
Jerawat adalah perkara yang paling dibenci semua orang terutamanya remaja!
Boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri, tambah pula jika ia tumbuh dengan banyak diwajah. Paling tak best, bila jerawat meninggalkan kesan dan parut.
ARTIKEL BERKAITAN : 5 Krim Untuk Kecutkan Jerawat Dengan Harga Bawah RM25, Murah & Berbaloi

Sabar, ada penyelesaiannya! Kalau ada jerawat muncul di bahagian dagu anda dan mahukannya cepat hilang, ikuti langkah-langkah mudah yang dikongsikan oleh Dr. Irma ini. Banyak caranya, pilihlah yang mana yang bersesuaian dengan anda!

Banyak sebab mengapa ia muncul di bahagian dagu. Selalunya berkaitan gangguan hormon, masalah kesihatan berkaitan ovari ataupun kitaran haid yang tidak teratur.

Lagi stres lagi banyak jerawat keluar!

Cara untuk cepat hilangkannya…

Ubat parut penting untuk hilangkan kesannya di wajah nanti.


Yang ini kalau simpan dulu di dalam peti ais sebelum pakai memang best. Sejuk je di wajah!


Jangan malas cuci muka tau!

Jadi, jangan gatal tangan tu nak memicit jerawat. Nanti bukannya makin elok sebaliknya makin melarat pula jadinya. Pilihlah produk yang tepat dan sesuai dengan kulit wajah korang.
kredit: @drirma_ariandi
BACA LAGI: ‘Atuk’ Squid Game, Oh Young-soo Didakwa Salah Laku Seksual. Benarkah? – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lisa Manobal Guna Peluang Tonjolkan Seni Fesyen Thailand & Perancis Sewaktu Dilantik Duta Pelancongan Negaranya

Bersempena pelantikannya sebagai Duta Amazing Thailand di bawah kempen ‘Feel All The Feelings’, penyanyi dan pelakon antarabangsa Lisa Manobal sekali lagi membuktikan pengaruhnya dalam aliran fesyen global.
Pelantikan ini dilihat sebagai langkah strategik kerajaan Thailand dalam menarik minat pelancong antarabangsa melalui figura berpengaruh yang dekat di hati peminat dari seluruh dunia.
Dalam penampilan rasmi tersebut, Lisa Manobal menyarungkan adi busana daripada Balmain, sebuah rumah fesyen mewah terkenal dari Perancis. Pemilihan ini bukan sekadar soal estetika, tetapi membawa simbolik sejarah dan hubungan budaya yang mendalam antara Thailand dan Perancis.

Inspirasi Gaun Ikonik Balmain Era 1960-an
Bersempena pelantikannya sebagai Duta Amazing Thailand di bawah kempen ‘Feel All The Feelings’, penyanyi dan pelakon Lisa Manobal telah menyarungkan adi busana daripada Balmain, sebuah rumah fesyen terkenal Perancis.
Pemilihan adi busana ini tidak dibuat sewenang- wenangnya. Rekaannya diinspirasikan daripada gaun ikonik Balmain bernama ‘Nuit à Londres’ daripada koleksi Spring Summer 1960; asalnya digayakan oleh Mendiang Baginda Ratu Sirikit, Bekas Permaisuri Thailand dan Ibu Suri kepada Raja Maha Vajiralongkorn.

Hubungan Erat Balmain & Keluarga Diraja Thailand
Selama lebih 20 tahun, Pierre Balmain telah menyiapkan sebahagian besar busana Mendiang Baginda, sekaligus mencorakkan hubungan akrab di antara rumah fesyen Balmain dan keluarga Diraja Thailand.
Intepretasi semula adi busana ini telah menggunakan fabrik brocade Thai rona kuning, rose gold dan emas. Diadun pula dengan fabrik sutera Thai rona chartreuse, manakala bahagian bawah gaun daripada fabrik duchesse satin.

