Organisasi bukan keuntungan, Make-A-Wish Malaysia telah bekerjasama dengan Sunway Malls dan Taman Tema untuk menganjurkan Pearl of Hope: A Royal Celebration bagi merealisasikan impian adik Ayra Medina Fizrullah, baru-baru ini.
Kanak-kanak berusia sembilan tahun, seorang pejuang kanser neuroblastoma tahap empat, sejenis kanser yang jarang berlaku yang berkembang dalam tisu saraf itu menyimpan impian untuk melihat dirinya sebagai puteri duyung.
Kini, adik Ayra boleh tersenyum lebar dan secara tidak langsung menyimpan seribu satu kenangan sepanjang hidupnya apabila menjadi kanak-kanak ke-1000 yang mendapat impian yang ditunaikan oleh Make-A-Wish Malaysia.
Perjalanan adik Ayra bermula dengan pertabalan diraja di Pulau Pink di Sunway Lagoon, di mana dia ditabalkan secara rasmi oleh Puteri Selangor, YAM Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang juga Penaung Diraja Make-A-Wish Malaysia.
Ads
Kanak-kanak itu kemudiannya diberikan tongkat mutiara rasmi oleh Encik Calvin Ho, Pengarah Eksekutif Taman Tema Sunway, untuk melengkapkan pertabalannya.
Ads
Sekadar informasi, Make-A-Wish Malaysia iala sebuah organisasi bukan keuntungan yang didedikasikan untuk memenuhi impian kanak-kanak berumur 3 hingga 18 tahun dengan penyakit kritikal.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bekas Setiausaha Akhbar kepada mantan Perdana Menteri Malaysia kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan beliau sebagai seorang insan yang amat penyabar.
Selama lebih enam tahun berkhidmat dengan Tun Abdullah yang mesra dengan panggilan Pak Lah itu, Izad Raya yang ditemui rakan media di Astro Awani berkata, dia tidak pernah melihat reaksi amarah terpancar pada wajah Allahyarham. Sebaliknya, beliau memilih untuk berdiam diri sekiranya dihambat emosi.
“Hakikat(nya), beliau merupakan seorang insan yang sangat penyabar. Sepanjang berkhidmat selama lebih enam tahun, saya tidak pernah melihat Pak Lah marah, meninggi suara apatah lagi bertempik atau sebagainya.
“Tun Abdullah atau Pak Lah sekiranya marah akan lebih mendiamkan diri. Mungkin riak mukanya akan berubah tetapi tidak pernah meningkat, menaikkan suara, menjerit jauh sekali.
“Saya rasa saya pernah berkhidmat dengan beberapa ahli politik dan Tun Abdullah saya akan labelkan sebagai insan yang paling mulia hatinya. Bersih,” katanya memperingati momen dalam kerjaya profesionalnya bersama Allahyarham.
Tangkap Layar: Astro Awani
Jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad pada masa ini telah tiba di Masjid Negara Kuala Lumpur untuk sesi penghormatan terakhir oleh pemimpin negara dan orang ramai di Dewi Solat Masjid Negara.
Jenazah Allahyarham Tun Abdullah dijadualkan bakal dikebumi di Makam Pahlawan, Masjid Negara selepas selesai solat Zohor pada tengah hari ini.
Semalam, kerajaan memutuskan Allahyarham Tun Abdullah akan diberikan penghormatan ‘Istiadat Pengebumian Negara’ selepas beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 malam tadi pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim, meluahkan rasa kecewa selepas mengetahui keputusan Jabatan Peguam Negara yang mengklasifikasikan kes serangan asid ke atas dirinya sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
Menurut laporan media tempatan, peguam yang mewakili pemain kebangsaan itu, Nik Zarith Nik Moustpha, berkata bahawa Faisal sukar menerima keputusan tersebut memandangkan kejadian tragik yang berlaku pada 5 Mei tahun lalu hampir meragut nyawanya.
“Kita ada undang-undang dan dia ada hak sebagai warganegara. Dalam konteks ini, pihak berkuasa adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Kita juga telah berbincang dengan Faisal untuk tentukan langkah seterusnya yang boleh diambil memandangkan dia adalah mangsa dalam kes ini,” katanya dalam satu sidang media semalam.
Sementara itu, seorang lagi peguam yang mewakili Faisal, Mohd. Haijan Omar, turut meluahkan rasa kagum terhadap kecekalan anak guamnya itu yang berjaya kembali menyarung jersi skuad kebangsaan, meskipun kejadian itu memberi kesan trauma terhadap dirinya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Guna alat pengesan logam pastikan kelancaran proses peperiksaan SPM, itulah langkah baharu yang dilaksanakan di semua pusat peperiksaan SPM di Johor tahun ini. Mulai hari ini, calon SPM di Johor akan melalui imbasan alat pengesan logam sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
Langkah ini bukan untuk menakutkan pelajar, tapi untuk memastikan peperiksaan berjalan dengan adil, selamat dan bebas daripada sebarang cubaan menipu. Dengan teknologi yang semakin berkembang, langkah ini menjadi keperluan bagi memastikan integriti peperiksaan terus terpelihara.
372 Pusat Peperiksaan Dilengkapi Alat Pengesan Logam
Lapor Harian Metro semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin menjelaskan, penggunaan alat pengesan logam ini melibatkan 372 pusat peperiksaan SPM di seluruh negeri, merangkumi sekolah kerajaan, swasta, MRSM dan calon persendirian. Setiap pusat peperiksaan dibekalkan satu unit alat pengesan logam oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor.
Aznan ditemui pemberita ketika tinjauan sempena hari pertama peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025 peringkat negeri Johor di SMK Sultan Ismail. FOTO NAJMI NOR’AZAM
Guru akan menggunakan alat ini untuk membuat imbasan awal ke atas calon sebelum mereka masuk ke dewan peperiksaan. Tujuannya jelas:
Mengelakkan calon membawa telefon bimbit, smartwatch, earphone, atau apa-apa peranti elektronik yang boleh digunakan untuk merakam atau berkomunikasi secara tersembunyi.
Meminimumkan risiko pelanggaran peraturan peperiksaan dan menjaga integriti keputusan SPM.
Dalam dunia sekarang yang penuh dengan teknologi, cubaan menipu peperiksaan bukan lagi setakat membawa nota kecil, tetapi boleh berlaku melalui gajet canggih. Sebab itu langkah pencegahan juga perlu seiring dengan perkembangan teknologi semasa agar ruang ketirisan dapat ditutup seawal mungkin.
Bukan Untuk Menyusahkan, Tapi Melindungi Semua Calon
Menurut Aznan, langkah ini sebenarnya melindungi calon yang jujur. Bila semua pelajar diperiksa dengan cara sama, tiada siapa yang boleh ambil jalan pintas. Keputusan SPM korang nanti lebih bersih, lebih dipercayai dan lebih membanggakan. Ia juga membantu guru bertugas memastikan peraturan peperiksaan dipatuhi tanpa perlu bergantung semata-mata pada pemerhatian manual.
Malah, penggunaan alat ini juga berpotensi diperluas ke peringkat harian di sekolah pada masa akan datang, bergantung kepada perbincangan dan keperluan yang akan diteliti tahun depan. Jika penggunaan harian dilaksanakan, ia boleh menjadi satu garis pencegahan kekal bagi memastikan pelajar tidak membawa peranti tidak dibenarkan ke kawasan sekolah.
Johor Bersedia Hadapi Banjir Ketika Peperiksaan
Selain isu ketirisan peperiksaan, kerajaan negeri dan JPN Johor turut memberi perhatian kepada faktor cuaca. Dengan 49,654 calon SPM di seluruh Johor, pelan kesiapsiagaan penuh telah disusun jika berlaku banjir atau cuaca tidak menentu, terutama di daerah berisiko seperti Segamat dan beberapa kawasan ‘hotspot’.
Sekolah tertentu juga sudah dikenal pasti sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya keadaan memerlukan. Setakat ini, semua 372 pusat peperiksaan dilaporkan beroperasi seperti biasa tanpa gangguan banjir. Kesediaan ini penting agar proses imbasan alat pengesan logam dan perjalanan peperiksaan terus berjalan tanpa henti.
Apa Yang Calon SPM Perlu Buat?
Untuk korang yang menduduki SPM di Johor (atau di negeri lain sekali pun), ini beberapa perkara penting:
Datang awal supaya proses imbasan tak buat korang panik.
Jangan bawa langsung telefon, earphone, smartwatch atau apa-apa peranti elektronik ke dewan.
Kalau terpaksa bawa telefon, pastikan ia disimpan di tempat yang dibenarkan, bukan dalam poket atau beg yang dibawa masuk.
Anggap langkah ini macam prosedur keselamatan di airport – normal dan untuk kebaikan semua.
SPM bukan sekadar peperiksaan, tapi salah satu titik penting dalam hidup remaja. Bila integriti peperiksaan dijaga, kejayaan yang korang dapat nanti akan terasa lebih manis dan bermakna. Penggunaan alat pengesan logam ini hanyalah satu daripada usaha untuk memastikan semua calon berada di landasan yang sama dan keputusan SPM terus dihormati sebagai penanda aras akademik negara.
Aktres versatil, Nabila Huda kini membuktikan dirinya bukan sahaja berbakat di layar perak, malah turut berjaya dalam dunia perniagaan makanan.
Rezeki berpihak kepadanya apabila produk...