
Sejak PKP dilancarkan di negara kita, sistem pembelajaran di universiti/kolej sudah pun dikendalikan secara online.

Ada pensyarah yang memberikan tugasan kepada pelajar untuk menyediakan video presentation dan disebabkan itu seorang pengguna diinstagram yang dikenali sebagai _cikguamyza telah pun berkongsi cara menyediakan video dengan cara menyunting video pembentangan menggunakan aplikasi Kinemaster.
Jom kita ikuti video yang dikongsikan oleh Amyza Mohamad Yusop yang juga pelajar semester akhir ijazah pendidikan sains fizik di UiTM Puncak Alam
1. Pertamanya, anda perlu menyediakan skrin hijau menggunakan mana-mana kain berwarna hijau sebagai latar belakang. Rakam video berdasarkan slide yang telah disediakan.
2. Kedua, tukar slide pembentangan kepada bentuk imej. Anda boleh menangkap layar slide yang diperlukan.
3. Import imej slide dan video yang telah dirakam ke dalam Kinemaster. ‘Crop’ jika perlu.
4. Pilih dan aktifkan ‘Chroma Key’. Pilih nisbah yang bersesuaian untuk menghilangkan skrin hijau di belakang anda.
5. Ubah saiz dan letakkan video pada slide. Siap.
Tambahan Amyza yang pada masa yang sama menjadi hometutor, Pastikan tidak memakai pakaian berwarna hijau ketika rakaman.
Semoga bermanfaat kepada korang yang terpaksa menjalani kelas online mahupun korang yang bekerja dari rumah.
Sumber : Instagram _cikguamyza
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
iPhone User! Check Out Apa Yang Terbaru Dalam iOS 11

Dua hari lepas, Apple secara rasmi telah memperkenalkan versi terbaru sistem operasi mereka iaitu iOS 11. Walaupun sebenarnya lebih ramai yang teruja dengan iPhine X, namun tanpa iOS terbaru apalah maknanya peranti tersebut.
Bila kamu Boleh update iOS 11?
Sebenarnya ia telah dikeluarkan pada dua hari lepas iaitu 19 September 2017. Jika kamu tidak mendapat sebarang notification, sila ke Seetting>General>Software Update.
Korang boleh download dan install. Tapi pastikan kamu mempunyai baki storan dalaman sekurang-kurangnya 2GB. Sebelum itu, kamu harus pastikan adakan peranti Apple kamu menyokong iOS11.
Berikut ialah peranti yang menyokong iOS 11
- iPhone 5S, 6, 6 Plus, 6S, 6S Plus, SE, 7, 7 Plus, 8, 8 Plus and iPhone X
- iPad Air, Air 2 and 5th-gen iPad
- iPad Mini 2, 3, and 4
- All iPad Pros
- 6th-gen iPod Touch
Apakah feature utama yang diperkenalkan dalam iOS 11?
Ikuti review iOS11 menerusi video di bawah;
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mahalini Sah Peluk Islam, Bakal Disatukan Bersama Rizky Febian Esok

Penyanyi terkenal dari seberang, Mahalini Raharja yang bakal melangsungkan pernikahan bersama penyanyi popular, Rizky Febian, Rabu ini telah sah memeluk agama Islam.
Perkara ini disahkan oleh bapa Rizky yang juga pelawak terkenal, Sule menerusi saluran YouTube SL Media miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Mahalini Bakal Peluk Islam Sebelum Majlis Perkahwinan

Penyanyi lagu popular Terpisah Jarak Dan Waktu itu berkata, Mahalini sudah mendapat lampu hijau daripada keluarganya untuk memeluk Islam.
“Lini (Mahalini) sudah diizinkan keluarganya. Dia sudah mendapat restu daripada orang tuanya dan keluarga,” katanya.
Proses pelantun lagu Mati-Matian itu bergelar mualaf perlu dibuat sejajar dengan peraturan di Indonesia yang menetapkan setiap pasangan bernikah berdasarkan ajaran agama yang sama.

Selain itu, Sule turut menjelaskan, dia menyedari persoalan masyarakat yang meragui status agama Mahalini sebelum berkahwin dengan anaknya.
Terdahulu, tular berita mereka di media sosial apabila kedua-duanya diraikan dalam satu majlis mengikut adat Bali di kediaman keluarga Mahalini di Denpasar, Bali.
Sule berkata, upacara dinamakan ‘mepamit’ ini menandakan bahawa Mahalini sudah memeluk agama Islam dan boleh mendirikan rumah tangga.

