Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan padu kepada atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, yang bakal beraksi dalam perebutan ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship hari ini (24 Julai) di Lumpinee Stadium, Bangkok.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Anwar berkata Aliff telah melakar sejarah sebagai atlet tempur Malaysia pertama yang berjaya melayakkan diri untuk merebut gelaran berprestij tersebut.
“Ayuh kita beri sokongan padu kepada saudara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib yang bakal beraksi merebut gelaran ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship, Jumaat ini.”

Perdana Menteri turut menzahirkan harapan agar Aliff mampu terus mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
“Aliff Rakib melakar sejarah sebagai atlet tempur Malaysia pertama yang layak merebut gelaran tersebut. Semoga terus mengharumkan nama Malaysia dan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk mengukir kejayaan di persada dunia,” katanya.
Aliff Rakib Berdepan Cabaran Besar Menentang Sam-A

Aliff, atau lebih dikenali sebagai Aliff Sor Dechapan, bakal berdepan cabaran getir apabila menentang legenda Muay Thai Thailand, Sam-A Gaiyanghadao, yang juga bekas juara dunia dua divisyen ONE Championship.
Bagi petarung berusia 22 tahun itu, pertarungan ini bukan sekadar perebutan gelaran interim, malah peluang terbaik untuk membuktikan kemampuannya di pentas tertinggi sukan tempur dunia, selain menghadiahkan kejuaraan dunia pertama ONE Championship buat Malaysia.
Dilahirkan pada 4 Februari 2004, Aliff mula berlatih di Bangkok sejak usia muda dan membina reputasi menerusi pengalaman luas di pentas amatur serta profesional sebelum menyertai ONE Championship pada April 2023.
Rekod Cemerlang Jadi Bekalan Keyakinan Aliff Rakib
Sejak menyertai organisasi seni bela diri terbesar dunia itu, Aliff mempamerkan prestasi cukup memberangsangkan apabila mencatat lima kemenangan berturut-turut. Secara keseluruhan, beliau memiliki rekod profesional yang mengagumkan dengan 62 kemenangan dan hanya sembilan kekalahan.
Rekod cemerlang itu pastinya menjadi bekalan keyakinan buat Aliff menjelang aksi menentang Sam-A, yang dianggap antara nama paling berpengaruh dalam sejarah Muay Thai moden.
Sekiranya berjaya menewaskan lawannya malam ini, Aliff bukan sahaja akan menjulang gelaran ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship, malah mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama bergelar juara dunia di pentas ONE Championship.
Anda mungkin berminat dengan
Seluruh rakyat Malaysia kini pastinya mengharapkan Aliff mampu mempamerkan aksi terbaik dan membawa pulang satu lagi kebanggaan buat negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Rasanya ramai yang tidak selesa memandu ketika hujan lebat kerana penglihatan akan menjadi sukar disebabkan oleh rintik hujan yang membasahi cermin kereta mengaburi pandangan.
Kadang, bila hujan terlalu lebat penggunaan wiper juga tidak membantu. Jadi, apa yang korang boleh buat?
Seorang pengguna di twitter telah pun berkongsi satu tip yang korang boleh cuba dengan mengambil tisu gulung, lap cermin kereta dengan produk Rain Act ni sampai rata. Namun, hati-hati jangan sampai terkena pada body kereta.
Cermin akan berkabus, ambil tisu gulung bersih dan lap cermin sekali lagi sampai bersih. Jelasnya, bila hujan korang dah tak perlu pasang wiper.

Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang korang perlu alert dan antaranya adalah seperti berikut:
1. Pastikan permukaan cermin betul-betul kering dan tidak basah sebelum menggunakan Rain Act
2. Produk seperti ini ada banyak brand bergantung pada kedai yang korang pilih, tapi lelaki ini biasanya menggunakan Rain Act.
3. Produk ini boleh didapati di hypermarket, MR DIY atau kedai-kedai aksesori kereta

Ramai juga yang bertanyakan soalan berkaitan dengan cara yang dikongsi ini.



Malah, ada juga pengguna yang turut berkongsi produk dari jenama-jenama yang lain.






