Prihatin Dengan Pelajar IPTA, 20 Universiti Kurang Yuran Pengajian

Share

Berita baik untuk pelajar-pelajar IPTA

Disebabkan wabak pandemik COVID-19 yang melanda dunia, banyak sektor-sektor perniagaan yang mengalami kerugian termasuklah juga institusi pendidikan tinggi dan pelajar tidak terkecuali.

-fotoBERNAMA (2020)

Terbaru, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui laman twitternya mengumumkan 20 Universiti Awam akan mengurangkan beberapa jenis yuran bagi membantu pelajar yang terjejas akibat masalah kewangan.

Antara yuran yang dikurangkan dengan purata antara 10% sehingga 35% :

  • Yuran Perkhidmatan
  • Yuran Asrama
  • Yuran Konvokesyen
  • Yuran Aktiviti Kolej

Langkah-langkah yang telah diambil ini jelas memperlihatkan keprihatinan Kerajaan dalam menangani bebanan kewangan yang dihadapi oleh pelajar dan ibubapa.

Penulis rasa perkara ini sangat wajar memandangkan kebanyakkan mahasiswa di universiti tempatan datang daripada keluarga  (B40 & M40) yang terkesan dari segi ekonomi ekoran Covid 19.

Moga inisiatif yang diberikan ini boleh membuatkan semua pelajar IPTA menarik nafas lega.

 

IKLAN