Sekadar informasi, Rizky dan Mahalini telah mengikat tali pertunangan pada tanggal 7 Mei tahun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Mahalini
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
25 Under 25: “Ibu Bapa Kerja Keras Besarkan 8 Beradik..” MK Sebelum Popular

Muhammad Hairi Amin bin Hamdan atau lebih dikenali sebagai MK adalah antara penyanyi yang kini menjadi sebutan para peminat terutamanya kaum wanita. Berasal dari Tawau Sabah, anak muda berusia 24 tahun ini juga merupakan ahli kumpulan rap K-Clique. Baru-baru ini, Remaja berkesempatan bertemu dengan penyanyi kegilaan ramai ini dan jelas sekali seperti yang pernah tular sebelumnya, MK sememangnya seorang personaliti yang mudah didekati.
Dikenali dengan lagu-lagu hit seperti Mimpi dan Pulang, anak muda ini memulakan kariernya bersama K-Clique sekitar tahun 2014 secara indie/underground. Kini boleh dikatakan 2020 merupakan tahun terbaik bagi kumpulan K-Clique kerana nama mereka sering disebut dan menjadi perhatian peminat muzik tempatan.

“Kami K-Clique bermula lebih daripada sebagai kumpulan rapper yang mempunyai minat yang sama. Kenal dari zaman sekolah, Alhamdulillah disatukan dengan minat yang sama. Keluarga K-Clique ini besar, ramai lagi kawan-kawan yang setia dibelakang kami. Kami sendiri tidak sangka dengan apa yang kami ada sekarang, tetapi apa yang saya boleh katakan, niat kami memulakan kerjaya ini adalah untuk membantu keluarga dan rakan-rakan. Alhamdulillah, sampai sekarang niat itu kami kekalkan,”
“Kejayaan pada tahun ini adalah ganjaran daripada kerja-kerja keras yang kami lakukan dan saya bersyukur dengan semua kejayaan saya dan K-Clique. Apa yang penting, definisi kejayaan bagi saya adalah apabila saya dapat menyenangkan dan mengembirakan keluarga, serta orang-orang disekeliling,” jelas MK.
Walaupun negara berhadapan dengan waktu-waktu sukar ketika pandemik COVID-19, namun bagi MK dia bersyukur dengan pencapaian yang diperoleh sepanjang tahun ini. Penerimaan luar biasa daripada peminat terhadap kolaborasinya bersama Nabila Razali dalam lagu Peluang Kedua antara yang menjadi kenangan manis yang dicipta bagi tahun 2020 yang lalu.
Tidak hanya itu, MK juga turut meluahkan rasa kesyukuran apabila kumpulan K-Clique menerima pencalonan dalam kategori Best Southest Asia Act di MTV EMA 2020.
“Sejujurnya kami terkejut dengan pencalonan ini, so sama ada menang atau kalah bukan lagi isu kerana apa yang penting kami sudah mewakili Malaysia dalam acara anugerah tersebut,” katanya.

Pengalaman sewaktu PKP
Awal tahun lalu, masyarakat Malaysia melalui detik-detik sukar apabila terpaksa mengikut arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani kes positif COVID-19. Sekitar hampir tiga bulan, masyarakat kita perlu ‘berkurung’ di rumah dan sudah tentu ia adalah satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan. Bagi selebriti ini pula, dia sentiasa berfikiran positif dan akur dengan ketentuan yang telah ditetapkan olehNya. Baginya, pasti ada hikmah disetiap yang berlaku.
“Sewaktu PKP yang lalu, saya tidak nafikan bahawa pada waktu itu banyak mengajar kita untuk lebih berfikir dan macam-macam perkara yang kita dapat belajar. Saya lebih menghargai setiap masa, peluang dan orang yang ada disamping saya. Saya banyak meluangkan masa bersama keluarga, belajar dan berkongsi ilmu dengan ahli kumpulan K-Clique yang lain. Pada waktu malam, kami akan ke studio yang berdekatan dengan rumah, dan saat inilah kami mengambil peluang untuk menghasilkan lebih banyak karya muzik,” jawab ¬anak kelahiran Sabah ini.
Rapat dengan ibu
Buat yang mengikuti pemuda ini di laman media sosialnya, pasti ramai yang sudah mengetahui bahawa MK seorang yang rapat dengan ibunya. Sering membuat live di IG bersama ibu, kami pasti ini antara sebab kenapa MK diminati peminatnya, lebih-lebih lagi golongan wanita kerana dia sentiasa mendahulukan ibunya dalam semua perkara.
“Saya berasal dari keluarga yang sederhana. Ibu bapa saya bekerja keras untuk meyara kami lapan beradik. Ibu saya seorang suri rumah dan mempunyai pendapatan sampingan dari bisnes kecilnya dan ayah seorang pesara polis. Saya mempunyai 6 orang kakak dan seorang adik lelaki. Saya anak ketujuh daripada lapan beradik. Alhamdulillah, kami adik-beradik gembira dengan apa yang kami ada sekarang dan semuanya menyimpan impian untuk membalas jasa kedua orang tua kami,”

