Guru muzik profesional, Datuk Syafinaz Selamat berpendapat perkembangan peserta Big Stage Rocketfuel, Hussain, masih belum mencapai tahap yang diharapkannya sepanjang pertandingan berlangsung.
Menurut Syafinaz, Hussain sebenarnya mempunyai kelebihan tersendiri memandangkan dia bukanlah nama baharu dalam dunia pertandingan nyanyian selepas pernah mencipta nama menerusi program Talk To My Manager 2 (TTMM2).
Harapan Tinggi Selepas TTMM2
Syafinaz berkata, pengalaman yang dimiliki Hussain sepatutnya menjadi satu kelebihan untuk menyerlahkan potensi sebenar dalam pertandingan kali ini.
“Saya diberitahu tiap-tiap minggu dia menang (undian). Okay, kadang-kadang populariti itu menyebabkan kita lupa bahawa kita perlu bekerja lebih keras.
“Sebenarnya dia memiliki suara yang sedap, pakej lengkap secara keseluruhan dan saya mengharapkan dia ambil peluang ini untuk tebus semula setiap perkara ketika di TTMM2.
Ads
“Jadi, saya berharap dia akan ‘buckle up’ dan kerja keras tapi dia punya perkembangan tidak terlalu besar kalau nak bandingkan ketika sertai TTMM2,” katanya kepada Remaja.
Perlu Lebih Menyerlah Di Pentas
Bertindak sebagai juri jemputan pada konsert minggu keenam Big Stage Rocketfuel semalam, Syafinaz berpandangan Hussain sepatutnya mampu mempersembahkan sesuatu yang lebih mengagumkan, apatah lagi apabila dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman.
“Sepatutnya dia nampak lebih ‘wow’ tetapi saya masih belum nampak itu.
Ads
“Dia juga seharusnya boleh push diri untuk lebih menyerlah. Pada saya, persembahan dia sebagai peserta dari pertandingan lain agak kurang, sepatutnya boleh beri lebih lagi,” jelasnya.
Bukan Persoal Bakat, Tetapi Perkembangan
Dalam masa sama, Syafinaz menegaskan tegurannya bukan bermaksud mempertikaikan kemampuan vokal Hussain, sebaliknya lahir daripada harapan untuk melihat peningkatan yang lebih ketara sepanjang pertandingan.
Ads
“Jangan salah faham, saya bukan cakap dia tak bagus atau suara tak sedap sebaliknya mengenai berharap perkembangan yang lebih baik.
“Ini semua disebabkan dia hadir dari TTMM2 berbanding peserta lain,” ujarnya.
Terdahulu, Hussain yang muncul sebagai naib juara Talk To My Manager 2 (TTMM2) berjaya melangkah ke pentas Big Stage Rocketfuel menerusi laluan fast track selepas memperoleh undian tertinggi daripada orang ramai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sempena acara pelancaran koleksi jam tangan Tag Heuer #DontCrackUnderPressure semalam di Kuala Lumpur, supermodel Amerika Bella Hadid telahpun membuatkan kemunculan khas – kali pertama di Malaysia.
Selain Bella, ramai selebriti dan sosialit tempatan yang turut hadir. Jom tengok stail masing-masing.
Bercakap mengenai supermodel, Bella Hadid menunjukkan bagaimana cara terbaik untuk menjadi diri sendiri tetapi masih stylish pada masa yang sama.
Padanan jaket dan skirt kelabu cair dinaikkan serinya dengan but knee-length dalam corak ular sawa. Kalau korang teringin untuk mencuba but seakan ini, H&M dan ZARA juga mempunyai design sebegini pada harga mampu milik.
RM399 ZARARM184.95 H&M
Neelofa
Neelofa memilih untuk menggayakan padanan sepadan top, jaket, skirt dan tali pinggang merah – kesemuanya dari Fendi. Lofa memang sinonim dengan jenama tersebut setelah dia pernah memakainya sebelum ini untuk episod Meletop dan acara karpet merah.
Bertuah badan kerana dapat menjamu makan malam betul-betul di hadapan Bella Hadid. Memang sakanlah nak muat naik Insta Story. Dengar cerita, Bella terus bertukar akaun Instagram bersama Lofa dan follow bersama. Jealous!
Tengku Putri Iman Afzan
Sama seperti Neelofa, Tengku Iman Abdullah mengenakan dress berpotongan asemetrikal berwarna merah. Ringkas dan bersesuaianlah dengan konsep makan malam secara santai.
Scha Alyahya
Campaklah apa saja ke atas tubuh penyarung ini, mesti tetap akan kelihatan cantik! Scha mengenakan suit putih dan lace top dari Shahrin Bahar.
Chryseis Tan
Isteri kepada Faliq Nasimuddin ini memilih untuk menyarungkan dress labuh floral dan dipadankan dengan aksesori leher emas dengan teknik layering. Simple but sophisticated!
Whulandry
Model serta Miss Universe Indonesia 2013 ini memilih dress singkat dari Alia Bastamam yang dipertontonkan pada minggu fesyen KLFWRTW 2018 yang lalu. Matching sangat dengan dress bella dari koleksi Farah Khan.
Shikin Gomez, Alicia Amin & Rubini
Apabila supermodel antarabangsa bertemu supermodels Malaysia. Masing-masing mengenakan warna hitam untuk nampak chic. Mereka juga merupakan model yang memperagakan koleksi jam tangan terbaru dari Tag Heuer.
Ally Mukhriz
Last but not least, Ally Mukhriz turut berpeluang untuk bertemu dengan rakannya Bella semalam. Ally mungkin kelihatan ringkan dengan padanan top hitam dan palazzo jigga, tetapi perhatikan kepada sling bag dari Chanel itu!
