Baru ini tular di media sosial seorang anggota polis dilihat merotan sekumpulan remaja yang duduk berkumpul di saat PKP dalam satu kejadian di Sabah. Ramai memuji tindakan anggota polis itu yang mana menurut mereka, itulah cara terbaik mengajar remaja yang degil kerana sudah dua kali dinasihati supaya beredar. Malah keadah merotan ini juga dilakukan oleh polis India dalam menghadapi rakyat yang masih degil dengan keluar rumah. Malah dilihat lebih teruk berbanding berlaku di Sabah itu.
Namun terjadi sebaliknya apabila Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang pegawainya yang dilihat secara agresif menyebat enam remaja lelaki kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam satu kejadian di Kunak, baru-baru ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass, berkata jika dilihat dari sudut penguatkuasaan, tindakan pegawai itu memang tidak wajar, namun dari segi moral, itu adalah umpama seorang yang lebih tua memberi pengajaran kepada orang muda yang ingkar arahan.
“Sebelum kejadian itu pegawai berkenaan sudah menegur kumpulan remaja itu sebanyak dua kali tetapi mereka tetap tidak bersurai malah mentertawakan teguran berkenaan sambil menghisap rokok.
Kejadian itu berlaku di Kampung Pangi Tengah, Kunak ketika pasukan polis sedang membantu menyampaikan bantuan kepada penduduk kampung sebelum terserempak dengan kumpulan remaja yang sedang berkumpul,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Tular video lima remaja dirotan kerana engkar PKP di Sabah
Beliau berkata, selepas selesai mengagihkan bantuan berkenaan, pihak polis terserempak lagi dengan kumpulan remaja berkenaan yang masih tidak mendengar teguran, menyebabkan pegawai berkenaan bertindak menyebat semua remaja berkenaan.
Ads
Zaini berkata demikian ketika mengulas sebuah klip video yang tular memaparkan seorang pegawai polis bertindak menyebat enam remaja menggunakan ranting kayu kerana ingkar arahan untuk balik ke rumah masing-masing.
Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi di media sosial terutama golongan netizen yang memuji langkah pihak berkuasa yang tegas dalam melaksanakan tugas memastikan rakyat mematuhi PKP.
Bagaimanapun, ada juga segelintir pengguna alam maya yang mempersoalkan tindakan memukul itu kerana dikatakan boleh mendatangkan kecederaan kepada remaja terbabit.
Mengulas lanjut, Zaini berkata tindakan di peringkat jabatan akan diambil ke atas pegawai berkenaan, manakala kumpulan remaja itu sebenarnya bernasib baik kerana mereka tidak ditangkap sebaliknya polis hanya memberi pengajaran moral kepada mereka. – BERNAMA
Ads
Di sebalik kenyataan dikeluarkan oleh Ketua Polis Sabah ini, REMAJA mendapati di ruangan komen dilihat begitu ramai netizen menyuarakan bantahan mereka mengenai nasib anggota polis terbabit. Malah kata mereka, kalau begini caralah lebih baik remaja berkenaan ditangkap dan dikenakan tindakan sewajarnya. Malah kata mereka lagi, cara merotan itu umpama ibu bapa mengajar anaknya yang degil.
Hokay, apa komen korang pula.
So bagi remaja yang boring-boring duduk rumah tu, sertai cabaran REMAJA iaitu REMAJA DENGAR KATA.
Buat video seminit dan dapat lagi duit. Lagi berbaloi dari kena rotan atau kena tangkap. Ya tak?
Dana untuk kutipan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan masih lagi dijalankan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk meneruskan kehidupan.
Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tidak terkecuali untuk menghulurkan bantuan dan mencari inisiatif, dimana beliau akan melakukan YouTube Live untuk kutipan dana PKP.
Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. (SNP) mengambil inisiatif untuk membantu para pejuang barisan hadapan dan orang ramai yang terkesan dengan situasi ini melalui pengumpulan Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Secara ringkasnya, dana ini dinamakan sebagai Dana P.K.P Siti Nurhaliza.
Objektif misi ini dibahagikan mengikut kategori iaitu:
1. PEDULI: Membantu menyediakan keperluan dan peralatan di pusat-pusat perubatan yang terlibat menangani Covid19. Bantuan ini akan disalurkan seberapa segera apabila dana mencukupi bagi penyediaan PPE, topeng muka, sarung tangan dan peralatan-peralatan lain.
2. KEMANUSIAAN- Membantu individu dan keluarga yang terjejas pendapatan. Bantuan kepada keluarga yang terjejas pendapatan di samping itu mempunyai anggota keluarga OKU atau penyakit kronik.
3. PRIHATIN- Bantuan khusus sempena bulan Ramadan dan Syawal kepada golongan yang tidak berkemampuan serta badan-badan kebajikan.
Pihak SNP mensasarkan pengumpulan dana untuk keperluan segera dalam kategori Peduli sebanyak RM50,000. Jumlah sasaran ini akan dinaikkan dan berterusan memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan serta banyak jenis bantuan akan disalurkan.
Bagaimana misi ini akan dilakukan?
Datuk Seri Siti Nurhaliza juga akan menjayakan Youtube Live P.K.P Siti Nurhaliza di saluran youtube Siti Official Video pada 19 April 2020, bermula jam 2.30 petang.
Korang boleh menderma dengan cara membuat imbasan QR Code dan Dato’ Siti akan menghiburkan korang dengan nyanyian lagu-lagu pilihannya.
Platform Kitafund dibina bagi memupuk nilai murni untuk menderma disamping memudahkan orang ramai untuk menyumbang di atas talian (online) tanpa ragu-ragu. Orang ramai yang ingin menyumbang boleh klik link di BIO dan pilih kempen ‘Dana P. K. P Siti Nurhaliza’.
Seterusnya, klik butang Sumbang dan pilih cara pembayaran samada menggunakan Perbankan Atas Talian (Online Banking), Kad Kredit/Debit/PayPal, ataupun E-Wallet (Boost/GrabPay/Touch ’n Go). Bagi yang berhasrat untuk menyumbang tetapi menetap diluar Malaysia, anda boleh memilih PayPal sebagai mod pembayaran.
Okay la tu, sambil berhibur korang boleh beramal kan? Diharap usaha ini dapat memberi peluang juga kepada masyarakat Malaysia yang berkemampuan untuk memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
Bukan apa, kadang-kadang niat membantu tu memang ada tapi kita tak tahu nak salurkan ke mana. Jadi, usaha yang dilakukan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza ini boleh menjadi platform untuk kita sama-sama berkhidmat pada masyarakat.
Jangan lupa saksikan YouTube Live Datuk Seri Siti Nurhaliza pada Ahad ini, 19 April 2020 jam 2.30 hingga 4 petang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi waris yang pernah ada anak atau ibu bapa sakit khususnya yang datang dari luar Kuala Lumpur pasti memahami betapa kesukaran dihadapi khususnya dalam bab penginapan. Ini kerana hospital tidak menyediakan katil atau kerusi yang selesa untuk waris “bermalam” ketika menjaga pesakit. Situasi ini mungkin berbeza ketika COVID-19 demi menjaga SOP.
Adakalanya waris perlu tidur di kaki lima atau surau di malam hari untuk merehatkan badan selepas penat seharian melayan karenah pesakit dan keadaannnya bukanlah seselesa mana.
Apa pun berita baiknya buat ahli keluarga waris yang menjaga keluarga yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan Institut Jantung Negara (IJN), korang bolehlah berhubung dengan nombor dinyatakan di bawah.
Ini kerana Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan kemurahan hatinya telah menaja penginapan buat waris-waris yang menjaga ahli keluarga yang sakit di dua buah hospital di nyata.
Allahuakbar. Moga Allah terus memurahkan rezeki Ustas yang sering membantu orang ramai di dalam kesusahan.
Sebentar tadi di fbnya, Ustaz Ebit Lew telah berkongsi berita gembira ini.
Pohon doakan ya penginapan kasih umat secara percuma pada waris pesakit yang datang ke Kl untuk dapatkan rawatan IJN dan HKL. Yang benar-benar memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama. Penginapan di Hotel Premiera KL. Jika sesiapa benar memerlukan boleh 01170772380. InsyaAllah kos penginapan saya akan tanggung.
Terima kasih Premiera Hotel yang sangat baik dan memudahkan urusan dan impian saya. Cantik dan sangat selesa. 4 bintang. Semoga menjadi asbab kebaikan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Orang kata, hati yang bersih ni senang untuk menghafaz Al-Quran. Begitulah yang berlaku kepada bekas pelajar Sekolah Agama Bantuan Khas (SABK) Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar kerana berjaya menghafaz Al-Quran dalam tempoh 41 hari sahaja.
Pencapaian ini menjadi rekod baru dalam Program Tahfiz Intregasi (PTI) di Pusat Latihan Tahfiz Integrasi An Nur Kampung Permatang Pasir kerana kebanyakkan pelajar menghafaz sekurang-kurangnya 20 juzuk dalam tempoh tiga bulan.
Muhammad Muttaqin, 18, memulakan hafalan pada 30 Disember tahun lalu dengan membahagikan masa antara 10 ke 13 jam sehari dan hanya berhenti untuk solat, makan dan berehat.
Fuhh, memang terbaiklah bro!
“Dalam sehari, saya nak dapatkan lapan muka surat pun agak payah, tapi saya tanam azam nak tingkatkan hafalan,”
“Alhamdulillah, proses hafalam meningkat daripada 15 muka surat kepada 20 muka surat dan paling banyak saya boleh buat setakat ini menghafaz 25 muka surat dalam sehari,” jelas Muttaqin.
Dalam pada itu, ramai yang berbangga dengan kejayaan anak muda ini kerana berjaya menghafaz Al-Quran. Bukan semua orang diberi peluang seperti ini.
Alhamdulillah, setidak-tidaknya masih ada golongan muda yang cintakan Al-Quran. Tahniah juga kami ucapkan kepada kedua orang tua remaja ini kerana berjaya mendidik anak menjadi seorang hufaz. Semoga Muttaqin menjadi contoh kepada remaja di luar sana.
Sambal Nyet Bilis Khairul Aming tampil dengan rasa baharu menggunakan bahan tempatan berkualiti, ikan bilis segar dan formulasi khas yang menarik perhatian peminat.