Selepas tiga dekad beroperasi dan disulami dengan pelbagai detik terindah bersama pemuzik tempatan dan antarabangsa, Hard Rock Cafe Jakarta akan ditutup secara rasmi bermula 31 Mac depan.
Menurut laporan Suara.com, Pengarah Urusannya, Agaverus Hutagalung berkata, rangkaian kafe dan bar bertemakan rock n roll selain terkenal sebagai lokasi yang menyimpan koleksi peribadi milik pemuzik terkenal seluruh dunia itu ditutup kerana tidak melanjutkan tempoh sewa.
“Saya ingin jelaskan tiada perselisihan faham. Isunya adalah soal sewa sebab sudah 10 tahun berada di sini dan kontrak juga sudah habis.
“Jika kita sambung sewa akan berlaku kendikan serta segala kos lain yang perlu ditanggung,” ujarnya.
Ads
Dalam pada itu, Agaverus turut memaklumkan, pihaknya cukup terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 yang berlaku sejak tiga tahun lalu.
“Kita terus terang berdasarkan keadaan kewangan agak berat untuk kita melanjutkan operasi ini. Jadi kita memilih untuk menutup operasi,” katanya.
Selain itu, menurutnya lagi terdapat beberapa barang peribadi milik pemuzik berpengaruh dunia seperti Metallica, Megadeth, Slash dari Gun n Roses yang disimpan di kafe tersebut.
Ads
“Semua barangan ini adalah milk pemuzik yang pernah membuat persembahan di Indonesia” katanya.
Selaras penutupan itu, pihak kafe akan memulangkan semula koleksi barangan berharga kepada ibu pejabat di Amerika Syarikat (AS).
“Suka atau tidak kita perlu pulangkan semula barangan itu ke ibu pejabat di Orlando, AS. Barangan peribadi itu merupakan hak milik antarabangsa dan syarat itu terpakai kepada semua cawangan kafe di seluruh dunia,” kongsinya lagi.
Ads
Menjengah di ruangan komen pada hantaran yang dimuat naik HRC Worldwide di Instagram, rata-rata warganet melontarkan pelbagai reaksi susulan penutupan kafe dan bar popular itu.
“Ia ditutup hanya kerana alasan bayar sewa mahal, jadi pasti nanti akan buka di tempat baru yang harga sewanya lebih murah. Semoga… Dalam 10 tahun operasi sudah pasti adalah kiraan dan profitnya,” komen seorang pengguna.
“HRC Jakarta pertama di Sarinah; tutup. Pindah ke EX Mall (yang sekarang dikenali PI Extension), tutup lagi. Eh, buka di Pacific Place Mall mahu tutup lagi. Lebih elok jika HRC Jakarta mempunyai tanah sendiri seperti HRC Bali,” komen juga pengguna lain.
“So sad to hear that. Too much fun to remember,” tulis pengunjung tetap kafe tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Terkini tular di media sosial sekitar jam 10.05 tadi yang menyaksikan lebuhraya PLUS dari Tanjung Malim menghala ke Utara jam teruk yang dikongsikan oleh seorang pemandu lori yang menuju ke arah Kuala Lumpur seperti dikongsikan di blog Info Roadblock JPJ/ Polis.
Apa yang mengejutkan kelihatan banyak kenderaan-kenderaan persendirian bersusun bersama lori-lori dan perlu berhadapan dengan Sekatan Jalan Raya oleh pihak berkuasa di laluan tersebut sehingga netizen menyuarakan “kemarahan” mereka di ruangan komen.
Ada cadangan dari netizen agar pihak berkuasa mengenakan saman RM1000 kepada pemandu yang ingkar ini.
“Ada yang berkata, jenis-jenis degil ini jangan suruh patah balik tapi bagi notis naik mahkamah terus. Otak udang dan macam-macam lagi.
Malah ada video yang baru ditularkan 8 minit lalu menyaksikan jalan raya sesak tanpa bergerak di lebuhraya tersebut membuktikan memang berlaku kesesakan lalulintas di lebuhraya tersebut.