Hm, lepas ni korang bolehlah try cari produk seperti ini dan cuba apply pada cermin kereta.
Selamat mencuba!
Sumber: myjoe_
∞
Aktres dan penyanyi jelita, Bella Astillah tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi kisah putera sulungnya, Mohamed Ayden Adrean, yang memaklumkan mengenai acara pertemuan ibu bapa di sekolah.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Inayah Beauty di TikTok, Bella menzahirkan rasa kasihan dengan anak lelakinya itu yang kini hanya bergantung padanya sebagai ibu.
ARTIKEL BERKAITAN: Wajah Tampan Putera Sulung Diana Danielle & Farid Kamil Curi Perhatian -“Muka Macam Nicholas Galitzine”

“Ayden cakap dengan saya, ‘Mommy, tomorrow I have parents’ day’. Bella cakap, ‘It’s okay, ada mommy’. Saya tak pernah ada pengalaman macam Ayden.
“Daripada saya sekolah dan sampai sekarang pun, mama dan papa Bella selalu ada. Jadi bila Ayden kata macam itu, Bella jadi macam kesian dekat dia,” katanya.
Selain itu, pelakon naskhah Aku Tanpa Cintamu ini turut memaklumkan bahawa dia tidak dapat hadir ke sekolah pada hari tersebut kerana urusan kerja.

Bagaimapun, Bella yang akan diwakili oleh ibu dan bapanya berharap agar Ayden berada dalam keadaan yang baik di sekolah.
“Bella ada kerja jadi saya cakap pada Ayden, ‘Kalau Lola dan Lolo (datuk dan nenek) boleh tak?’.
“Dia kata boleh sahaja. Jadi saya harap dia okay saja di sekolah, insya-Allah,” ujar Bella lagi.

Sekadar info, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon kontroversi, Aliff Aziz pada 9 September 2016, sebelum sah bercerai buat kali kedua pada 13 Jun tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamed Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Inayah Beauty
∞
Duni platform penstriman dan audio siar (podcast) kini makin rancak bak cendawan selepas hujan, terutama semenjak populariti audio siar Studio Sembang melonjak tinggi dalam kalangan pendengar anak muda.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Terima Kasih Untuk Semua Kenangan Terindah’ -Komen Manis Aedy Ashraf Buat Amelia Henderson

Studio Sembang yang dihoskan oleh pelakon terkenal, Amelia Henderson mula bersiaran tahun lepas dengan berfokuskan asam garam dan sebalik tabir dunia industri hiburan.
Jelitawan tersebut yang turut merangkap penerbit eksekutif Studio Sembang menjelaskan bahawa program tersebut bertujuan sebagai platform untuk rakan-rakan artis berkongsi ruang dan peluang menyebarkan mesej yang positif kepada orang ramai juga kisah kehidupan dan pengalaman mereka dalam bidang yang diceburi.
Pelakon berusia 27 tahun ini turut berkesempatan berkongsi tips peribadinya kepada anak muda yang ingin menceburi dunia audio siar tersebut ketika ditemui di majlis penutup Global Summit Maybank, Selasa lepas.
“Sekarang kita sendiri boleh lihat makin ramai anak muda yang mula berjinak-jinak publish podcast sendiri dan sejujurnya Ame sangat suka dan sokong sepenuhnya sebab saya rasa apabila makin ramai mula hangatkan dunia podcast ini, akan makin ramai yang mula mendengar.

“Bagi saya sendiri, tips paling penting dengan apa-apa digital content sekalipun adalah konsistensi. Walaupun kita tidak berapa yakin dengan idea kita, as long as kita konsisten dan keluarkan bahan setiap minggu, benda itu akan membolehkan korang untuk faham apa yang pendengar mahukan,” jelasnya.
Sekadar info, Studio Sembang telah meraih lebih 71,000 pengikut di YouTube.
BACA LAGI: Berjaya Buat David Foster ‘Annoyed’ Lalu Turun Pentas, Sissy Iman Hulur Albumnya Sebagai Tanda Minta Maaf
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Amelia Henderson
∞