Siapa sangka sebenarnya posisi tidur boleh memainkan peranan dalam mengurangkan sedikit rasa sakit yang dialami oleh seseorang individu itu.
Public Health Malaysia telah pun berkongsi sedikit info berkaitan dengan posisi tidur dan kesihatan, serta tip posisi tidur yang terbaik untuk masalah atau penyakit tertentu.
Jom kita lihat antara posisi tidur yang dinyatakan.
1. Tidur atas perut
Ada masalah tidur? Jika ya, posisi tidur seperti ini akan menjadikan tidur korang lebih teruk, gelisah, sakit leher dan sakit belakang
2. Posisi terbaik untuk Gerd
Bagi individu yang mengalami penyakit Gerd, iaitu gangguan penyakit pencernaan yang kronik, korang boleh tidur secara mengiring ke kiri seperti dalam gambar
Ads
3. Posisi cegah kedut muka
Ha jangan tak tahu, posisi tidur juga boleh main peranan untuk mencegah kedut pada muka. Jangan tidur tiarap muka dekat bantal, sebaliknya tidur telentang untuk awet muda
4. Sakit belakang, bahu dan leher
Korang boleh letak bantal di kaki. Kedudukan bantal perlu seimbangkan kaki dan kaki yang diatas takkan menarik otot dibelakang
5. Perempuan mengandung
Ads
Mengiring ke kiri baik untuk ibu dan bayi, serta lebih darah dan nutrien kepada bayi
6. Mengiring (tangan ke depan)
• 13% tidur dalam posisi ini
• Bagus untuk yang sesak nafas bila berdengkur
• Tapi tidak bagus jika ada sakit sendi arthritis
Selain itu, posisi tidur yang disarankan juga adalah secara mengiring (tangan ke bawah, fetus position), posisi freefall (tidur meniarap dan tangan memeluk bantal) dan tidur secara terlentang.
Ads
Selepas ini jika korang mengalami gangguan kesihatan seperti yang dinyatakan, bolehlah mencuba posisi tidur yang sesuai dengan masalah/penyakit yang dialami. Tak salah sekiranya kita cuba berikhtiar kan?
Perasaan ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat anak perempuannya membawa nama keluarga dan harapan peminat tempatan serta antarabangsa di pentas pertandingan.
Buat Veena Kaur yang merupakan ibu kepada Ajunee Kaur, peserta pertandingan ratu cantik Miss Universe 2022 yang baru sahaja melabuhkan tirainya 7 Oktober lalu; perasaan kagum berbekas dalam hatinya setelah melihat gadis berusia 20 tahun itu melakukan sehabis baik pada malam gala tersebut.
Ajunee yang merupakan peserta harapan peminat dunia ratu cantik untuk membawa pulang gelaran tersebut terpaksa akur dengan kedudukan naib juara daripada 13 finalis yang bertanding sekaligus memadamkan impian khalayak untuk menyaksikannya mewakili Malaysia di New Orleans, Amerika Syarikat untuk pertandingan Miss Universe.
Ajunee (kiri) bersama juara Miss Universe Malaysia 2022, Lesley Cheam dan pemenang tempat ketiga, Tee Wan Ying.
Bercakap kepada Veena selepas sidang media pada malam tersebut, beliau meluahkan rasa bangganya terhadap kerja keras serta persembahan keseluruhan Ajunee sejak hari pertama dia melangkah kaki di sesi uji bakat Miss Universe Malaysia 2022.
Menariknya, Veena pada peringkat tidak begitu ‘berkenan’ dengan keinginan anak gadisnya itu untuk menyertai sebuah pertandingan ratu cantik tatkala sibuk bergelar siswazah tathun kedua dalam jurusan perundangan di United Kingdom.
“Dia seorang ‘individual’. Keputusan menyertai pertandingan ini adalah di atas keinginannya sendiri. Pada awalnya, saya juga khuatir sekiranya dia akan melupakan pengajian selepas sibuk bertanding. Namun kakaknya memberitahu saya untuk meletakkan kepercayaan kepada Ajunee dalam menyeimbangi pelajaran dengan dunia ratu cantik.
“Ajunee telahpun berehat daripada pengajiannya selama setahun. Dia sepatutnya pulang ke United Kingdom pada bulan lalu namun perlu mengenepikannya dahulu demi fokus sepenuhnya pada pertandingan.
“Saya rasakan Ajunee telah memberi bermacam-macam usaha demi pertandingan ini dan tentunya, kami sekeluarga amat bangga dengannya,” kata yang juga bertugas sebagai seorang anak kapal di sebuah syarikat penerbangan terkenal di Hong Kong.
Pengajian Ajunee Kaur di UK kini berbaki 10 ke 11 bulan lagi sebelum dia memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang perundangan. FOTO : Instagram @ajuneekaur
Ingin Bertanding Sekali Lagi?
Berdasarkan kata-kata semangat yang membanjiri ruang komen akaun media sosial Ajunee Kaur, ramai jelas ingin menyaksikan Ajunee kembali bersaing dalam dunia ratu cantik memandangkan kaliber yang dimiliki serta usia muda yang melayakkannya.
Begitupun, Veena merasakan anaknya kini mempunyai matlamat berbeza selepas ini dalam kehidupannya.
“Saya benar-benar bangga dengannya, mungkin takdir sedang merancang sesuatu yang lain buatnya. Namun saya difahamkan ini (Miss Universe Malaysia) merupakan satu-satunya pertandingan ratu cantik yang ingin disertainya. Selepas ini, saya percaya dia hanya ingin fokus pada pelajarannya,” dedahnya.
