Tidak sampai setahun jagung dalam industri muzik tempatan, gadis ini mampu sepentas bersama sebuah kumpulan legenda tanah air.
Selaku pemain dram, si pemilik nama Naimi Daini mula mencuri perhatian ramai terutama pencinta muzik apabila buat pertama kalinya tampil mempamerkan bakatnya bersama kumpulan rock terkenal, Search pada persembahan pertamanya di konsert NusaFest yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini.
Baru menginjak usia 17 tahun dan masih di bangku sekolah, Naimi tidak menyangka kemunculan pertama sebagai pemain dram undangan pada konsert tersebut mendapat perhatian dan meraih respons positif daripada kalangan peminat kumpulan berkenaan.
“Alhamdulillah ramai yang beri maklum balas positif walaupun saya sekadar pemain dram undangan dengan Search.
“Memang gembira dapat bermain dram dengan untuk Search selain terharu kerana uncle Amy memuji dan melihat saya mempunyai persamaan dengan pemain dram terdahulu iaitu Allahyarham Yazit,” tuturnya kepada Remaja.
Ads
Naimi berkongsi perkara tersebut ketika ditemui Remaja di sidang media Hausboom Music 2023 bertempat di Menara Affin @ TRX, pada Selasa.
Dalam pada itu, mengenai bagaimana bakatnya ditemui Search, dia memberitahu semuanya berlaku selepas gitaris kumpulan itu iaitu Hillary Ang menonton videonya bermain dram yang dimuat naik di platform YouTube.
“Uncle Hillary menonton video saya dalam YouTube dan terus mencari serta menghubungi saya untuk bertanya sama ada berminat bermain dram bersama Search. Apabila sudah bersetuju, saya diberikan dua lagu Search iaitu Dairi Habil & Qabil.
“Selain Pelesit Kota untuk dipelajari sebagai uji bakat. Saya tidak pernah pun dengar lagu-lagu Search sebelum itu, tetapi saya memang minat bermain dram. Syukur Search menyukai dan memberi respons positif,” katanya lagi.
Ads
Bertanya mengenai rutin hariannya pula, Naimi berkongsi dirinya akan menyertai sesi latihan bersama Search pada waktu petang sebaik sahaja pulang dari sekolah.
Dia bagaimanpun menegaskan pelajaran tetap menjadi keutamaan dan akan menyambung pelajaran dalam bidang muzik sejurus sahaja tamat persekolahan.
“Selepas pulang dari sekolah, saya akan berehat selama satu jam sebelum sertai sesi latihan Search kemudian pulang ke rumah dan siapkan kerja sekolah.
“Insya-Allah saya akan sambung pengajian dalam jurusan muzik dan jadikan bidang itu sebagai kerjaya kelak,” ujarnya panjang.
Pada Konsert Hausboom Music 2023 yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 9 dan 10 September nanti, Naimi sekali lagi bakal membuat persembahan bersama Search yang dianggotai Datuk Amy, Nasir Daud selaku pemain gitar bass, Hillary (gitar) dan Man Kidal (gitar).
Sekadar informasi, kemunculan pemain dram berbakat besar itu juga bagi mengisi kekosongan posisi pemain dram selepas Allahyarham Yazit disahkan meninggal dunia pada tahun 2019.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tidak menyangka, hanya beberapa jam sahaja lagi usahawan dan pelawak terkenal, Shuib Sepahtu dan pilihan hatinya yang juga usahawan, Watie Hanifiah bakal disatukan, pada sebuah majlis akad nikah, di Shah Alam, pada malam ini.
Sementara ‘menunggu’ detik bersejarah buat pasangan tersebut, penyampai radio Suria FM itu dilihat ada memuat naik sebuah perkongsian klip video di platform Instagram miliknya.
“Bismillah, Salam Jumaat. 23 Jun 2023 @iamwatie,” tulisnya.
Tertarik pada ruangan komen hantaran berkenaan, bakal suri hatinya, Watie sempat meninggalkan komen di ruangan balas dengan berdoa agar segala urusan mereka untuk bergelar suami isteri dipermudahkan.
“Semoga Allah Permudahkan Segalanya Buat Kita, Counting Times,” komen Watie ringkas.
Menjengah ke ruangan yang lain, rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut berkesempatan melayangkan ucapan tahniah serta mendoakan majlis pernikahan Shuib dan Watie berjalan lancar.
Terdahulu, Shuib menamatkan teka-teki mengenai hubungannya dengan Watie apabila mendedahkan mereka telah pun selamat bertunang pada 6 Mei yang lalu.
Menerusi perkahwinan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pertandingan Big Stage musim ke-5 (BS5) yang baharu sahaja melabuhkan tirainya telah menyaksikan peserta bernama Nadeera Zaini, dinobatkan sebagai juara.
Dalam memacukan perjalanan seninya yang baharu sahaja bermula, label hiburan
terkemuka tanah air, Rocketfuel Entertainment menghadiahkan lagu baharu khas buat Nadeera sebagai penghargaan terhadap kemenangannya.
Menurut Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Pn. Azlin Reza Azmi, dia menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan yang dikecapi penyanyi itu selain menyifatkan bakat yang ada pada Nadeera sememangnya melayakkan dirinya untuk mendapat lagu baharu berkenaan.
