‘Prank’ Suami Buat Review Produk, Emma Maembong Umum Hamil Cahaya Mata Kedua

Share

Pelakon jelita, Emma Maembong berkongsi berita gembira memaklumkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata kedua.

Menerusi sebuah hantaran video di Instagram miliknya, Emma memberi kejutan kepada suami tercintanya, Muhammad Shazli Azhar dan kenalan terdekat dengan menunjukkan tanda positif pada alat ujian kehamilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Momen Doanya Dimakbul, Emma Maembong Zahir Kesyukuran Dapat Tunai Umrah Bersama Keluarga Kecilnya

“Syukur Alhamdulillah,” coretnya ringkas pada ruangan kapsyen.

Dalam klip video tersebut, Emma tampil ‘berseloroh’ dengan mengajak suaminya untuk membuat satu sesi rakaman ‘review’ produk.

la bagaimanapun hanyalah satu kejutan dan Shazli serta Emma dilihat tidak mampu menahan air mata apabila mengetahui mengenai kehamilan tersebut.

“Betul ke? Sumpah?” respon Shazli seakan tidak percaya.

Dalam rakaman itu juga pelakon drama popular Cemburu Seorang Perempuan itu menunjukkan reaksi terkejut ibu, adik-beradik serta rakan terdekat apabila dimaklumkan mengenai berita gembira itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menumpang gembira selain mendoakan yang baik-baik buat pelakon yang kini sudah berbadan dua itu.

Sekadar informasi, Emma dan suami tersayang telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 20 Februari 2020 dan menimang cahaya mata sulung mereka, Shariq Gabriel pada 8 November 2020.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Emma Maembong

IKLAN