Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun bertindak di luar kewarasan apabila menikam guru kaunselingnya selepas berang bakal dikenakan tindakan buang sekolah. Dalam kejadian di sebuah sekolah agama di Kuala Langat itu, guru lelaki berkenaan ditikam sebanyak tiga kali di bahu oleh suspek ketika sedang tidur di asrama sekolah berkenaan.
Patut benda boleh sabar dan dibawa berbincang tapi berakhir dengan tragedi. Jika sesebelum ini kita dengar bapa pelajar bertumbuk dengan cikgu kerana anaknya dibuang sekolah dalam satu kejadian berlaku di Brunei tapi nampaknya kali ini melibatkan pelajar sendiri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek merupakan pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Katanya tindakan itu berikutan selepas tidak berpuas hati dengan guru terbabit kerana dikenakan tindakan gantung atau buang sekolah.
Ads
“Mangsa telah ditikam sebanyak tiga kali oleh suspek kemudiannya mendapatkan bantuan daripada rakannya dengan pisau tertanam di bahu.
“Suspek kemudiannya diberkas sejurus kejadian tersebut,” katanya di sini hari ini.
Ads
Beliau memberitahu, mangsa kini dirawat di hospital dan dilaporkan stabil.
Jelas Fadzil, pelajar berkenaan akan ditahan reman pagi esok.
Ads
Sumber : KOSMO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, REMAJA telah melaporkan mengenai sebuah kemalangan membabitkan sebuah lori yang merempuh lima buah kenderaan lain.
Kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, Sentul itu dipercayai berlaku sekitar jam 2.30 petang dan telah menarik perhatian warganet akibat kecuaian pemandu lori yang hampir meragut nyawa pengguna jalan raya lain.
Jelas, lori tersebut merempuh kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat merah. Hasil ujian air kencingnya mendapati pemandu positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamin.
Tambah mengejutkan apabila lima kenderaan lain itu mengalami kerosakan teruk termasuklah sebuah kereta Myvi kuning yang remuk teruk hingga tidak lagi kelihatan seperti sebuah kereta.
Betul-betul ‘terlipat’!
Sumber Foto : Twitter
Amat mengajaibkan apabila pemandu Myvi yang dipercayai berusia 45 tahun itu selamat dan tidak berdepan kecederaan parah kecuali beberapa kesan calar pada tubuhnya semasa beliau dibawa keluar daripada kenderaan remuk itu.
Rata-rata warganet memuji tahap keselamatan model kereta Myvi apabila berdepan kemalangan. Biarpun remuk teruk, mereka berkata rekaan Myvi dapat membantu ‘menyelamatkan’ pemandu hadapan dalam situasi seperti ini.
Sumber Foto : Twitter
Kata pengguna Twitter @AimanIAbdullah, rekaan Myvi terkini mempunyai tahap keselamatan cemerlang. Dengan campuran bahan yang memastikan ia remuk pada zon tertentu saja, ‘passenger cell’ akan menyerap dan menghilangkan daya hentaman dengan cekap.
Pengguna @ex5_prime turut berkongsi logik sama. Dari sudut kejuruteraan pembuatan kenderaan, sebuah kereta akan remuk untuk merendahkan kesan inertia demi menyelamatkan pemandunya.
Bagaimanapun, tidak semua warganet bersetuju dengan pendapat tersebut. Ujar @kennleandre, ‘keajaiban’ yang berlaku semalam bukanlah disebabkan kehebatan teknologi Myvi. Bahagian bonet belakang sesebuah kenderaan tidak sepatutnya remuk sebegitu rupa jika benar keberkesanan keselamatannya telah diperakui.
Bukan itu saja, sekiranya ada penumpang di bahagian belakang Myvi itu semalam, tentunya kemalangan maut akan berlaku.
ANYWAY, sama ada ia adalah satu bentuk keajaiban ataupun kehebatan teknologi pembuatan kenderaan, kita seharusnya bersyukur tiada kehilangan nyawa yang dicatatkan.
Pengguna @Manddeylurve juga berpendapat ini adalah peluang keemasan untuk syarikat Perodua menghadiahkan ‘abang Myvi’ tersebut sebuah kenderaan Myvi baharu sebagai strategi pemasaran.
Haa, yang ni REMAJA pun setuju!
Semoga kesemua mangsa kemalangan semalam tidaklah mengalami trauma berterusan.
Aduh, orang lain buat squat untuk bersenam. Lain pula ceritanya apabila seorang pelajar sekolah menengah di Thailand meninggal Khamis minggu lalu akibat melakukan lompatan squat sebanyak 100 kali.
Hari ini, pakcik kepada mendiang yang baru berusia 13 tahun itu menjelaskan situasi sebenar di Facebook-nya. Dia mendakwa pihak sekolah yang telah mendenda pelajar itu setelah dia gagal menyerahkan kerja sekolah.
Pakcik mendiang, Pramot Eiamsuksai, berkata anak saudaranya itu telah merasakan tidak sedap badan sejak 31 Ogos (Isnin). Dia dibawa ke hospital pada hari Rabu sebelum kembali ke sekolah pada hari Khamis.
Walaupun gurunya tahu dia tidak sihat dan tidak ke sekolah (lalu tidak menyiapkan kerja sekolah), gurunya masih berkeras untuk mendenda pelajar itu.
Pada hari Jumaat (4 September), pelajar itu kembali jatuh sakit dan berehat. Malangnya, mendiang tidak sedarkan diri pada hari berikutnya.
Mengikut laporan doktor, dia mungkin meninggal sekitar jam 3 pagi akibat kerosakan kardiak.
Akhirnya kelmarin, pihak sekolah baru menghubungi keluarga pelajar itu untuk memohon maaf dan mengakui bertanggungjawab di atas tragedi itu.
Aduh, teringat pula kes cikgu denda pelajar di Malaysia sendiri
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memiliki telekung yang cantik dan selesa sangat penting untuk mereka beribadat. Bukan apa, jika beribadat dengan memakai telekung yang tidak sesuai dan tidak selesa boleh menganggu fokus dan khusyuk ketika beribadat.
Namun, lain pula yang berlaku pada telekung usahawan produk popular, Dato Seri Vida yang sering menjadi perhatian ramai. Menerusi video terbaru dikongsi Vida, telekung terawih miliknya yang dipenuhi labuci dan manik-manik kilat meraih perhatian pengguna media sosial.
Bukan itu sahaja, telekung DSV juga sepertinya sudah ditempah khas dengan gaya labuh yang meleret sehingga ke jalan raya.
DSV turut mengenakan beberapa persalinan telekung solat yang berbeza dari segi corak dan warna.
“Salam Ramadan daripada saya Datuk Seri Vida, semoga amalan kita diterima Allah dan diangkatkan darjat, diampunkan segala dosa dan diberikan kesihatan yang baik.
“Diberikan kesenangan di dunia dan akhirat serta diberikan hidayah kepada kita,” ucap DSV melalui klip video di TikTok miliknya.
Hal itu menarik banyak perhatian pengguna TikTok yang khuatir telekung milik usahawan berkenaan akan kotor kerana dilihat meleret di sepanjang laluan ke masjid. Namun ada yang beranggapan usahawan jutawan itu mahu memakai pakaian terindah bagi menghadap sang pencipta sebagai tanda berterima kasih atas rezekinya.
Selagi telekung itu tidak menggangu jemaah yang lain okay kot. Apa pendapat korang?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.