Terbaru, Putera Harry dan isterinya, Meghan, Duchess of Sussex mencuri perhatian selepas pasangan itu dilaporkan merancang untuk kembali menetap di United Kingdom (UK) selepas lebih enam tahun tinggal di Amerika Syarikat (AS).
Menurut beberapa laporan media Britain, pasangan berkenaan dijangka meninggalkan California sebelum penghujung bulan ini untuk berpindah ke sebuah kediaman persendirian yang dipercayai terletak di luar London.
Perpindahan itu turut melibatkan dua anak mereka, Putera Archie (7), dan Puteri Lilibet (5), yang dilaporkan telah didaftarkan di sebuah sekolah di Britain dan dijangka memulakan sesi persekolahan pada awal September ini.
Difahamkan, rancangan tersebut dilaporkan sudah dimaklumkan kepada Raja Charles III pada Ahad lalu, selain Putera William dan Catherine, Puteri Wales. Raja Charles dilaporkan mengalu-alukan peluang untuk meluangkan lebih banyak masa bersama anak serta cucu-cucunya dalam suasana yang lebih peribadi.
Ads
Walau bagaimanapun, kepulangan keluarga Sussex ke Britain tidak bermakna Harry dan Meghan akan kembali menjalankan tugas rasmi sebagai anggota kerabat diraja. Kedua-duanya kekal sebagai individu persendirian dan kediaman baharu itu juga bukan sebahagian daripada kediaman rasmi keluarga diraja.
Terdahulu, Harry dan Meghan meninggalkan UK pada awal 2020 sebelum berpindah ke Amerika Syarikat, susulan keputusan untuk berundur daripada peranan sebagai anggota kanan kerabat diraja. Sejak itu, hubungan mereka dengan keluarga diraja sering menjadi perhatian, termasuk selepas beberapa kenyataan terbuka serta penerbitan memoir Harry, Spare.
Ads
Bagaimanapun, hubungan keluarga dilihat menunjukkan perkembangan positif selepas pasangan itu bersama anak-anak mereka bertemu Raja Charles di Highgrove pada Julai lalu. Pertemuan tersebut menjadi antara detik penting kerana Raja Charles dilaporkan dapat meluangkan masa secara bersemuka bersama Archie dan Lilibet selepas tempoh yang panjang.
Ads
Sementara itu, aspek keselamatan masih menjadi antara isu utama yang dikaitkan dengan kepulangan Harry ke UK. Putera Harry sebelum ini pernah mengambil tindakan undang-undang berhubung tahap perlindungan keselamatan untuk dirinya dan keluarganya, malah kebimbangan tersebut pernah dinyatakan sebagai antara faktor yang menyukarkan mereka untuk kerap berada di Britain.
Jika rancangan ini diteruskan, kepulangan mereka bakal membuka lembaran baharu buat keluarga Sussex, meskipun status mereka di luar struktur rasmi institusi diraja kekal tidak berubah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Eksplotasi yang dicetuskan oleh kumpulan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) terhadap mangsa kanak-kanak, buruh paksa dan pelajar yang didedahkan oleh media tempatan baru-baru ini telahpun mendapat perhatian Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
21 September lalu, Baginda telahpun menitakan kesemua agensi agama Islam Selangor termasuk MAIS, JAIS, Jabatan Mufti Selangor dan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor bersama PDRM (Kontinjen Selangor dan Bukit Aman) untuk bekerjasama mengambil langkah tegas dalam membuat siasatan menyeluruh bagi memastikan kesemua pohak yang terlibat dalam kesalah jenayah ini akan menerima tindakan sewajarnya.
Demi memastikan masyarakat memahami betapa seriusnya eksploitasi yang sudah lama beroperasi di rumah-rumah amal di bawah GISBH di beberapa buah negeri termasuklah di Selangor ini, isu tersebut telahpun dimuatkan sebagai topik khutbah Jumaat terbitan Unit Khutbah, Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada hari ini.
Dengan tajuk ‘Kenapa GISBH Buat Begini Kepada Kanak-Kanak’, khutbah di seluruh negeri Selangor pada hari ini memberi fokus ebtapa kejinya amalan bertentangan dengan akidah yang dikesan berlaku di beberapa premis kumpulan GISBH.
Akibat menormalisasikan perbuatan sebegitu, ia sekaligus mencemarkan nama baik dan kesucian agama Islam terutamanya pada mata masyarakat bukan Islam.
Mengakhiri khutbah, khatib turut menyampaikan nasihat Baginda Sultan yang menasihati agar ibu bapa dan penjaga menyemak terlebih dahulu latar belakang sesebuah sekolah agama atau pusat penjagaan amal sebelum menghantar anak-anak mereka ke sana.
Ini demi memastikan perkara yang tidak diingini dapat dielakkan berlaku kepada anak-anak seperti pengabaian, penderaan serta eksploitasi berbentuk seksual.
Klik pada PAUTAN INI untuk membaca teks penuh khutbah terbitan JAIS pada hari ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Personaliti televisyen, Aidid Marcello meluahkan rasa syukur dan gembira apabila anak lelakinya, Muhammad Iman Marcello berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh hanya 11 bulan.
Menerusi perkongsian di entri Instagram miliknya, Aidid menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hadiah paling bermakna untuknya dan isteri.
“Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Bagi kami ayah dan ibu, tiada apa lagi hadiah yang lebih berharga jika nak dibandingkan dengan apa yang Iman berikan kepada kami. Terima kasih Iman kerana menjadi anak yang taat dan berjaya mengharungi pelbagai ujian dan cabaran sepanjang proses hafazan ni.
“Semoga Iman terus berjaya dan jadikan al-Quran sebagai sahabat terbaik sehingga ke penghujung usia. Jangan lupa daddy dan mummy bila kami dah tiada nanti.
“Ingat, Iman anak sulung lelaki kami. Bacaan Quran dan doa anak yang soleh sahaja yang mampu membantu kami kelak,” coretnya panjang lebar.
Iman berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran selepas mengikuti Akademi al-Quran Amalillah (AKMAL).
Menerusi video sama, isterinya yang juga bekas personaliti televisyen, Norzie Pak Wan Cik dilihat mengalirkan airmatanya tanda bangga buat putera sulungnya itu.
Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Alyea Nai Lina berusia, Muhammad Iman, Muhammad Yusuf dan Muhammad Ibrahim.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Spekulasi mengenai masa depan kepimpinan Kim Jong Un akhirnya mendapat bayangan baharu apabila agensi perisikan Korea Selatan mendedahkan bahawa pemimpin Korea Utara itu dipercayai telah memilih anak perempuannya sebagai pewaris takhta.
Menurut taklimat yang diberikan kepada ahli parlimen pada Khamis, anak perempuan beliau, Kim Ju Ae, yang dipercayai berusia 13 tahun, kini berada di tahap sebagai calon pengganti.
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Ju Ae kerap dirakam berada di sisi bapanya dalam pelbagai acara berprofil tinggi. Malah, beliau turut mengiringi Kim dalam lawatan ke Beijing pada September lalu, yang merupakan kunjungan rasmi pertamanya ke luar negara, petik BBC.
This picture taken on May 14, 2024 and released from North Korea’s official Korean Central News Agency (KCNA) on May 15, 2024 shows North Korea’s leader Kim Jong Un (R) and his daughter Ju Ae (L) attending the inauguration ceremony of Jonwi Street in Pyongyang. (Photo by KCNA VIA KNS / AFP) / South Korea OUT /
Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan Korea Selatan (NIS) menyatakan bahawa penilaian tersebut dibuat berdasarkan ‘pelbagai keadaan’, termasuklah penampilan awam Ju Ae yang semakin menonjol di acara-acara rasmi.
Menurut NIS, mereka kini akan memerhatikan sama ada Ju Ae bakal menghadiri kongres parti Korea Utara yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini. Kongres berkenaan merupakan acara politik terbesar negara itu dan diadakan setiap lima tahun sekali.
Ahli parlimen Lee Seong-kwen turut berkongsi perkembangan terbaharu mengenai status Ju Ae kepada pihak media.
“Memandangkan Kim Ju Ae telah menunjukkan kemunculannya di pelbagai acara, termasuk ulang tahun penubuhan Tentera Rakyat Korea dan lawatannya ke Istana Matahari Kumsusan, serta terdapat tanda-tanda beliau mula menyuarakan pendapatnya mengenai dasar negara tertentu, NIS percaya beliau kini telah memasuki tahap ‘calon pengganti’,” kata Lee.
FILE PHOTO: North Korean leader Kim Jong Un and his daughter Kim Ju Ae stand at a hotel reception counter as they attend an inauguration ceremony for hotels in the tourist resort in Samjiyon City, North Korea, December 20, 2025, in this picture released by North Korea’s official Korean Central News Agency. KCNA via REUTERS ATTENTION EDITORS – THIS IMAGE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY. REUTERS IS UNABLE TO INDEPENDENTLY VERIFY THIS IMAGE. NO THIRD PARTY SALES. SOUTH KOREA OUT. NO COMMERCIAL OR EDITORIAL SALES IN SOUTH KOREA./File Photo
Sebelum ini, Ju Ae disifatkan oleh NIS sebagai sedang ‘dilatih’, namun kini tahapnya dikatakan sudah meningkat kepada ‘calon pengganti’.
Untuk rekod, Ju Ae merupakan satu-satunya anak Kim Jong Un dan isterinya, Ri Sol Ju, yang diketahui umum.
Walaupun NIS percaya bahawa Kim Jong Un mempunyai seorang anak lelaki yang lebih tua, kewujudan anak tersebut tidak pernah diakui mahupun dipaparkan dalam media Korea Utara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!