Puteri Leonor cetus fenomena ‘Leonormania’ sehingga ramai wanita muda di Sepanyol tertarik untuk menyertai tentera dan menjadikannya sebagai ikon inspirasi baharu.
Puteri Leonor, anak sulung kepada Raja Felipe VI dan Ratu Letizia, kini menjadi tumpuan dunia apabila kemunculannya dalam bidang ketenteraan mencetuskan fenomena yang digelar sebagai ‘Leonormania’. Bukan sahaja rakyat Sepanyol, malah anak muda di seluruh dunia turut mengagumi keberanian pewaris takhta yang berusia 19 tahun ini.
Pewaris Takhta Dengan Aura Tersendiri
Dilahirkan pada 31 Oktober 2005 di Madrid, Leonor memegang gelaran Puteri Asturias, gelaran tradisi untuk pewaris takhta Sepanyol. Beliau juga mempunyai beberapa gelaran lain termasuk Puteri Girona, Puteri Viana, Duchess of Montblanc, Countess of Cervera dan Lady of Balaguer.
Leonor dilihat lebih dekat dengan generasi muda melalui pendekatan matang namun mesra. — Instagram/spain_leonor
Pendidikan Leonor bukan calang-calang. Beliau menamatkan persekolahan menengah di United World College of the Atlantic, Wales pada 2023, sebuah sekolah berprestij yang melahirkan ramai tokoh dunia. Tidak lama selepas itu, Leonor memulakan latihan ketenteraan tiga tahun di Akademi Ketenteraan Umum Zaragoza, termasuk di akademi tentera laut dan udara. Latihan ini adalah sebahagian daripada tradisi keluarga diraja bagi mempersiapkan pewaris takhta dengan disiplin dan kepimpinan.
Ads
Fenomena ‘Leonormania’ Gegarkan Sepanyol
Sejak menjalani latihan ketenteraan, populariti Leonor melonjak mendadak. Penampilannya dalam uniform tentera menjadi bualan ramai dan mencetuskan fenomena ‘Leonormania’. Fenomena ini menyaksikan peningkatan jumlah wanita muda yang mahu menyertai angkatan tentera kerana terinspirasi dengan keberanian serta karisma bakal permaisuri Sepanyol itu.
Puteri Leonor (kanan) ketika mengangkat sumpah taat setia kepada Perlembagaan Sepanyol pada 2023. — Agensi
Pada ulang tahun ke-18, Leonor mengangkat sumpah taat setia kepada Perlembagaan Sepanyol, sekali gus secara rasmi diiktiraf sebagai pewaris takhta. Beliau turut menerima Collar of the Order of Charles III, penghormatan awam tertinggi negara. Peranan Leonor semakin meluas apabila beliau sering diberi kepercayaan untuk berucap di acara kebangsaan dan menghadiri lawatan diplomatik mewakili negaranya.
Inspirasi Generasi Baharu
Apa yang membuatkan Leonor dekat di hati rakyat ialah sifatnya yang matang tetapi tetap mesra, sesuai dengan generasi digital masa kini. Ramai remaja melihatnya sebagai ikon wanita moden — berani, berdisiplin, dan bersedia memimpin.
Ads
Jika Leonor menaiki takhta kelak, beliau akan menjadi ratu pemerintah pertama Sepanyol sejak era Isabella II pada abad ke-19. Kehadiran Leonor dilihat bakal membawa nafas baharu kepada monarki Sepanyol, menjadikannya lebih progresif, inklusif dan dekat dengan rakyat.
Fenomena ‘Leonormania’ ini membuktikan bahawa seorang remaja perempuan boleh menjadi simbol kekuatan dan inspirasi sejagat. Dari seorang pewaris takhta, Leonor kini berdiri sebagai ikon global yang memberi semangat kepada wanita muda untuk yakin pada diri sendiri dan berani melakar masa depan.
Bila pandang sekali memang terlihat seperti seorang kanak-kanak berusia 5 tahun.
Manusia tercipta dengan keunikannya masing-masing. Ada yang berkulit hitam, putih, coklat, dan ada yang bertubuh gemuk serta kurus. Secara purata, ketinggian lelaki dan perempuan di Malaysia masing-masing adalah sekitar 165 dan 153 cm. Selalunya lelaki Malaysia yang tinggi pun hanya sekitar 185 cm.
Namun, Rekod Dunia Guinness (GWR) mengiktiraf remaja lelaki berusia 18 tahun dari Nepal ini sebagai remaja paling pendek di dunia pada Selasa lalu.
Foto Via nepal News
Dor Bahadur Khapangi, yang mempunyai ketinggian 73.43 sentimeter (sm) menerima sijil pengiktirafan itu daripada Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Nepal Dhananjay Regmi pada program yang diadakan di Kathmandu.
Dia dilahirkan pada 14 November 2004 di kampung Tinkanya di daerah Sindhuli iaitu kira-kira 130 kilometer (km) sekitar tenggara ibu negara. Anak bongsu kepada petani, Takkar Bahadur Khapangi dan Rana Maya kini belajar di sebuah sekolah berhampiran dan menetap bersama ibu bapanya.
“Dor Bahadur baik-baik saja ketika dilahirkan. Tumbesarannya bagaimanapun, tidak berkembang sejak berumur tujuh tahun.
“(Tumbesaran) rakan sebayanya bertambah tetapi Dor Bahadur tidak. Kami tidak tahu kenapa,” kata Nara Bahadur Khapangi, abang kepada Dor Bahadur.
Selain itu, dia juga menambah bahawa pemegang rekod baharu itu seorang yang pemalu dan kurang bercakap. Rekod ketinggian lelaki paling pendek pertama kali dipegang oleh Edward Hernandez, 36, dari Colombia pada 13 April 2010.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, pasukan Silambam Malaysia berjaya merangkul 12 pingat emas sekaligus muncul sebagai juara keseluruhan di Kejohanan Silambam Terbuka Asia yang berlangsung di Qatar.
Menurut Presiden Persatuan Silambam Malaysia Dr. M. Suraess, enam atlet negara mempamerkan aksi cemerlang dengan masing-masing menyumbangkan dua emas menerusi kategori kemahiran individu dan tempur di Kompleks Sukan Doha.
“Kami mencipta sejarah dengan memenangi gelaran juara keseluruhan. Enam atlet kami yang pernah memenangi pingat di SUKMA Sarawak pada Ogos lalu turut mengambil bahagian”
“Majlis penutup diserikan dengan kehadiran Duta Besar Malaysia ke Qatar Mohammad Faizal Razali yang turut menyampaikan trofi juara keseluruhan,” katanya menerusi satu kenyataan.
Pemenang pingat emas itu terdiri Prakash dalam kategori lelaki terbuka melebihi 60 kilogram (kg), Shastivena untuk kategori perempuan bawah 17 tahun (55kg-65kg) serta Leenasree (30kg-40kg), Kavithira (45kg-55kg), Darnisha (55kg-65kg), dan Ranishaa (melebihi 70kg) dalam kategori perempuan bawah 15 tahun.
Sementara itu, tuan rumah Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) masing-masing turut menamatkan kejohanan di tempat kedua dan ketiga. Kejohanan itu juga disertai wakil dari India dan Arab Saudi.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alam sekitar adalah antara amanah kepada umat manusia yang berperanan sebagai khalifah di atas muka bumi ini.Daripada kepelbagaian manfaat yang terhasil menerusi penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar dengan baik, pelbagai nikmat yang boleh diperoleh manusia.
Namun, atas kerakusan manusia sendiri bumi menjadi tenat dek ‘perangai’ kita. Akibatnya manusia jugalah yang menerima padahnya
Baru-baru ini, seorang profesor perubatan alam sekitar dan kesihatan awam di sebuah sekolah perubatan di New York City yang mengkaji trend kesuburan. Menurut Shanna Swan, pencemaran yang berlaku sekarang boleh mempengaruhi ukuran zakar.
Beliau turut memberi peringatan bahawa masalah ini mencatatkan peningkatan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Disebabkan tahap pencemaran yang tinggi, bayi yang dilahirkan pada masa ini saiz zakarnya adalah lebih kecil. Dalam bukunya yang bertajuk ‘Count Down’ juga mengatakan bahawa manusia menghadapi krisis eksistensial pada tahap kesuburan akibat pencemaran.
Akibatnya, zakar manusia mengecut dan tidak berfungsi. Faktor-faktor itu menurut Swan, akan menyebabkan pembiakan manusia berada dalam situasi yang agak mencabar.
Punca hal ini berlaku ialah disebabkan oleh sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai phthalates. Untuk info phthalates biasa digunakan dalam pengeluaran plastik di mana fungsinya adalah untuk membuat plastik menjadi felksibel.
Walau bagaimanapun, phthalates mempengaruhi sistem endokrin penghasil hormon pada manusia. Apabila janin terdedah kepada phthalates, berkemungkinan besar bayi yang dilahirkan itu mempunyai zakar yang lebih kecil. Dia juga mendapati, bayi lelaki yang terdedah kepada phthalates di rahim mempunyai jarak anogenital yang lebih pendek. Ini berkaitan dengan isipadu zakar.
Paling menakutkan, menurut Swan phthalates dapat disebarkan melalui mainan dan makanan. Yang akhirnya mengakibatkan gangguan pada pengeluaran hormon semula jadi dan disebabkan oleh itu, ia dianggap berbahaya kepada perkembangan manusia.
Bahayanya isu ini untuk jangka masa yang panjang, adakah manusia akan pupus nanti?Jadi marilah kita menjaga bumi dari sebarang pencemaran seterusnya kesihatan diri masing-masing juga terhindar dari pelbagai penyakit.
Sabah hari ini berduka dengan pemergian salah seorang pemimpin paling lantang memperjuangkan hak dan kesejahteraan rakyatnya. Datuk Seri Bung Moktar Radin disahkan meninggal dunia...