Tengku Muhammad Iskandar Sertai Polo: Detik Bersejarah Buat Sukan Negara
Putera Sultan Pahang, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bakal mencipta detik bersejarah apabila dipilih mewakili skuad equestrian polo Malaysia ke Sukan SEA 2025 di Thailand. Kehadiran baginda dalam skuad negara bukan sahaja menaikkan semangat pasukan, tetapi turut menjadikan acara kali ini lebih hangat diperkatakan terutama oleh remaja yang mengikuti perkembangan dunia sukan dan kerabat diraja.
Sukan SEA 2025 yang berlangsung dari 9 hingga 20 Disember pastinya menjadi tumpuan, dan penyertaan diraja seperti ini memberi aura eksklusif yang jarang berlaku dalam sukan serantau.
Ikut Jejak Ayahanda Ke Dunia Polo
Tengku Muhammad Iskandar bukanlah nama baharu dalam arena polo. Sejak remaja, baginda aktif mengikuti latihan intensif dan menyertai pertandingan di dalam serta luar negara. Minat mendalam terhadap sukan berkuda ini secara jelas diwarisi daripada ayahanda, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, seorang figura besar dalam pembangunan polo Malaysia.
Foto: Kesultanan Pahang
Dikenali sebagai seorang yang berdisiplin, fokus dan berdedikasi, gaya permainan Tengku Muhammad Iskandar sering dipuji kerana ketenangan serta kebolehan membaca strategi lawan dengan baik sesuatu yang sangat penting dalam sukan polo.
Legasi Ayahanda: Pingat Emas Sukan SEA 1983
Penyertaan baginda kali ini turut membawa elemen sentimental dan sejarah tersendiri. Ayahanda baginda, Al-Sultan Abdullah, pernah mencatat kejayaan besar apabila merangkul pingat emas Sukan SEA 1983 di Singapura dalam acara polo. Detik manis itu masih menjadi rujukan dan inspirasi generasi atlet muda Malaysia.
Ads
Kini, Tengku Muhammad Iskandar tampil meneruskan legasi tersebut — satu perjalanan yang pastinya penuh harapan dan simbolik buat sukan negara.
Bakat Yang Semakin Menyinar
Dengan pengalaman bertanding di beberapa kejohanan luar negara, baginda semakin dikenali sebagai antara bakat muda yang menyerlah dalam sukan polo Asia. Kemampuan mengawal kuda dengan cekap, kecekalan fizikal, dan kecerdikan taktikal memberi nilai tambah kepada pasukan negara.
Ads
Tengku Muhammad Iskandar bukanlah nama asing dalam dunia polo
Tidak hairanlah pemilihan baginda ke Sukan SEA 2025 mendapat perhatian luas kerana ramai yakin kehadiran beliau mampu memperkukuh dinamika pasukan. Peminat polo juga menilai ini sebagai era baharu untuk sukan berkuda negara, khususnya dalam perkembangan Tengku Muhammad Iskandar polo yang semakin menyerlah.
Misi Emas di Samut Prakan
Acara polo Sukan SEA 2025 bakal berlangsung di VS Sports Club dan Siam Polo Park, Samut Prakan antara lokasi terbaik di Thailand yang sering menjadi tuan rumah kejohanan bertaraf dunia.
Ads
Keadaan padang yang mencabar, intensiti pertandingan serta suasana profesional pastinya menjadi medan terbaik untuk Tengku Muhammad Iskandar dan rakan sepasukan menguji ketahanan mental dan fizikal mereka.
Harapan Rakyat Malaysia
Dengan komitmen, pengalaman dan semangat juang yang dimiliki Tengku Muhammad Iskandar, tidak syak lagi peminat sukan berkuda menantikan aksi penuh prestij pasukan negara di Samut Prakan nanti. Kisah Tengku Muhammad Iskandar polo ini menjadi inspirasi baharu buat atlet muda Malaysia.
Selamat maju jaya Tengku Muhammad Iskandar! Semoga Malaysia kembali mencipta sejarah di Sukan SEA 2025.
Baru-baru ini, Malaysia menerima satu lagi pengiktirafan bertaraf dunia yang membanggakan! Taman Hutan Selangor milik Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah diiktiraf secara rasmi sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Berita ini diumumkan semalam semasa Sesi Ke-47 Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO yang sedang berlangsung dari 6 hingga 16 Julai di ibu pejabat UNESCO di Paris. Pengiktirafan ini menjadikan FRIM sebagai tapak keenam Malaysia yang tersenarai di bawah Konvensyen 1972 UNESCO mengenai Perlindungan Warisan Budaya dan Semula Jadi Dunia.
Dari Tapak Lombong Ke Hutan Dunia
Kalau korang fikir FRIM ni sekadar hutan biasa, think again! Tapak seluas 544 hektar ini dulunya merupakan kawasan bekas lombong bijih timah, namun melalui proses pemulihan sejak 1920-an, ia kini menjadi salah satu contoh terbaik pemulihan hutan tropika secara besar-besaran di dunia.
Apa yang menjadikan FRIM begitu istimewa?
🌿 Pemulihan Ekosistem Yang Berjaya – Daripada tanah terbiar, kawasan ini kini menempatkan ekosistem yang hampir menyamai hutan hujan tropika semula jadi. 🌱 Kepelbagaian Spesies Pokok & Haiwan – Dipenuhi ribuan spesies flora dan fauna tempatan yang kaya dengan nilai biodiversiti. 🌏 Penanda Aras Antarabangsa – Menjadi contoh global dalam usaha pemuliharaan dan penghutanan semula.
