mat Rodzi serta Muhammad Adam Jamee Mohd Armi yang tampil bertenaga sepanjang kejohanan.
Dalam pada itu, Malaysia memulakan kempen di Kompleks Sukan Goozone, Jakarta dengan kemenangan bergaya 4-2 ke atas tuan rumah Indonesia. Rentak kemenangan itu diteruskan apabila membenam Taiwan 5-0 sebelum menutup tirai dengan pesta gol 8-0 menewaskan Singapura.
Menurut pengurus pasukan, Dr Mohd Shahrul Faiz Mohd Noor memaklumkan kejayaan ini hadir tepat pada masanya menjelang sambutan Hari Kemerdekaan ke-68 yang akan disambut oleh rakyat Malaysia pada 31 Ogos ini.
“Ini julung kali kejohanan dianjurkan dan kita mengungguli dengan memenangi semua perlawanan. Ia bukti kemampuan skuad muda negara menyaingi pasukan serantau serta suntikan keyakinan besar kepada pembangunan minifootball tanah air,” katanya.
Beliau menjelaskan disiplin, dedikasi serta semangat juang tinggi para pemain menjadi faktor utama di sebalik kejayaan serta merakamkan penghargaan kepada Persatuan Minifootball Malaysia (MIFOM), PMT dan semua pihak yang memberi sokongan.
Bagi jurulatih pasukan, Ahmad Rizal Abdul Wahab berkata, beliau menyifatkan kejayaan ini sebagai permulaan baharu buat sukan minifootball di Malaysia selain berharap agar lebih banyak bakat anak muda tempatan dapat dicungkil untuk bersaing di pentas antarabangsa.
Sementara itu, menurut kapten pasukan Roslee Ariffin, beliau tidak dapat menyembunyikan rasa bangga dan bersyukur apabila mengenang kemenangan berdepan Indonesia walaupun hanya dengan persiapan singkat.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kedudukan jaguh beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik baru-baru ini melonjak ke tempat ketiga dunia berbanding di tangga kelima sebelum ini selepas ranking itu dikemaskini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa.
Peningkatan itu susulan kejayaan Aaron-Wooi Yik yang muncul sebagai juara dalam Terbuka Thailand 2025 pada Ahad lalu dengan mengumpul 83,170 mata untuk berada di belakang beregu profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dengan 91,090 mata.
Pada masa yang sama, gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen tetap kekal mengungguli ranking utama dunia.
Manakala, beregu wanita negara Pearly Tan-Thinaah kekal di kedudukan keempat dunia dengan 82,466 mata di belakang pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee yang mengumpul 87,500 dan Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun kedua dengan 92,932 mata.
Bagi pasangan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning unggul di ranking utama setelah mengumpul 103, 734 mata.
Sementara itu, pada aksi final Terbuka Thailand 2025, Aaron-Wooi Yik muncul juara kejohanan Super 500 itu selepas mengalahkan Wiiliam Kryger Boe-Christian Faust Kjaer dari Denmark 20-22, 21-17, 21-12 manakala Pearly-Thinaah merangkul gelaran pertama mereka musim ini selepas menewaskan wakil Korea Selatan Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo 21-16, 21-17.
Kedudukan terbaru ini bukan sahaja membuktikan peningkatan prestasi pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik, malah turut mengukuhkan kedudukan beregu negara dalam persaingan antarabangsa.
Kejayaan di Terbuka Thailand 2025 juga diharapkan menjadi pemangkin semangat untuk Aaron-Wooi Yik dan Pearly-Thinaah terus mengekalkan prestasi cemerlang serta menyumbang kejayaan lebih besar untuk Malaysia pada kejohanan akan datang.
Menerusi momentum yang semakin menggalakkan, para pemain negara dijangka berdepan cabaran lebih sengit dalam usaha mencapai puncak dunia. Walau bagaimanapun, sokongan padu peminat dan badan sukan amat penting untuk memastikan atlet-atlet negara terus diberi peluang dan motivasi dalam memburu kejayaan yang lebih gemilang di pentas antarabangsa.
Sumber: BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!