Hiburan

Tiket ‘Sold Out’ Dalam 37 Minit! Presiden Mexico Rayu BTS Tambah Tarikh Konsert Jelajah Dunia

Share

Terbaru, Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum berjaya mencuri perhatian para peminat K-Pop di seluruh dunia selepas beliau secara peribadi telah mengemukakan permohonan untuk menambah tarikh konsert di Mexico bagi jelajah dunia BTS.

Memetik laporan AllKpop, pada 26 Januari lalu, Sheinbaum mendedahkan bahawa beliau telah menghantar surat kepada Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung, bagi meminta persembahan tambahan BTS di Mexico sebagai sebahagian daripada jadual jelajah dunia kumpulan tersebut.

“Sebuah kumpulan K-Pop yang popular di seluruh dunia, BTS, akan mengadakan konsert di Mexico pada bulan Mei. Namun, saya dengar ramai anak muda tidak dapat mendapatkan tiket,” katanya dalam sebuah sidang media. 

BACA: Sengit Nak ‘Battle’ Tiket! Weverse & Spotify Catat Lonjakan Hampir 1 Juta ‘Subscriber’ Sebabkan BTS

Pada masa yang sama, beliau turut memaklumkan sambutan luar biasa yang diterima apabila sekitar 150,000 tiket dilaporkan sudah terjual di Mexico, namun lebih daripada satu juta orang masih menginginkan tempat duduk.

“Dengan tiga konsert yang sudah disahkan di Mexico City, saya menyampaikan permintaan diplomatik yang sopan kepada Presiden Korea, agar BTS dapat lebih kerap berkunjung ke Mexico,” jelasnya lagi.

BACA: Angka ‘14’ Jadi Kata Kunci, BTS Umum Album Baru & Jelajah Dunia 2026!

BACA: Selepas 11 Tahun! BTS Akhirnya Kembali Gegarkan Kuala Lumpur Selama 2 Malam Disember Ini!

Lebih menarik lagi, Sheinbaum turut berharap permintaan tersebut mendapat maklum balas positif, atau sekurang-kurangnya diberi kebenaran untuk siaran skrin agar lebih ramai peminat dapat menikmati persembahan BTS walaupun tidak berada di area konsert yang bakal berlangsung.

Tambah beliau, usaha ini penting bagi memastikan lebih ramai anak muda berpeluang menyaksikan kumpulan itu yang kini sedang menikmati populariti luar biasa di seluruh dunia, khususnya di Mexico.

Sementara itu, BTS dilaporkan bakal memulakan jelajah dunia mereka pada 9 April di arena utama Stadium Goyang sebelum meneruskan siri persembahan di beberapa benua termasuk Asia, Amerika Utara, Eropah, Amerika Selatan dan Oceania.

Dengan jumlah keseluruhan 79 persembahan yang dirancang, peminat kini menantikan sama ada Mexico akan menjadi antara destinasi yang menerima tambahan tarikh konsert seperti yang dimohon Presiden Sheinbaum, sekaligus menjadikan jelajah ini antara yang terbesar, lebih meriah dan paling dinanti-nantikan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE