Baru-baru ini, Raja Charles III menegaskan bahawa Putera Harry dan Meghan Markle kekal sebagai individu persendirian dan tidak akan kembali menjalankan tugas rasmi sebagai wakil keluarga diraja British. Penegasan itu dibuat selepas pasangan Duke dan Duchess of Sussex dilaporkan kembali ke United Kingdom (UK) bersama dua anak mereka, Archie dan Lilibet.

Menerusi satu surat rasmi yang dihantar bagi pihak Raja Charles, status Harry dan Meghan diperjelaskan kepada beberapa pihak berkaitan termasuk pasukan mereka, jabatan kerajaan, pegawai tentera serta wakil rasmi raja di peringkat tempatan. Surat berkenaan turut mengingatkan bahawa sebarang penampilan atau program melibatkan pasangan itu selepas ini tidak mewakili institusi diraja.

“Umum mengetahui bahawa pada Januari 2020, Duke dan Duchess of Sussex melepaskan tugas sebagai wakil rasmi Raja dan tidak lagi menjadi ahli keluarga diraja yang menjalankan tugas rasmi,” menurut kandungan surat berkenaan.

Raja Charles Tegaskan Putera Harry & Meghan Kekal ‘Orang Biasa’, Bukan Lagi Wakil Rasmi Diraja

Raja Charles Tegaskan Putera Harry & Meghan Kekal ‘Orang Biasa’, Bukan Lagi Wakil Rasmi Diraja

Ads

Selain itu, surat yang ditandatangani bagi pihak Raja Charles oleh Lord Chamberlain itu menegaskan bahawa Harry dan Meghan masih tidak dibenarkan menggunakan gelaran ‘His Royal Highness (HRH)’ dan ‘Her Royal Highness (HRH)’. Kedudukan tersebut selaras dengan persetujuan yang dicapai menerusi Perjanjian Sandringham pada 2020.

Perjanjian berkenaan menetapkan bahawa pasangan Sussex tidak boleh memegang peranan separa rasmi sebagai anggota keluarga diraja pada masa sama meneruskan kepentingan komersial persendirian mereka. Aktiviti kebajikan yang dilakukan Harry dan Meghan juga kekal dianggap sebagai urusan peribadi dan bukannya tugasan rasmi Istana Buckingham.

BACA: Selepas 6 Tahun Di Amerika, Putera Harry, Meghan Kembali Menetap Di Britain

Ads

Penjelasan itu hadir ketika Harry dan Meghan dijangka kembali aktif dalam beberapa acara awam serta kerja kebajikan di UK. Harry sebelum ini memberi tumpuan kepada Invictus Games, manakala Meghan dilaporkan turut mempertimbangkan untuk kembali aktif dalam bidang lakonan.

Raja Charles Tegaskan Putera Harry & Meghan Kekal ‘Orang Biasa’, Bukan Lagi Wakil Rasmi Diraja

Ads

Dalam pada itu, isu keselamatan Harry di UK masih menjadi perhatian selepas beliau beberapa kali menyuarakan kebimbangan berhubung tahap perlindungan polis yang diterimanya. Bagaimanapun, Istana Buckingham menjelaskan bahawa sebarang keputusan berkaitan keselamatan dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif Diraja dan VIP (Ravec), manakala urusan operasi keselamatan perlu dirujuk kepada pihak polis.

Pada masa yang sama, sumber istana memaklumkan kandungan surat itu didedahkan kepada umum atas faktor ketelusan bagi mengelakkan kekeliruan atau penyebaran maklumat tidak rasmi mengenai status Harry dan Meghan. Setakat ini, wakil pasangan berkenaan dilaporkan belum memberikan sebarang maklum balas terhadap penegasan terbaharu tersebut.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagramTikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads