Untuk info, “Pink Venom” BLACKPINK sudah mula disiarkan di platform Youtube mencatat kiraan tontonan secara tidak rasmi sebanyak 86,228,516 di YouTube hanya selepas 24 jam muzik video itu dikeluarkan.
Malah, rekod terbaru pada 22 Ogos 22, YouTube secara rasmi mengesahkan bahawa lagu BLACKPINK “Pink Venom” berjaya mengumpul lebih 90.4 juta tontonan dalam masa 24 jam. Wah banyak tu!
Ads
Lantas, lagu “Pink Venom” ini juga telah mengalahkan rekod yang dipegang “How You Like That” sebelum ini pada tahun 2020, dengan jumlah tontonan yang dikumpul sebanyak 86.3 juta tontonan di YouTube dalam 24 jam.
Untuk pengetahuan korang, lagu yang bergenre hip-hop dan dimulakan dengan iringan alunan instrumen Korea iaitu ‘geomungo’, lagu “Pink Venom” kali ini dilihat sangat berpontensi untuk mewujudkan fenomena baru dari BLACKPINK. Muzik video “Pink Venom” juga merupakan antara lagu yang paling memerlukan bajet yang paling tinggi menurut YG Entertainment.
Ads
Kini, BLACKPINK kekal sebagai kumpulan wanita yang mempunyai tontonan tertinggi untuk muzik video dalam tempoh 24 jam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengalaman pertama penyanyi dan penulis lirik, Aina Abduldi kerusi juri tetap program Big Stage musim kelima semalam telahpun disambut dengan respon yang rata-rata positif.
Bukan mudah untuk mengambil alih tugas yang pernah disandang oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah.
Begitupun, berlainan dengan pengalaman juri-juri wanita di Big Stage sebelum ini, Aina perlu mengadili salah seorang rakan seindustrinya, Nadeera Zaini yang sama-sama memulakan langkah satu masa dahulu.
Justeru, ramai penonton yang sedikit terkejut apabila Aina memberikan 65 markah kepada Nadeera yang membawakan lagu Kerna Ku Sanggup nyanyian asal Agnez Monica.
Sedangkan, beberapa peserta lain telah memperolehi markah yang lebih tinggi daripada Aina termasuklah Naufal Azrin (80), Coex (74) dan Waode (85).
Bercakap kepada REMAJA selepas tirai dilabuhkan, Aina, 29 menjelaskan tiada elemen ‘favouritism’ yang berlaku di Big Stage biarpun ada peserta yang mempunyai ikatan persabahatan dengannya.
Aina Abdul
“Sebenarnya saya cuba tonjol non-favouritism tadi. Sebab itu, ada yang tidak berpuas hati dengan markah yang Aina beri kepada Nadeera. Tapi saya hadir sebagai seseorang yang telah mengenali Nadeera jauh lebih awal daripada sesiapa pun.
“Kalau (Nadeera) tak menyanyi di atas pentas, saya pernah dengar dia menyanyi di dalam tandas, di dapur. Kami berdua saling mengetahui kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jadi untuk Nadeera pada malam ini, saya harus berlaku adil kerana saya tahu dia boleh lakukan jauh lebih baik daripada itu.
“Markah yang saya berikan itu bukannya daripada seorang bekas teman serumah tetapi ia adalah daripada rakan seperjuangan. Jika kami bertukar posisi pun dan saya adalah peserta pada malam ini, situasinya tetap sama,” jelasnya.
Kawan Tetap Kawan
Aina yang tampil unik dalam persalinan serba merah Khuntumn dan gaya hijab oleh Naz Living A Style juga beranggapan pengalaman menjurikan rakannya, Nadeera dan 12 lagi peserta lain adalah satu pengalaman baharu yang memerlukan dirinya kekal profesional.
Apa yang utama buatnya adalah gabungan vokal dan kreativiti persembahan yang dibawakan oleh peserta sepanjang 10 minggu bersama.
“Saya tahu momen (yang memerlukan Aina untuk mengadili Nadeera) itu akan sampai. Nadeera pun pernah bercakap dengan saya sebelum pertandingan bermula namun ia berasaskan profesionalisme.
“Kami masih berkawan tetapi pertandingan tetap pertandingan. Saya kena sama rata dengan yang lain.”
“Jika yang lain lebih bagus, perlulah saya beri markah yang lebih kepada mereka.
“Saya berharap peminat Nadeera dan peminat saya sendiri yang telah mengikuti perjalanan kami sejak program terdahulu untuk tidak mengambil benda ini luar daripada konteks Big Stage. Ini adalah untuk program Big Stage dan untuk kebaikan Nadeera sendiri,” katanya.
