Pergolakan khususnya di Semenanjung Gaza yang berlarutan sepanjang minggu ini melibatkan kekejaman rejim Israel terhadap masyarakat Palestin telahpun dikutuk keras oleh masyarakat dunia.
Dalam pada ada yang terbuai dengan ‘permainan simpati’ yang dicurahkan kepada Israel kononnya menjadi mangsa keganasan rakyat Palestin; sebahagia besar masyarakat dunia masih menyatakan sokongan mereka terhadap Palestin yang sedang mempertahankan negara mereka daripada pencerobohan berterusan penduduk haram Yahudi di Semenanjung Gaza.
Menariknya, bukan hanya negara majoriti penduduk Islam termasuk Malaysia yang mengutuk serangan balas Israel tersebut. Sebaliknya, warga Korea Selatan turut berpihak kepada rakyat Palestin dan berharap agar peperangan yang meragut ribuan nyawa orang ramai tidak bersalah termasuklah bayi itu dihentikan serta-merta.
Bertempat di Stesen Gwanghwamun, Seoul pada 11 Oktober, kumpulan pro-Palestin yang diketuai para aktiviti ‘Islam In Korea’ telahpun mengadakan protes jalanan secara aman.
Menjengah ke pautan video pendek di platform X (dahulunya Twitter), protes yang diteruskan sehingga ke bahagian tangga Pusat Kewangan Seoul itu berlangsung dengan terkawal dan para peserta dilihat membawa bersama sepanduk serta bendera Palestin bagi menyatakan sokongan mereka.
Ads
Antaranya berbunyi, “Hentikan Peperangan dan Kekejaman Israel Di Gaza” dan sorakan agar kegilaan rejim tersebut dipaksa henti.
“(Perbuatan) menunjukkan solidariti adalah satu cara yang berkesan dan perlu dilakukan dalam usaha menuntuk keadilan. Amatlah menginspirasikan apabila melihat orang ramai berkumpul bagi tujuan sama dari seluruh ceruk dunia,” komen @franklyankish.
Sementara itu, @d00m77 membidas tindakan media Barat yang seakan-akan memposisikan Israel sebagai ‘mangsa’ peperangan ini berlaku. “Seluruh dunia berada bersama Palestin. Hanya media massa kolot dari Barat sahaja yang tidak melaporkannya.”
Ads
Tidak kurang juga, ada netizen yang terkejut dengan protes tersebut kerana selama ini berpandangan Korea Selatan adalah di antara negara pro-Amerika yang menyokong agenda Barat.
Dalam perkembangan lain, model antarabangsa Gigi Hadid yang mempunyai pertalian darah kacukan dari Palestin terus melaungkan sokongan terhadap rakyat negara itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ia adalah hari yang cukup exciting untuk peminat Avengers seluruh Malaysia.
Satu-persatu pawagam berbeza dipenuhi dengan kunjungan orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk menyaksikan filem Avengers: Endgame pada hari pertama siaran.
Seperti yang korang sedia maklum, pihak Marvel dan Walt Disney Company di seluruh dunia cuba untuk menularkan hashtag #DontSpoilTheEndgame sejak minggu lalu.
Ini bagi memberikan peluang yang sama rata kepada semua penonton merasakan pengalaman menonton filem tersebut – walaupun setelah memasuki hari ketiga atau keempat tayangan.
Bagaimanapun…
Biasalah apabila ada ‘pisang hangat’ di pasaran, banyaklah jari-jari yang akan gatal untuk menaip spoilers di media sosial.
Untuk pawagam Tanjong Golden Village (TGV), team mereka nyata kecewa dengan penonton yang tidak memberikan kerjasama sekaligus membocorkan plot jalan cerita di media sosial.
Kata mereka, “Ada di kalangan ahli team TGV sendiri yang belum berkesempatan untuk menyaksikan filem ini kerana terpaksa sibuk membuang satu-persatu komen di akaun media sosial TGV kerana ia berbaur spoiler.
“Kami telah menunggu 11 tahun untuk detik ini dan kami tak akan membiarkan tindakan sesetengah orang menghancurkan impian kami menyaksikan filem ini untuk kali pertama.”
Ouh, dengar macam kecewa sangat ni..
Di pihak Golden Screen Cinemas (GSC) dan MBO pula, mereka turut menyokong kempen #DontSpoilTheEndgame. Bagi memeriahkan lagi tayangan hari pertama (dan hari-hari terdekat ini), GSC dan MBO juga menawarkan beberapa freebies Avengers menarik untuk pengunjung.
Di MBO, korang boleh ke kaunter redeem untuk mendapatkan merchandise edisi terhad Avengers: Endgame dengan menggunakan STARPOINTS.
Di GSC pula, korang boleh mencuba nasib untuk mendapatkan rantai kunci emas karakter Marvel seperti Iron Man, Hulk, Captain Marvel dan beberapa lagi apabila korang membeli pakej combo popcorn mereka.
Gaiss, #DontSpoilTheEndgame okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Media kebangsaan Israel, Kan News memuat naik lagu berbaur hasutan bertajuk ‘Kami akan memusnahkan semua orang di Gaza’ menerusi platform X sebagai sokongan untuk kempen pemusnahan besar-besaran tentera Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Lagu tersebut telah didendangkan oleh enam kanak-kanak perempuan Yahudi dan berlatar belakangkan pengeboman di Gaza serta serangan mengejut Hamas di penempatan haram Kfar Aza.
Lagu dan video tersebut dicipta oleh Pakar Komunikasi Krisis Ofer Rosenbaum yang mengetuai firma perhubungan awam, Rosenbaum Communcation.
Lapor The Electronic Intifada, penyiar berkenaan menganggap lagu tersebut sebagai lagu persahabatan 2023 biar pun bait liriknya dipenuhi panggilan untuk genosid.
Lirik lagu tersebut diterjemahkan oleh The Electronic Intifada dengan bantuan penulis bebas dan pembuat filem, David Sheen.
Berikut adalah antara bait lirik lagu tersebut, “Malam musim luruh jatuh di atas pantai Gaza, pesawat mengebom, kemusnahan, kemusnahan. Dalam masa setahun kami akan memusnahkan semua orang, dan kemudian kami akan kembali untuk membajak ladang kami.”
Untuk info, Kan News menyiarkan versi penuh lagu tersebut di akaun X milik mereka pada Ahad tetapi memadamkannya tidak lama selepas itu, di tengah-tengah bantahan daripada pengguna Israel lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
ALAHAI… Sebagai kanak-kanak, mungkin ramai yang berangan-angan untuk menjadi seperti watak adi wira atau ‘superhero’ kegemaran mereka yang ditonton atau dibaca di media tertentu.
Baru-baru ini, tiga adik-beradik lelaki di Bolivia berdepan padah selepas sengaja membiarkan labah-labah Black Widow menggigit mereka gara-gara mahu menjadi watak adiwira, Spider-Man.
Kesemua mangsa berusia lapan, 10 dan 12 tahun itu dilaporkan sedang menggembala kambing di bandar Chayanta di Potosi ketika kejadian itu berlaku pada 14 Mei lalu.
Ketiga-tiga mangsa berharap dapat bertukar menjadi Spiderman selepas digigit labah-labah berbisa itu seperti yang dipaparkan menerusi filem adiwira terbabit.
Bagaimanapun, ketiga-tiga adik-beradik itu mula mengalami simptom dalam tempoh beberapa minit hingga terpaksa dikejarkan ke pusat kesihatan tempatan oleh ibu mereka.
Namun, keadaan mereka dilaporkan semakin teruk termasuk gejala seperti demam, berpeluh dan sakit otot yang memaksakan mereka berpindah ke sebuah hospital di Llallagua.
Menurut Ketua Epidemiologi di Kementerian Kesihatan Bolivia, Virgilio Pietro, mereka berjaya dirawat dan dibenarkan keluar dari hospital seminggu kemudian.
“Insiden itu sepatutnya menjadi amaran bahawa segelintir kanak-kanak menganggap apa yang berlaku di dalam filem adalah perkara nyata. Mereka tidak sedar gigitan daripada labah-labah Black Widow boleh menyebabkan kematian kepada golongan itu,” ujarnya.
Menurut National Geographic, bisa labah-labah Black Widow adalah 15 kali lebih kuat berbanding ular orok-orok dan antara spesis labah-labah paling ditakuti di dunia dan paling berbisa di Amerika Utara.
Bisa labah-labah tersebut boleh mempengaruhi sistem saraf dan pembengkakan serta gejala jangka panjang seperti sakit otot, mual dan kelopak mata membengkak. Bagaimanapun, Black Widow sejenis tidak agresif dan hanya mengigit untuk mempertahankan diri.
Difahamkan, spesis tersebut berasal dari Amerika Utara, Amerika Selatan dan selatan Eropah malah ia juga ditemui di Australia, New Zealand dan Afrika Selatan.
Tu la obses sangat dengan filem yang ditonton, nasib nyawa tidak melayang.