Penulis kemudian bertanyakan sekiranya Ajunee mempunyai perancangan untuk merebut semula peluang bergelar wakil Malaysia. Begitupun, ini adalah jawapan Veena.
“Saya rasakan tidak. Saya agak pasti yang dia tidak akan (menyertai dunia ratu cantik lagi). Saya kenal anak perempuan saya, ini mungkin yang pertama dan yang terakhir,” sebelum menyambung dalam nada sedikit sebak :
“Agak sukar untuk saya gambarkan. Benar, dia telah menjadi ‘mega favourite’ dalam kalangan peminat tempatan dan antarabangsa. Saya lihat ada dari Indonesia, Filipina.. dan saya rasakan ramai yang turut kecewa (setelah keputusan diumumkan).”
“Sejak hari uji bakat, terpilih ke peringkat Top 24 dan seterusnya diumumkan sebagai finalis Top 15, dia sudah mula berusaha memperbaiki dirinya.” – Veena Kaur. FOTO : Instagram @ajuneekaur
“Saya nampak banyak yang telah Ajunee pelajari dan pada masa yang sama, telah berkorban masa rehat dan bersama rakan-rakannya. Kami amat berbangga dengannya,” tinta Veena.
Kata-Kata Ajunee Kaur
Dalam pada itu, Ajunee sewaktu sidang media Miss Universe Malaysia 2022 tidak melepaskan peluang mengucapkan penghargaannya di atas kasih sayang dan sokongan yang telah diberikan peminatnya sepanjang perjalanan ini.
“Semasa saya berada di atas pentas, teriakan anda.. saya rasakan seperti seorang ratu sebenar. Selagi saya telah membanggakan anda semua di Miss Universe Malaysia, itu saja yang penting untuk saya.
“Saya sentiasa mempercayai budaya positif, saya percaya ‘universe’ mempunyai perancangan yang lebih baik untuk saya. Kita lihat ke mana takdir akan membawa saya selepas ini,” komennya secara ringkas.
Adakah korang rasakan Ajunee Kaur wajar kembali menyertai pertandingan ratu cantik yang dianjurkan di Malaysia selepas ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dapat dinafikan, Indonesia banyak melahirkan ratu cantik bertaraf dunia. Baik dalam pertandingan mana pun, wakil negara ini sentiasa mendapat tempat sebagai semifinalis dan menjadi sebutan dalam satu-satu pertandingan. Sebelum ini pun Indonesia pernah membawa pulang mahkota berprestij seperti Miss International dan Miss Grand International.
Terbaharu, penampilan Carla Yules atau nama penuhnya Pricillia Carla Yules mencuri tumpuan dalam pertandingan Miss World 2021 yang di adakan di Puerto Rico.
Walaupun wanita berusia 26 tahun ini tidak berjaya menggondol gelaran juara, namun dia menyudahi saingan sebagai peserta top 6 dan kemudiannya diumumkan sebagai Queen of Asia Continent. Menerusi kemenangan itu dia memegang gelaran sebagai Miss World Asia yang akan turut serta mengiringi Miss World dalam aktiviti-aktiviti yang bakal dilakukan kelak.
Berasal dari Surabaya, Jawa Timur, Carla merupakan seorang seorang graduan dalam bidang bakeri dari William Angglis Institute, Melbourne. Disebabkan dia sangat suka memasak, dia kerap melibatkan diri sebagai sukarelawan memasak dalam kegiatan sosial membantu gelandangan.
Ketika diumumkan sebagai top 6 Miss World 2021. Kredit foto: Instagram Miss World
Miss World Indonesia Organisation mula menghantar wakil mereka ke pentas antarabangsa bermula tahun 2006, namun sebelum itu Indonesia pernah bertanding di pentas Miss World sebanyak tiga kali pada 1982, 1983 dan 2005 di bawah organisasi berbeza.
Kini bergelar hos, model dan cef, kecemerlangan Carla dalam pertandingan Miss World 2021 menjadi penyambung legasi peserta-peserta sebelum ini.
Biarpun masih boleh dikatakan baru, namun organisasi Miss World Indonesia boleh dipuji usaha dan latihan yang diberikan kerana berjaya mengekalkan 10 tahun berturut-turut berjaya mara ke peringkat dalam pertandingan seterusnya dan bukar sekadar menjadi peserta sahaja.
Sepanjang tempoh sepuluh tahun itu, Miss World Indonesia pernah tiga kali disenaraikan antara sepuluh peserta terbaik dan dua kali sebagai pemenang tempat ketiga.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahukah anda, dengan hanya menggunakan kulit pisang boleh mengatasi masalah kulit yang berjerawat.
Caranya mudah saja,
Ambil kulit pisang yang sudah bewarna kuning kemudian letakkan pada kawasan jerawat. Biarkan selama beberapa minit sehingga kulit pisang tersebut berubah menjadi coklat sedikit. Kemudian, usap-usap bahagian bermasalah itu dengan kulit pisang selama 2-5 minit secara pelahan-pelahan.
Selepas itu, biarkan selama satu jam tanpa di bilas. Hal ini kerana, kulit pisang mampu menghilangkan infeksi pada kulit. Kemudian barulah kamu cuci dengan air. Lakukan pekara ini beberapa kali sehingga kulit kemerahan reda. Selepas jerawat pecah, jangan risau tentang bekasnya. Kerana fungsi kulit pisang mampu mengelakkan kulit kamu berbekas akibat jerawat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!