Tak Semestinya Vokal Tinggi Boleh Menang
Sebagai juri tetap Big Stage 2023 juga, Aina mengingatkan kesemua 13 orang peserta mengenai cara pemarkahan yang telah berubah pada tahun ini di mana 50 peratus markah hadir daripada paduan vokal manakala 50 peratus lagi mewakili kreativiti persembahan.
“Tiada lagi 70-30. Jika vokal 50 peratusnya rendah tetapi kreativitinya tinggi, seseorang itu boleh menang. Dan sebaliknya jika peratusan vokalnya tiggi tapi kreativitinya rendah, seseorang itu juga boleh kalah,” ulasnya.
Begitupun akui Aina, konsert pertama pada 7 Mei baginya adalah sesi suai kenal dengan kemampuan setiap peserta yang bertanding dan tidak terlalu menitik beratkan kesemuanya ciri-ciri pengadilan dengan teliti seperti teknik vokal.
Haa, agaknya adakah markah yang akan diberikan Aina pada minggu hadapan lebih ‘tegas’?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mempunyai barisan pelakon berpotensi besar adalah sangat penting bagi industri K-Drama kerana ia mampu untuk menarik ramai penonton ‘melekat’ di depan televisyen dan memberikan rating yang baik bagi setiap drama yang ditayangkan.
Disebabkan itu, ramai penerbit dan pengarah di sana memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bintang-bintang yang dirasakan mempunyai potensi untuk bersinar, mereka juga turut bekerjasama dengan agensi untuk mendapatkan wajah yang tepat bagi menyesuaikan dengan watak dalam drama.
Untuk tahun 2020, berikut adalah 5 pelakon teratas yang dikatakan mempunyai potensi besar menjadi pilihan para pengarah bagi menghasilkan produksi K-Drama pada tahun ini.
1. Park Min Young
Pelakon ini sedang membintangi sebuah drama terbaru Korea, When The Weather Is Fine bersama aktor Seo Kang Joon. Mendapat jolokan “Rom-Com Queen”, maka tidak hairanlah sekiranya gadis ini bakal mendapat perhatian para pengarah dan menaikkan jumlah tontonan setiap K-Drama.
2. IU
Vokalis dan aktres IU nampaknya kini menjadi antara selebriti wanita terhangat dalam industri selepas kemunculannya dalam Hotel De Luna baru-baru ini. Selepas beberapa tahun, lakonan IU semakin berkembang dan ramai diantara penerbit K-Drama bersetuju bahawa aktres ini mampu menempa kejayaan dalam industri penyiaran.
3. Son Ye Jin
Sambutan yang diterima daripada lakonannya dalam Crash Landing On You bukan sahaja mendapat perhatian di Korea, malah seluruh dunia. Justeru itu, ramai pengarah drama mungkin sudah menyenarai pendek nama pelakon ini untuk membintangi drama-drama yang seterusnya.
4. Gong Hyo Jin
Sambutan hangat yang diterima dalam lakonan terdahulunya, When The Camellia Blooms menjadi viral dari setiap episod ke episod menjadikan Gong Hyo Jin antara pelakon ‘most wanted‘ di kalangan penerbit K-Drama. Dikhabarkan, pelakon ini belum mempunyai apa-apa drama terbaru bagi tahun 2020 dan mungkin inilah masanya untuk pengarah atau penerbit drama ‘melamarnya’ dalam drama terbaru.
5. Jun Ji Hyun
Menjadi antara pelakon paling hangat di Korea, nama Jun Ji Hyun berada di dalam senarai semua pengarah K-Drama. Walaupun hanya muncul sebagai cameo dalam drama Kingdom 2, namun aura wanita ini bukan calang-calang. Bakal kembali ke skrin kaca TV, Ji Hyun khabarnya mempunyai drama terbaru yang dijadualkan bersiaran pada tahun hadapan.
Kaca mata hitam atau sunglasses bukannya sekadar perlindungan mata je sekarang.
Malah, kalau dilihat pada pentas runway setiap kali berlangsungnya Minggu Fesyen sedunia, pasti sunglasses menjadi antara aksesori wajib yang disarungkan pada model.
Setiap musim, rekaan dan trend-nya berbeza. Namun bentuk rangka atau frame kaca mata hitam masih sama.
4 rangka kaca maya paling popular adalah Browline, Aviator, Oversized & Retro Square. Masalahnya, yang mana paling sesuai dengan muka korang.
Cer jawab kuiz ni.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!