‘Pink Venom’ Kalahkan ‘How You Like That’. MV BLACKPINK Paling Banyak Ditonton Dalam 24 Jam

Share

Tahniah BLINKS!

Penantian hampir 2 tahun lamanya untuk Blackpink mengeluarkan single terbaru, “Pink Venom” nampaknya sangat berbaloi.

ARTIKEL BERKAITAN : 1 Juta Tontonan Kurang 30 Minit : MV Blackpink Catat Sejarah Mengalahkan Ariana Grande

Untuk info, “Pink Venom” BLACKPINK sudah mula disiarkan di platform Youtube mencatat kiraan tontonan secara tidak rasmi sebanyak 86,228,516 di YouTube hanya selepas 24 jam muzik video itu dikeluarkan.

Malah, rekod terbaru pada 22 Ogos 22, YouTube secara rasmi mengesahkan bahawa lagu BLACKPINK “Pink Venom” berjaya mengumpul lebih 90.4 juta tontonan dalam masa 24 jam. Wah banyak tu!

Lantas, lagu “Pink Venom” ini juga telah mengalahkan rekod yang dipegang “How You Like That” sebelum ini pada tahun 2020, dengan jumlah tontonan yang dikumpul sebanyak 86.3 juta tontonan di YouTube dalam 24 jam.

Untuk pengetahuan korang, lagu yang bergenre hip-hop dan dimulakan dengan iringan alunan instrumen Korea iaitu ‘geomungo’, lagu “Pink Venom” kali ini dilihat sangat berpontensi untuk mewujudkan fenomena baru dari BLACKPINK. Muzik video “Pink Venom” juga merupakan antara lagu yang paling memerlukan bajet yang paling tinggi menurut YG Entertainment.

Kini, BLACKPINK kekal sebagai kumpulan wanita yang mempunyai tontonan tertinggi untuk muzik video dalam tempoh 24 jam.

Next! Eh, hebatlah Blackpink ni!

BACA LAGI : Blackpink Balas Rindu Peminat; Album ‘Born Pink’ & Konsert Di Malaysia Sah Jadi!

Sumber : 1

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN