Insiden melibatkan kapal terbang Air Busan yang terbakar di lapangan terbang Gimhae ketika ia sudah sedia untuk berlepas baru-baru ini difahamkan berkemungkinan besar disebabkan oleh pengecas telefon mudah alih atau ‘power bank’ salah seorang penumpang.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 10.15 malam pada 28 Januari lalu telah menyebabkan pesawat Airbus A321-200 itu terbakar di bahagian ekor (belakang pesawat) ketika ia bersedia untuk berlepas ke Hong Kong.
Menurut beberapa penumpang juga merupakan saksi kejadian berkata mereka terdengar seperti bunyi retakan dari ruang kabin bagasi yang terletak di bahagian atas kemudian asap mula keluar.
Pesawat Air Busan yang terbakar pada 28 Januari lalu
Dalam pada itu, Air Busan yang sedang menyiasat insiden tersebut berkata keterangan telah diberikan oleh salah seorang penumpang dan juga seorang pramugari bertugas menyatakan kebakaran mungkin bermula dari kabin penyimpanan di atas tempat duduk baris ke-28.
Walau bagaimanapun, di sebalik keterangan ini, punca kebakaran yang melanda kapal terbang itu masih belum dipastikan. Pada masa sama, ia tidak menjadi penghalang bagi pihak Air Busan untuk mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa kebakaran itu adalah berpunca dari power bank salah seorang penumpang yang terhimpit dalam kabin penyimpanan.
Ads
Power bank dipecayai menjadi punca kebakaran (gambar sekadar hiasan)
Namun, jika terbukti power bank menjadi punca kebakaran, ia bukanlah kejadian pertama yang pernah berlaku. Sebelum ini, pada April 2024, sebuah power bank terlalu panas sehingga mengeluarkan asap ketika penerbangan Asiana Airlines yang membawa 273 penumpang berjaya dipadamkan oleh pramugari sebelum ia terbakar.
Selain itu, pada Disember lalu, satu lagi penerbangan Air Busan terdahulu mengalami kejadian serupa dan ia sempat dihentikan oleh pramugari sebelum berlepas.
Ads
Siasatan forensik juga dijadualkan pada hari ini bagi menentukan punca dan titik permulaan kebakaran penerbangan Air Busan ke Hong Kong.
Sementara itu, memandangkan sayap pesawat masih diisi dengan 15,875 kilogram bahan api penerbangan, langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk mengelakkan kemalangan lanjut.
Sumber: Korean Herald
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kali ini, remaja bersama dua anggota STAYC, Seeun dan J, yang baru sahaja melancarkan single digital khas mereka, “Over U, Goodbye” 🎶🌟 So, apa tunggu lagi? Bersempena dengan vibe tahun baru, REMAJA ajak STAYC untuk buat 2025 prediction yang pasti akan buat korang teruja! 🌟ℹ️ STAYC adalah girlgroup Korea Selatan yang terkenal dengan konsep fresh dan energetic! Di bawah naungan High Up Entertainment, STAYC terdiri daripada 6 ahli yang menawan: Sumin, Sieun, Isa, Seeun, Yoon dan J. Kumpulan ini terkenal dengan lagu-lagu catchy seperti “So Bad”, “ASAP”, “Stereotype”, dan “RUN2U”.
P/S: Siapa bias korang? Drop komen dan kongsi apa expectation korang untuk tahun ni! 🔥
#majalahremaja #remaja #remajamalaysia” />
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khabar baik untuk seluruh rakyat Malaysia yang masih bersekolah, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi 2024/2025 akan diagihkan bermula 13 Januari, Isnin ini.
Pada masa sama, agihan BAP bagi murid Tingkatan 6 semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 pula akan dilaksanakan bermula 16 Februari ini. Seterusnya, agihan kepada murid Tingkatan 6 baharu pula akan dilaksanakan bermula 1 Julai 2025.
Dalam pada itu, menurut Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini, beberapa kaedah agihan BAP kepada murid akan dilakukan termasuk oleh pihak sekolah menggunakan kaedah serahan tunai kepada ibu bapa (sekolah rendah) atau ibu bapa/murid (sekolah menengah).
Selain itu, cara kedua adalah pengkreditan ke akaun bank murid atau akaun bank ibu bapa yang akan dilaksanakan bermula tahun ini.
Bagi tahun 2025, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM791,250,000 khusus untuk bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar) yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta murid.
Kredit: Bernama
Inisiatif ini juga adalah untuk membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang bakal menjelang.
Terdahulu, menerusi pembentangan belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan BAP merupakan salah satu daripada 17 bantuan pendidikan yang disediakan dengan peruntukan sebanyak RM5.3 bilion.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus membanggakan negara apabila 20 daripada 30 subjek yang ditawarkan universiti ini berjaya menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik di Malaysia.
Kejayaan cemerlang ini dicapai melalui penarafan QS World University Rankings by Subject 2025 yang baru sahaja diumumkan.
Antara subjek yang tersenarai dalam kelompok teratas tersebut termasuklah bidang sukan, Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris, Bahasa Moden, Pengajian Komunikasi dan Media, Undang-Undang, Kejuruteraan (seperti Kejuruteraan Awam dan Struktur, Elektrik dan Elektronik, Mekanikal, Aeronautik dan Pembuatan), Perubatan, Pendidikan, Perakaunan dan Kewangan, serta Farmasi dan Farmakologi.
Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM, yang juga menjalankan tugas Naib Canselor, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, dalam kenyataan yang dikeluarkan, sebanyak 15 subjek UKM berjaya tersenarai dalam kelompok 200 terbaik dunia.
“Lebih membanggakan, subjek Theology, Divinity and Religious Studies mencatatkan peningkatan kedudukan yang sangat membanggakan, iaitu berada dalam kalangan 100 terbaik dunia.
“Pencapaian ini juga mencerminkan kekuatan dan daya saing UKM dalam pelbagai disiplin ilmu,” jelasnya.
Beliau turut menambah bahawa UKM menunjukkan kemajuan ketara dalam tiga Broad Area utama iaitu Arts and Humanities, Natural Sciences, dan Life Sciences and Medicine.
“Penarafan antarabangsa ini membuktikan UKM berjaya mengekalkan reputasinya dari segi kualiti kepakaran akademik.
“Program berprestasi tinggi, serta hasil usaha berterusan warga UKM dalam memastikan pendidikan tinggi yang berkualiti, inovatif, selain relevan dengan keperluan global,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Buli di MRSM: Asyraf Wajdi dedah ramai pelaku datang dari keluarga bermasalah, sekaligus menjawab persoalan mengapa isu buli masih terus berlaku di sekolah berasrama penuh itu.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mendedahkan bahawa kebanyakan kes buli di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) berpunca daripada latar belakang keluarga yang berantakan. Menurut beliau, rekod lampau menunjukkan ramai pelajar yang terlibat dalam kes buli datang daripada keluarga yang mempunyai masalah dalaman sehingga mempengaruhi emosi dan psikologi mereka.
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
Rekod lampau jadi petunjuk awal
Asyraf Wajdi menjelaskan bahawa latar belakang keluarga pelajar tidak boleh dipandang ringan kerana ia memberi kesan besar kepada tingkah laku mereka. Ada remaja yang membawa beban emosi dari rumah ke sekolah, lalu melampiaskan perasaan itu kepada rakan sebaya melalui perbuatan buli.
Intervensi awal untuk cegah buli
Bagi menangani isu ini, pihaknya telah mengarahkan Bahagian Pendidikan Menengah MARA untuk menyelaras intervensi awal di setiap MRSM. Kaunselor dan guru akan diberi peranan lebih besar untuk mengenal pasti latar belakang pelajar sejak awal lagi. Dengan cara ini, masalah emosi dan tingkah laku dapat ditangani sebelum ia menjejaskan suasana pembelajaran.
Guru dan kaunselor juga digalakkan mendekati pelajar dengan lebih rapat agar proses ta‘lim (mengajar) dan ta‘adib (menyemai adab dan nilai) dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pendekatan holistik ini diharap dapat melahirkan pelajar MRSM yang seimbang, bukan sahaja cemerlang akademik tetapi juga matang dari segi sahsiah dan emosi.
Buli tinggalkan kesan jangka panjang
Isu buli bukan sekadar masalah disiplin, tetapi ia boleh meninggalkan trauma yang mendalam kepada mangsa. Ada yang hilang keyakinan diri, mengalami tekanan emosi, malah terganggu prestasi akademik. Oleh itu, usaha mencegah lebih penting daripada menunggu ia berlaku.
Sebagai remaja, mesej yang perlu difahami jelas — setiap orang berhak untuk rasa selamat, dihormati dan disayangi. Jangan jadikan masalah peribadi sebagai alasan untuk menyakiti orang lain. Jika kita datang dari keluarga yang bermasalah, ia tidak bermakna masa depan juga akan musnah. Sebaliknya, kita boleh memilih untuk berubah, membina identiti positif, dan menjadi inspirasi kepada orang lain.
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...