Jadi, siapa look favourite korang? (selain dari Bella, of course)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi dan juga salah seorang anggota idola K-Pop terkenal, Beomgyu TOMORROW X TOGETHER (TXT) meraih perhatian peminat apabila mendermakan wang sebanyak 30 Juta Won (RM92,000) bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-24 pada 13 Mac, semalam.
Sumbangan tersebut telah diberikan kepada sebuah organisasi Community Chest of Korea bagi menyokong kesihatan mental dan kesejahteraan emosi golongan muda.
Menurut laporan, ini bukan kali pertama Beomgyu atau nama penuhnya Choi Beomgyu membuat sumbangan tersebut. Sebelum ini, pelantun lagu Anti-Romatic itu pernah mendermakan sejumlah wang kepada organisasi yang sama serta telah memberikan impak yang lebih baik.
Kredit: Instagram @bamgyuuuu
“Saya dengar sumbangan kecil saya tahun lalu berjaya membantu mereka yang berdepan dengan masalah kesihatan mental”
“Menyedari bahawa saya dapat memberi kekuatan dan semangat kepada seseorang melalui pertolongan seperti ini adalah sesuatu yang amat bermakna buat saya. Itulah sebab saya memutuskan untuk memberikan sumbangan sekali lagi pada tahun ini,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikongsikan oleh syarikat pengurusan, Big Hit Music.
Dalam pada itu, Beomgyu juga mendoakan agar lebih ramai orang dapat menemui ketenangan dan kekuatan melalui dirinya selain memanfaatkan semangat positif untuk membina masa depan yang lebih baik.
Kredit: Instagram @bamgyuuuu
Sementara itu, bantuan berkenaan juga akan digunakan bagi menampung kos rawatan psikologi dan sesi kaunseling buat remaja yang berdepan kesukaran dalam keluarga atau hubungan sosial.
Selain itu, melalui inisiatif ini, Beomgyu berharap para pesakit dapat berkembang menjadi individu yang lebih sihat dari segi mental dan emosi.
Sekadar info, TXT kini sedang mengadakan konsert jelajah ACT: PROMISE sejak 7 Mac lalu. Kumpulan itu juga bakal menggegarkan pentas di beberapa bandar seperti Berlin, London, Barcelona, Paris, Amsterdam, Kagawa, Macau, Osaka dan Tokyo yang dijangka akan berakhir pada Mei ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tangisan yang mengalir pada pipi peserta The Hardest Singing Show, Aisha Retno sewaktu konsert minggu suku akhir malam tadi tidak dibuat-buat setelah diumumkan sebagai peserta dengan kutipan markah tercorot daripada enam peserta.
Aisha, 23 yang membawakan lagu Run The World nyanyian asal Beyonce sekadar memperolehi 63.78 peratus berbanding peserta yang menduduki tangga kelima, Zizi Kirana dengan 67.33 peratus. Aisha sekaligus diumumkan sebagai peserta tercorot pada minggu ini sebelum pengacaranya, Nabil Ahmad dan Rina Nose memberitahu tiada penyingkiran berlaku pada minggu suku akhir berkenaan.
Aisha ketika ditemui REMAJA selepas program berakhir tidak dapat menahan sebaknya apabila terpaksa menerima keputusan juri yang meletakkannya di kedudukan tercorot. Bukan ingin mendabik dada sudah memberikan persembahan terbaik, namun Aisha lebih takut jika dia telah mengecewakan ibunya sendiri.
“Saya akur persembahan saya bukanlah yang terbaik pada minggu ini. Jika saya betul-betul terkeluar pun pada minggu ini, saya anggap ia sebagai pengajaran terbaik untuk karier muzik saya kerana kata-kata juri itu ’emas’ bagi saya.
“Yang buat saya paling sedih malam ini, (saya) takut sudah kecewakan mama saya. Sebenarnya ini adalah kali pertama saya merasa berada di kedudukan bottom 2 di mana-mana pertandingan. Perasaannya… memang tidak best apabila diumumkan tersingkir,” katanya dalam nada sebak.
Aisha Retno Bukan Lagi Peserta Big Stage
Tambah Aisha lagi, dia tidak terasa hati dengan komen juri jemputan, Ajai yang berpendapat sudah tiba masanya untuk Aisha sedar dirinya perlu keluar daripada pemikiran sebagai peserta Big Stage yang sekadar memperlukannya untuk menyanyikan semula lagu penyanyi lain.
“Saya kini dikenali sebagai Aisha Retno yang mempunyai trademark tersendiri. Itu mungkin apa yang juri ingin lihat. InsyaAllah untuk minggu hadapan, saya akan cuba ketengahkan lagi originaliti sebenar saya sebagai penyanyi dan tidak terikut-ikut dengan cara nyanyian penyanyi asal.
“Saya sedar, hanya disebabkan saya terselamat lagi pada minggu ini tidak bermakna saya akan terselamat pada minggu hadapan. Apa yang saya boleh katakan, malam ini bukan malam saya,” ulasnya.
Konsert The Hardest Singing Show minggu suku akhir malam tadi diungguli oleh Putera Muhammad (93.20 peratus) yang membawakan lagu Hilang Naluri nyanyian Once diikuti Ayda Jebat (85.69 peratus), Aepul Roza (81.48 peratus), Stacy (77.30 peratus), Zizi Kirana (67.33 peratus) dan Aisha Retno (63.78 peratus).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khalisa disahkan autisme selepas Azmi Saat dan isteri menyedari perkembangan komunikasinya agak perlahan. Diagnosis itu kini memberi arah lebih jelas buat mereka.