“Sesungguhnya pihak Astro amat berbangga dengan kejayaan yang diraih oleh Nadeera. Sepanjang sepuluh minggu berentap, ramai telah menyaksikan kesungguhan serta kemampuan penyanyi ini yang sememangnya layak bergelar juara.
“Ternyata Big Stage merupakan tempat lahirnya bintang-bintang industri muzik baharu yang berkemampuan untuk mencapai kejayaan pada tahap internasional. Oleh itu, pihak Rocketfuel berbesar hati menghadiahkan sebuah lagu.
“Ciptaan komposer tersohor dari Korea Selatan, Hyuk Shin yang merupakan pencipta lagu ‘One Less Lonely Girl’ nyanyian penyanyi antarabangsa terkemuka, Justin Bieber. Kami berharap Nadeera mampu mengorak langkah dengan lebih jauh lagi dengan lagu yang bakal dirakamkan nanti.”
Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd sememangnya menghargai bakat-bakat baharu yang lahir dari pertandingan realiti terutamanya terbitan Astro, dan sebagai tanda sokongannya terhadap industri muzik Malaysia, pendekatan sebegini selalunya diambil agar artis tersebut dapat berkembang lebih maju pada masa hadapan.
“Rocketfuel sememangnya memberikan sokongan dan galakan 100% untuk penggerak muzik pelapis baharu industri hiburan Malaysia agar mereka dapat pergi jauh lagi dalam kerjaya masing-masing.
“Sekali gus menjadikan program Big Stage sebagai platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu dan agar program ini lebih maju ke hadapan dengan konten-konten yang bermutu dan berkualiti,” ujar Ketua Rocketfuel Entertainment, En. Prem Anand.
Untuk info, produser muzik dan penyanyi-penggubah lagu asal Korea Selatan, Hyuk Shin telah menubuhkan team A-Rex yang bertanggungjawab menciptakan lagu popular ‘One Less Lonely Girl’ nyanyian Justin Bieber pada tahun 2009 yang meledak.
Beliau juga telah bekerja dengan ramai penyanyi antarabangsa K-pop yang terkenal seperti GFriend, EXO, Shinee, DEAN, Oh My Girl, Girls’ Generation, Monsta X, NCT, GOT7 dan SF9.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem dan drama dari Korea adalah antara yang menjadi favorite masyarakat di Malaysia. Bukan hanya penyanyi Kpop, industri perfileman mereka juga mendapat impak positif dari peminat hiburan di negara kita.
Namun, tidak semua karya dari negara tersebut dihasilkan dengan baik. Ada juga yang mendapat kritikan daripada pengkritik hiburan disana.
Kira-kira 200 pengkritik industri hiburan termasuklah individu daripada stesen penyiaran, agensi hiburan, broadcast and film content creators serta wartawan media yang menyertai survey oleh Joy News 24 untuk menyenaraikan antara filem Korea yang mengecewakan sepanjang 2019.
1. Race to Freedom: Um Bok Dong (44 undian)
Walaupun filem ini menelan belanja yang tinggi sebanyak 10,000,000,000 KRW untuk sesi penggambaran, namun filem ini menerima kritikan kerana teknik komputer grafik yang digunakan tidak sempurna dan jalan ceritanya juga sangat mudah dibaca. Race to Freedom: Um Bok Dong dibintangi oleh Rain, Kang So Ra dan Lee Bum Soo.
2. Tazza: One-Eyed Jacks (38 undian)
Sebuah filem daripada siri hit Tazza yang dianggap sebagai siri paling popular di Korea, One-Eyed Jacks membuat percaturan berani dengan menggantikan Eastern game ‘Flower Card’ dari siri Taza kepada Western playing cards. Namun begitu, filem ini menerima review hambar kerana gagal menyaingi siri terdahulunya. Filem ini dibintangi oleh Park Jung Min, Ryu Seung Bum dan Lee Kwang Soo.
3. The King’s Letters (24 undian)
Walaupun filem ini dibintangi oleh pelakon yang hebat, The King’s Letters mendapat kecaman selepas tayangan perdananya kerana penonton menganggap storyline filem ini adalah ‘exaggerating history’. Penonton berpendapat bahawa filem ini menggambarkan biarawan Sin-Mi sebagai pencipta disebalik ciptaan bahasa Korea dan bukan pencipta asalnya, Raja Sejong. Filem ini dibintangi oleh Song Kang Ho, Park Hae II serta mendiang Jeon Mi Sun.
4. The Divine Fury & Tune In For Love (21 undian)
Filem The Divine Fury yang dibintangi oleh Park Seo Joon, Ahn Sung Gi dan Woo Do Hwan berkongsi tangga keempat dengan filem Tune In For Love yang dibintangi Jung Hae In dan Kim Go Eun. The Divine Fury menerima ulasan hambar kerana jalan ceritanya yang dapat dibaca dan membosankan, sementera penonton yang menonton Tune In For Love menikmati seni muzik yang ada dalam filem ini namun merasakan bahawa jalan ceritanya agak tidak wajar.
Hm, dalam kelima-lima buah filem ni ada yang korang dah tonton ke? Pendapat korang pula macam mana?