6 Tapak Warisan Dunia UNESCO di Malaysia
🌿 Taman Kinabalu (2000)
🏞️ Taman Negara Gunung Mulu (2000)
🏙️ Bandar Bersejarah Selat Melaka – Melaka dan George Town (2008)
🗿 Warisan Arkeologi Lembah Lenggong (2012)
⛰️ Kompleks Gua Taman Negara Niah (2024)
🌳 Taman Hutan Selangor FRIM (2025)
Korang patut rasa bangga. Bukan semua negara ada kemampuan dan kesungguhan untuk memulihkan kawasan rosak menjadi satu tapak warisan dunia.
Pengiktirafan FRIM sebagai Tapak Warisan Dunia bukan sekadar satu pencapaian malah ia adalah wake up call untuk kita semua. Sebagai remaja yang celik alam sekitar, inilah masa untuk bangkit dan jadi suara kepada alam semula jadi. Kita bukan pewaris dunia ini, kita penjaganya.
So, what are you waiting for? Let’s go green and be proud of FRIM! 🌱💪🇲🇾
Nama Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, anak kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, sekali lagi menjadi tumpuan apabila beliau tampil dengan satu perkongsian yang cukup menyentuh hati. Dalam hantaran terbarunya di Facebook, Nurulhidayah memperkenalkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun sebagai ‘anak barunya’, Putri Qisya Nur Izzat.
Apa yang lebih menyayat hati, Qisya merupakan anak sulung kepada pasangan suami isteri yang terkorban bersama empat anak lain dalam tragedi menyayat hati di Sungai Korok, Jerlun, baru-baru ini.
Detik Sedih Yang Menjadi Titik Perubahan
Kisah tragis itu bermula apabila enam sekeluarga dilaporkan hilang pada awal pagi Sabtu lalu ketika dalam perjalanan pulang ke Jerlun dari rumah saudara di Jitra. Harapan untuk mereka pulang dengan selamat bertukar menjadi episod duka apabila kenderaan yang dinaiki kesemua mangsa ditemui terapung di Sungai Korok, dengan kesemua mereka disahkan meninggal dunia.
Namun dalam tragedi ini, takdir menentukan Putri Qisya terselamat kerana tidak ikut serta kerana beliau berada di rumah neneknya ketika kejadian.
Perkongsian Nurulhidayah di Facebook memperlihatkan gambar beliau bersama Qisya dalam suasana tenang tetapi sarat dengan emosi.
“Kenalkan anak baru saya, Putri Qisya. Alhamdulillah ALLAH permudahkan. Thethe sayang Qisya, arwah mama Qisya nama Nurul Hidayah. Thethe baru Qisya, Nurulhidayah.”
Ungkapan itu jelas menunjukkan keikhlasan dan kasih seorang wanita yang ingin melindungi dan membimbing anak kecil yang baru kehilangan seluruh ahli keluarganya dalam sekelip mata.
Simbol Kasih Sayang Yang Tiada Sempadan
Tindakan Nurulhidayah mengambil Qisya sebagai anak angkat bukan sekadar perbuatan terpuji, tetapi juga contoh nyata tentang kemanusiaan dan empati. Dalam dunia yang serba pantas ini, masih ada insan yang sanggup membuka pintu hatinya untuk menyayangi tanpa syarat.
Lebih menyentuh jiwa, arwah ibu Qisya juga bernama Nurul Hidayah — seolah-olah takdir mempertemukan dua insan ini dalam keadaan yang sangat unik dan penuh makna.
Harapan Buat Qisya
Dalam hantaran yang sama, Nurulhidayah turut menitipkan doa agar Qisya membesar menjadi wanita solehah yang berjaya dan disegani.
“Semoga Qisya membesar menjadi wanita solehah yang cemerlang, berjaya dan disegani.”
Semangat dan kasih yang ditunjukkan ini menjadi inspirasi buat ramai remaja Malaysia bahawa dalam apa jua kesusahan, pasti akan ada cahaya harapan yang baru.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tragedi yang menimpa Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir terus menjadi bualan hangat di media sosial apabila jasadnya dikatakan masih utuh dan terpelihara walaupun sudah berminggu-minggu dikebumikan.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Imam Rawatib Masjid Haji Hashim Pekan Sipitang, Amani Azral, yang turut menyaksikan proses penggalian semula kubur arwah.
Menurut Amani, keadaan jasad Zara Qairina seperti yang dikatakan ibunya adalah benar. Malah, beliau bukanlah satu-satunya saksi. Ramai yang berada di lokasi pada ketika itu, termasuk pegawai polis, pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Sipitang, imam-imam lain, dan wakil daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Mengikut laporan Harian Metro, penggalian semula kubur di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol, dimulakan pada jam 6.04 petang dan selesai sekitar jam 7.31 malam. Proses yang mengambil masa lebih satu jam itu dilakukan bagi membawa jenazah ke unit forensik Hospital Queen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu untuk bedah siasat yang dijadualkan pada jam 9 pagi keesokan harinya.
Kisah ini mula tular selepas video yang dikongsi netizen menunjukkan ibu arwah meluahkan rasa sebak melihat jasad anaknya masih berada dalam keadaan baik. Video tersebut turut merakam Amani mengiyakan kenyataan itu, sekali gus menguatkan lagi kepercayaan orang ramai terhadap kebenaran cerita tersebut.
Bagi masyarakat, khususnya golongan muda, kisah Zara Qairina membawa makna yang mendalam. Ramai yang melihatnya sebagai tanda kekuasaan Allah dan mungkin juga ganjaran atas amalan baik yang dilakukan semasa hidup. Arwah dikenal sebagai seorang anak yang taat kepada ibu bapa, aktif membantu masyarakat, dan sentiasa menjaga tutur kata.