“Boleh dikatakan saya kerap menghubungi Mama melalui panggilan video. Biasanya, setiap kali selepas waktu Subuh di KK, saya akan terus menghubunginya. Mama memang mengajar kami untuk sama sekali tidak menipu tentang apa-apa hal sekali pun. Jadi, cukup untuk peminat tahu yang Mama tahu segala perihal saya luar dan dalam. Secara tidak langsung, ia dapat membentuk jambatan keakraban yang sangat kuat diantara kami. Setakat ini, belum ada perkara yang saya sembunyikan atau tipu Mama” sambung MK lagi.

Gadis pilihan
MK turut memberitahu satu rahsia tentang wanita idamannya. Mungkin ramai yang tidak tahu, MK sebenarnya seorang yang suka makan makanan pedas. Jadi tidak hairanlah jika dia ingin mencari seorang wanita yang pandai memasak lauk Masak Lemak Cili Api. Bercakap soal gadis pilihannya pula, MK dlihat seorang yang sederhana dan tidak mengharapkan wanita yang sempurna kerana dia juga merasakan dirinya bukanlah seorang yang sempurna.
“Ciri-ciri perempuan yang saya suka (gelak) adalah seorang wanita yang baik dan tulus menyayangi. Daripada segi fizikal pula, saya sedar fizikal saya pun tidak sempurna mana, jadi jika dia sedap mata memandang, cukuplah (Hehe),” jelasnya.

Dipalit kontroversi
Selain daripada bakatnya yang mendapat perhatian peminat, lelaki berusia 24 tahun ini juga tidak lari daripada terpalit dengan pelbagai kontroversi yang membabitkan dirinya. Walau bagaimanapun, MK dilihat sentiasa tenang dan tidak mudah melatah walaupun dikaitkan dengan pelbagai isu.
“Kita tidak akan lepas daripada kritikan ataupun andaian orang terhadap diri kita. Tetapi, bukan tugas kita untuk memberitahu semua yang kita ini seorang individu yang baik. Jadi, terpulang untuk mereka menilai, mana yang baik saya ambil dan sebaliknya, abaikan atau tegur dengan cara yang sesuai. Alhamdulillah, setakat ini saya jujur dengan peminat saya. Saya sangat bersyukur dengan sokongan yang diterima. Tanpa mereka, saya bukan MK yang dikenali ramai.

MK juga sering dilabel sebagai ‘bad boys’ dikalangan masyarakat. Tidak melatah dengan tohmahan tersebut, anak kelahiran Sabah ini punya pendapatnya tersendiri.
“Oh yang tahu, tahulah (gelak). Saya sebenarnya tak kisah tentang pendapat orang tetapi untuk yang mengenali saya, yang tahu saya macam mana, bila mereka yang beri pendapat itu baru saya peduli. Tapi bagi saya kalau first impression orang itu tidak penting, kerana selepas mengenali saya baru mereka akan tahu siapa diri saya yang sebenarnya,” jelas MK.
Ditanya adakah perempuan memang suka kepada ‘bad boys’, MK berseloroh menjawab, “Terpulang. Saya bukannya bad boys tapi kalau dia mahu bad boys boleh, kalau nak jadi ‘baik’ boys pun boleh.”
Rancangan untuk 2021
Tetap menyimpan impian untuk membantu dan menyenangkan keluarga serta orang-orang disekelilingnya, MK berharap agar tahun ini dia akan menjadi seorang individu yang lebih baik dari tahun lalu.
“Saya akan tetap berdoa dan berusaha untuk menjadi lebih baik berbanding tahun 2020. Kalau boleh, sebelum usia menjangkau 25 tahun, saya mahu membanggakan dan menyenangkan keluarga, mencari kesenangan untuk diri sendiri dan ahli K-Clique yang lain serta memberi kesenangan buat orang-orang disekeliling,” jelasnya mengakhiri perbualan.

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