Pemilihan rekaan dan rumah fesyen Balmain oleh Lisa kali ini juga selari dengan ulang tahun hubungan diplomasi ke-170 negara Thailand-Perancis. Sekaligus, ia membawa mesej yang lebih mendalam dan signifikan menerusi pemilihan fesyen.
Lisa juga menyarungkan rantai Bvlgari memandangkan beliau adalah duta kepada jenama berkenaan di bawah syarikat konglomerat mewah dari Perancis, LVMH.
Manakala beg Lisa dengan rekaan unik ini pula adalah daripada jenama kelahiran Thailand, Jasmina.



Peranan Lisa Manobal Sebagai Duta Amazing Thailand
Bercakap lanjut mengenai pemilihan Lisa oleh kerajaan Thailand pula, Gabenor Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) Thapanee Kiatphaibool berkata, peranan Lisa sebgai duta akan mengajak pelancong dalam dan luar negara untuk ke serata negara Thailand yang kaya dengan keindahan, keunikan dan penuh nilai.
Lisa sebagai salah seorang selebriti antarabangsa paling bekerja keras turut mencerminkan diri sebenar rakyat Thailand yang mesra, sekaligus mendorong kunjungan berulang ke negara itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kate Middleton Sanggup Guna Racun Lebah Untuk Kecantikan Kulit Dan ‘Kekal’ Remaja

Walaupun usia sudah menginjak 42 tahun, Kate Middleton kelihatan cantik dan awet muda setanding remaja yang 20-an.
ARTIKEL BERKAITAN : Rahsia Cantik Han So Hee: Tak Minum Kopi & 50 Kali Kunyah Makanan
Ramai terkejut apabila mengetahui petua kecantikan isteri Putera William itu adalah racun lebah!
Sumber melaporkan, Kate membayar sekitar AS$325 (RM1,300) untuk satu sesi bagi menikmati rawatan wajah menggunakan racun lebah.

Namun sesuai dengan harganya, racun lebah mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kulit.
Satu kajian yang dilakukan mendapati ia mampu secara aktif mengurangkan dan melambatkan proses penuaan serta menghilangkan kedutan di wajah.
Jadi sebab itu, ia semakin mendapat perhatian dalam kalangan orang muda bagi mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan rawatan racun lebah.
Rawatan wajah menggunakan racun lebah juga memberi tambah nilai kerana ia bersifat anafilaksis dan mampu menegangkan otot wajah, selain meningkatkan peredaran darah wajah.

Semua elemen ini sekaligus membuatkan wajah anda lebih bercahaya dan bersinar. Jadi tak hairan, Kate nampak sentiasa cantik setiap kali gambarnya dirakam kamera.
Selain Kate, antara selebriti yang melakukan rawatan serupa termasuklah Gwyneth Paltrow dan Victoria Beckham.
8 fakta istimewa tentang wanita yang bakal bergelar Permaisuri England suatu hari nanti ini.
- Dilahirkan degan nama penuh Catherine Elizabeth Middleton, beliau dilahirkan di Hospital Royal Berkshire di Reading pada 9 Januari 1982.
- Beliau telah dibaptiskan di St Andrew’s Bradfield, pada 20 Jun 1982. Merupakan anak sulung daripada tiga anak adik beradik.
- Keluarga di sebelah ayahnya memang rapat dengan Keluarga Diraja sejak dahulu lagi. Moyangnya, Olive Middleton, menjadi tuan rumah kepada ahli keluarga Diraja Britain sekitar tahun 1920-an & 1930-an. Manakala, keluarga ibunya berketurunan pelombong arang batu dan telah disifatkan sebagai golongan kelas pekerja.
- Beliau mempunyai seorang adik perempuan, Pippa, & seorang adik lelaki, James.

- Suaminya, Putera William, Duke of Cambridge, berada di tempat kedua dalam barisan pewarisan takhta Diraja British, menjadika beliau bakal menjadi permaisuri pada masa hadapan.
- Putera William telah meminangnya menggunakan cincin milik ibu, mendiang Puteri Diana. Cincin batu nilam rona biru itu cukup istimewa bagi Kate Middleton
- Berkahwin pada 29 April 2011 di Westminster Abbey. Duchess of Cambridge ini telah menggayakan busana dari jenama Alexander McQueen.
- Memiliki tiga cahaya mata, dua putera dan seorang puteri. Putera George, Puteri Charlotte, & Putera Louis masing-masing berada di ketiga, keempat dan kelima dalam barisan pewarisan takhta Diraja British.
BACA LAGI : Jarang Mekap Tebal Tapi ‘Onz’ Sentiasa, Ini Rahsia Cantik Daiyan Trisha
BACA LAGI : 10 Individu Muslim Yang Diiktiraf Dunia, Bukti Islam Tidak Sekat Kejayaan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah Darah Pekat Punca Penyakit Kronik! Penawarnya Minum Air Rendaman Asam Keping

Sememangnya ilmu perubatan alternatif yang diamalkan oleh orang-orang lama tidak boleh diabaikan. Terlalu banyak bahan-bahan herba yang tumbuh di hutan negara kita boleh menjadi penawar kepada pelbagai penyakit.
Ternyata perkongsian dari seorang wanita di fbnya atas nama Suzy Honey untuk mengubati masalah darah pekat yang menjadi penyumbang kepada pelbagai penyakit kronik berjaya mendapat perkongsian sebanyak 1.9 K dari orang ramai.
Baca kisahnya, moga ada manfaat buat kita semua.
Sebaik sahaja saya dan suami keluar dari kawasan kampung kami sempat singgah di Bukit Besi, Dungun. Kami lepak dan menikmati moreh di kawasan sekitar situ. Bertemu dengan seorang kenalan lama suami saya yang di panggil Pak Din. Kami duduk minum air semeja. Rupanya Pak Din merupakan Pengamal Perubatan Alternatif. Wah! Ini menarik lagi minat saya untuk bersembang lagi lama.
Pak Din ada 4 orang anak. 3 perempuan 1 orang lelaki. Kesemua anak-anaknya berjaya. Menjadi pengurus besar di Petronas dan menjadi Pilot juga doktor.
Saya bertanya kepada Pak Din,
“Pak Din , anak Pak SeDin yang menjadi doktor itu macamana ? Dia menyokong tak perubatan alternatif ini?”
Jawab Pak Din ” Ya mestilah. Anak saya yang itu banyak merujuk kepada saya ”
Wah…hebatnya! Saya kagum dengan Pak Din. Bila saya bercakap dengan Pak Din ini mengingatkan saya kepada Tok Guru saya dalam Perubatan Melayu iaitu Dr. Abd Ghani bin Husain. Bila Pak Din menyebut bilangan jenis pokok pokok herba dan prinsip perubatan ini yang sama seperti saya pelajari. Bila bercakap bab jantung bagaikan saya bercakap dengan doktor.
Pak Din seorang yang sangat merendah diri dan beliau sempat memberitahu saya antara penyakit yang beliau rawat ialah sakit jantung, kanser juga strok. Jangan terkejut Pak Din ini sudah keluar merawat ramai pesakit hingga keluar negara.
Sempat beliau memberi saya satu kaedah untuk merawat masalah darah pekat yang merupakan salah satu punca masalah kepada penyakit penyakit kronik.

Caranya : Ambil sekeping asam gelugor. Dibasuh bersih dan masukkan kedalam 1 gelas air panas. Kemudian ditutup dan dibiarkan selama 2 jam. Baru diminum.
Asam keping yang digunakan tadi ambik di simpan dalam peti dan esoknya boleh digunakan lagi. 1 keping boleh diguna pakai sebanyak 3 kali/3hari.
Minum setiap hari berturut turut sehingga selesai masalah yang di hadapi. Selepas itu pergilah check di klinik atau hospital samaada ada perubahan atau tidak!
Sambil Pak Din tersenyum….
Alhamdulillah
Terima kasih banyak Pak Din kerana berkongsi ilmu. Sebenarnya banyak lagi yang di kongsikan. Ada kelapangan masa saya akan kongsikan lagi ya.
SuzyHoney
Berkongsi yang memberi manfaat ramai
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