Jika benar ada trend curi-curi balik kampung oleh segelintir rakyat Malaysia yang degil ia sesuatu yang amat mengecewakan kerana terlalu banyak peringatan diberikan oleh pihak berkuasa agar tiada aktiviti rentas negeri dilakukan sempena Aidilfitri ini.Namun jika ada surat kebenaran rentas negeri, tidak menjadi kesalahan.
Tonton video yang dirakam abang pemandu lori ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan dengan ‘Air Sally’, iaitu minuman dari Starbucks yang telah diperkenalkan oleh seorang tiktokers yang dikenali sebagai sallywhoo.
Air ini menjadi lebih viral apabila ada seorang influencer yang memuat naik video memuntahkan semula air kopi yang dibelinya itu kerana dikatakan tidak sedap.
Masing-masing mempunyai citarasa yang berbeza bukan?
Walau bagaimanapun, Air Sally tetap menjadi viral dan sudah ramai yang mencuba minuman tersebut yang dikatakan berharga lebih kurang RM23.
Namun begitu, ada seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Jawney Starbies telah memberikan option lain untuk mendapatkan harga yang lebih murah sedikit tetapi rasanya lebih kurang sama seperti Air Sally.
Korang boleh membuat pesanan dengan resepi seperti berikut:
Iced venti Caramel Macchiato
Vanilla cold foam
Caramel upside down
Malah, ada pengguna TikTok yang memberitahu bahawa rasa air ini lebih sedap.
Okay selepas ini bolehlah korang cuba resipi minuman ini. Tapi ingat ya, jangan selalu minum air manis takut nanti ada masalah kesihatan pula. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Juara dunia lapan kali, ratu squasy negara Nicol Ann David telah pun menerima penganugerahan Ijazah Kedoktoran Kehormat yang membawa gelaran Doktor oleh Heriot-Watt University Malaysia.
Majlis Penganugerahan tersebut telah diadakan bersempena Upacara Konvokesyen Pusat Sains Sosial, Universiti Heriot-Watt Malaysia pada hari Sabtu, 12hb Februari 2022.
Nicol turut memuat naik berita gembira itu di laman instagramnya.
Ini adalah satu penghormatan untuk saya menerima ijazah kedoktoran kehormat dari Universiti Heriot-Watt Malaysia atas sumbangan saya kepada sukan dan sokongan terhadap impak pendidikan positif dalam memperkasakan kehidupan. Saya amat gembira menerima anugerah yang disampaikan oleh Tan Sri Dr Jemilah Mahmood yang amat saya kagumi. Terima kasih kepada provost Profesor Mushtak Al-Atabi.
Bermain skuasy secara profesional selama lebih 20 tahun, Nicol David turut berkongsi beberapa nasihat kepada masyarakat bahawa menurutnya kehidupan tidak pernah lurus ke hadapan. Kita akan sentiasa menghadapi halangan dalam setiap langkah yang diambil. Tidak ada jalan yang betul dalam hidup, keindahan adalah mencari kekuatan dalam diri untuk meneruskan kehidupan apabila keadaan menjadi sukar. Kerja keras akan sentiasa membuahkan hasil untuk mencapai impian anda.
Tambahya lagi, jauhi orang yang tidak memberikan galakkan kepada anda. Beliau berharap agar lebih ramai orang menyimpan impian yang besar dan bukannya sentiasa mencari hujah mengapa mereka tidak akan berjaya. Mempunyai persekitaran yang positif akan menjadi satu perbezaan besar dalam laluan anda untuk mencapai impian.
Akhir sekali, jadilah orang yang baik. Sentiasa ingat tidak kira betapa berjayanya anda, sentiasalah mempunyai sifat belas kasihan kepada orang sekeliling.
Itu adalah antara kata-kata hikmat yang telah dikongsi oleh lagenda skuasy negara yang boleh dijadikan inspirasi buat seluruh masyarakat. Tahniah diucapkan kepada Datuk Nicol David dan semoga kejayaannya ini dapat diikuti oleh para remaja di luar sana.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.