PLUS Cadang Bina Kapsul Di R&R, Netizen Minta Harga Berpatutan

Share

Kalau korang perasan sebelum ni Plus Malaysia Berhad (PLUS) pernah menyediakan kemudahan hotel di R&R tetapi disebabkan tidak mendapat sambutan, hotel tersebut telah pun ditutup.

Namun begitu, kini pihak PLUS sekali lagi bercadang untuk membina kapsul tidur bagi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan berehat dan melepaskan penat. Sesuai sangatlah kalau tiba musim perayaan, mesti jalan penuh sesak yang bakal membuatkan kita letih serta mengantuk.

“Dahulu PLUS pernah membuka hotel di sepanjang lebuh raya tetapi terpaksa menutupnya kerana tidak mendapat sambutan dan kita dapati pemandu mahukan tempat tidur hanya untuk ‘quick nap’ dan tidak memerlukan hotel seharian,” jelas Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.

Kami sangat bersetuju dengan inisiatif yang ingin dibuat kerana dengan menyediakan kapsul seperti ini mungkin juga memudahkan untuk mereka yang bergerak seorang. Harganya tentu sekali jauh lebih mudah dan berpatutan.

Walau bagaimanapun, perkongsian yang telah di buat oleh Amirul Ahmad di page Backpackers Buddies Malaysia (BBM) mendapat perhatian netizen dan mereka menyarankan sekiranya projek ini benar-benar terjadi, harga kapsul yang ditawarkan biarlah yang berpatutan.

Ubah dulu mentaliti

Semoga inisiatif ini memberi manfaat kepada seluruh pengguna jalan raya PLUS. Setiap kemudahan yang diberikan haruslah diguna dengan sebaik mungkin. Apa-apa pun pilihan tetap di tangan korang.

Sumber: Astro Awani

IKLAN