Penyanyi popular antarabangsa, Ariana Grande dilaporkan bakal mengambil cuti seketika daripada dunia hiburan sebaik sahaja menamatkan siri Eternal Sunshine Tour di London pada 1 September depan.

Keputusan itu dibuat ketika penampilan fizikal dan tahap kesihatannya terus menjadi perhatian ramai, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat serta pengguna media sosial.

Penat Penampilan Fizikal Terus Jadi Bualan, Ariana Grande Pilih Berehat Daripada Dunia Hiburan

Mahu Luangkan Masa Untuk Diri Sendiri

Menurut wakil rasmi Ariana kepada People, penyanyi berusia 33 tahun itu memilih untuk mengurangkan kemunculan di khalayak ramai selepas tamat jelajah konsert berkenaan bagi memberi ruang untuk dirinya berehat daripada perhatian berterusan.

“Grande akan mengurangkan kemunculan di khalayak ramai selepas menamatkan Eternal Sunshine Tour.

“Dia mahu menamatkan jelajah ini dalam keadaan sihat dan gembira sebelum menikmati rehat yang sememangnya layak diterima selepas berdepan penelitian berterusan daripada orang ramai,” kata wakil tersebut.

Dalam masa sama, wakil berkenaan memaklumkan Ariana tetap bersyukur kerana dapat mengakhiri jelajah tersebut bersama peminat yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan.

Ads

“Jelajah ini adalah pengalaman yang sangat indah buatnya. Dia menyayangi peminatnya dan menikmati setiap detik sepanjang konsert berlangsung,” katanya.

Penat Penampilan Fizikal Terus Jadi Bualan, Ariana Grande Pilih Berehat Daripada Dunia Hiburan

Penampilan Terus Jadi Bualan Netizen

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penampilan penyanyi dan pelakon itu sering menjadi topik perdebatan di media sosial. Ramai netizen membuat pelbagai spekulasi mengenai tahap kesihatannya susulan tubuh badannya yang dilihat semakin susut.

Perbincangan mengenai perkara itu kembali hangat selepas pelancaran video muzik lagu terbaharunya, Petal, pada 31 Julai lalu.

Ads

Bagaimanapun, sumber terdekat menegaskan Ariana berada dalam keadaan baik dan sentiasa mengutamakan kesihatannya sepanjang berlangsungnya siri jelajah tersebut.

“Persembahannya sangat mencabar dari segi fizikal dan memerlukan tahap stamina yang tinggi. Namun dia berjaya memberikan persembahan berkualiti pada tahap terbaik setiap malam dalam keadaan sihat,” jelas sumber tersebut.

Penat Penampilan Fizikal Terus Jadi Bualan, Ariana Grande Pilih Berehat Daripada Dunia Hiburan

Tarik Diri Daripada Pementasan Muzikal

Dalam perkembangan sama, Ariana turut disahkan menarik diri daripada pementasan semula muzikal Sunday in the Park with George di West End, London yang sebelum ini dijadualkan berlangsung tahun hadapan.

Ads

Sebelum ini, pelantun lagu We Can’t Be Friends itu juga beberapa kali menyeru orang ramai supaya menghentikan budaya mengulas bentuk tubuh badan seseorang.

Malah menerusi lagu Yes, And? yang dimuatkan dalam album Eternal Sunshine (2024), Ariana secara terbuka menyampaikan mesej agar orang ramai tidak lagi menghakimi penampilannya.

Album Petal Bukan Tentang Kisah Cinta

Sumber sama turut menjelaskan album terbaharu Ariana, Petal, sebenarnya mengetengahkan hubungan rumitnya dengan perhatian umum serta budaya toksik di media sosial, dan bukannya berkisar mengenai kisah percintaan atau perpisahan seperti yang disangka ramai.

Selepas menamatkan Eternal Sunshine Tour, Ariana dijangka memberi tumpuan kepada tempoh rehat sebelum kembali aktif menerusi beberapa projek baharu, termasuk filem Focker-in-Law yang turut dibintangi Ben Stiller dan Robert De Niro.

Penat Penampilan Fizikal Terus Jadi Bualan, Ariana Grande Pilih Berehat Daripada Dunia Hiburan

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads