Disebalik personaliti luarannya yang ceria lagi mesra di khalayak ramai, ada juga ketegasan dalam diri Ketua Eksekutif Tesla Inc, Elon Musk.
Lapor Reuters, beliau telah mengeluarkan arahan agar semua pekerja syarikatnya itu kembali bekerja sepenuh masa di pejabat ataupun bersedia untuk meletakkan jawatan sekiranya degil.
E-mel yang dilayangkan kepada kakitangannya itu berbunyi, “Semua orang di Tesla dikehendaki berada di pejabat minimum 40 jam seminggu. Jika anda tidak hadir, kami menganggap anda sudah meletak jawatan.
“Lebih lama anda bekerja di sini, lebih kerap kehadiran anda diperlukan,” catatnya.
Elon turut berkongsi sebab utama dia menetap di kawasan kilang Tesla adalah agar mereka yang datang bekerja dapat melihatnya sama-sama berada di situ. Jika beliau tidak melakukannya yang sedemikian yakni memantau pekerja dari jarak dekat, beliau berpendapat sudah lama Tesla bangkrap.
Ads
Ibu pejabat Tesla yang baru dipindahkan ke Austin, Texas.Elon Musk khabarnya menetap di sekitar kawasan kilang Tesla untuk memantau produktiviti pekerjanya.
Untuk pengetahuan korang, firma teknologi utama di Silicon Valley seperti Tesla di sana asalnya tidak mewajibkan pekerja untuk kembali ke pejabat sepenuh masa demi mengurangkan risiko kebangkitan kes COVID-19 di California.
Biarpun Tesla telah memindahkan ibu pejabatnya ke Austin Texas, pangkalan kejuruteraan Tesla dan salah satu kilangnya masih beroperasi di kawasan teluk San Francisco,
Hmm, korang setuju dengan tindakan berbaur paksaan oleh Elon Musk ini demi meningkatkan produktiviti kerja di Tesla ataupun ia dianggap sebagai resepi merebaknya wabak COVID-19 di sana?
Beberapa hari setelah arahan untuk kembali ke tempat kerja ini, laporan terbaru Reuters memberitahu bahawa satu lagi e-mel telah dilayangkan kepada kakitangan pada Jumaat lalu di mana Tesla difahamkan akan mengurangkan 10 peratus jumlah kakitangannya. Tempoh waktu bekerja pula akan ditingkatkan sementara pengambilan baharu di seluruh dunia akn dihentikan buat sementara waktu.
Ini berikutan amaran bakal berlaku risiko kemelesatan ekonomi di Amerika Syarikat dan di peringkat global. Inflasi di Amerika sahaja sudah mencecah paras tertingginya dalam tempoh 40 tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akibat gangguan sistem check-in yang tergendala di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1 & KLIA 2) sejak Rabu lalu, hari ini keadaan dilaporkan semakin stabil disebabkan tindakan pantas pihak Malaysia Airports.
Gangguan yang dianggap sebagai ‘bencana’ oleh mana-mana pihak pengurusan lapangan terbang itu telah mengganggu sistem operasi KLIA.
Semuanya perlu dilakukan secara manual dalam tempoh 2 hari lepas lalu menyebabkan lapangan terbang sesak dengan orang ramai yang beratur di kaunter check in.
Bukan itu saja, antara yang terjejas adalah sambungan WiFi, sistem paparan maklumat penerbangan dan sistem kendali bagi bagasi.
So just imagine, betapa ramai yang terkandas. Malah, orang ramai juga terpaksa ke KLIA 4 jam sebelum penerbangan untuk menguruskan diri.
Namun menurut Ketua Eksekutif Kumpulan Penerbangan Malaysia, semua sistem penting kini berjalan lancar. Pihak Malaysia Airports juga masih memantau kestabilan sistem.
Antara yang banyak membantu adalah Duta Airport CARE yang bekerja keras bagi memastikan keselesaan bakal penumpang. Mereka didapati mengedarkan roti, minuman teh dan kopi dari jam 6.40 pagi hingga 9.00 pagi tadi.
Terima kasih!
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untuk francais restoran seperti A&W untuk bertahan selama itu, ia adalah satu pencapaian yang diimpikan oleh mana-mana pemilik restoran dan kafe.
Berita mengenai penutupan cawangan ikonik A&W di Petaling Jaya (bersebelahan dengan stesen LRT dan Menara Amcorp) telah beberapa kali muncul.
Disebabkan sokongan yang tak berbelah bahagi oleh peminat A&W, ia berjaya dikekalkan dan jenama francais itu kembali diminati semula tatkala banyak saingan baru muncul.
Namun, A&W nampaknya perlu akur apabila mereka mengumumkan baru-baru ini mengenai penutupan cawangan Petaling Jaya itu.
Ia bukan disebabkan kurang mendapat sambut tetapi ia demi memberi laluan kepada projek pembangunan di tapak tersebut.
Kami difahamkan bahawa tanah tersebut yang dimiliki oleh Inter Mark Resources Sdn Bhd sebelum ini telah dipajak kepada Kasmuncak Holdings Sdn Bhd yang merupakan pemilik kepada rangkaian A&W di Malaysia sebelum ia diambil semula.
Walaupun cawangan kedua A&W itu hanya berbaki kira-kira 6-8 bulan saja lagi sebelum penutupannya, A&W turut mengumumkan mereka akan membuka lebih 20 cawangan baru di seluruh Malaysia sepanjang tahun ini untuk memudahkan pelanggan mereka merasai menu sedap daripada mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap orang ada cara tersendiri dan punyai minat yang berbeza-beza. Kalau peminat bunga bercakap-cakap dengan pokok meminta agar pokoknya berbunga, lain halnya dengan peminat tegar keranjang ini.
Siapa tak kenal dengan legenda bola keranjang Michael Jordan, terbar jersi yang dipakai Michael Jordan ketika meraih kejuaraan terakhirnya selepas beraksi pada Permainan 1 Pusingan Akhir NBA 1998, akan dilelong pada September depan.
Menariknya, jersi tersebut akan dilelong pada harga anggaran AS$3 juta (RM13.32 juta) dan AS$5 juta (RM22.20 juta).
Jersi merah Chicago Bulls yang ikonik, dengan nombor 23 dan nama Jordan di belakang, baru dua kali dipakai bintang itu ketika enam kejuaraannya.
Menurut Sotheby’s, walaupun Jordan menyumbangkan satu jersi kepada Muzium Nasional Smithsonian untuk Sejarah dan Kebudayaan Afrika-Amerika , namun kebanyakan jersi NBA Finals milik Jordan kekal milik persendirian.
Aksi bersama Chicago Bulls merupakan zaman kegemilangan Jordan sepanjang bergelar pemain bola keranjang profesional. – CGTN
Jersi itu mula-mula akan dipamerkan secara terbuka di Monterey, California sebelum dihantar ke New York, di mana peminat juga berpeluang melihatnya semasa lelongan secara dalam talian yang berlangsung bermula antara 6 hingga 14 September.
Walaupun anggaran Sotheby’s adalah lebih rendah daripada rekod yang dicatatkan pada Mei untuk memorabilia sukan paling mahal yang pernah dijual – AS$9.3 juta (RM41.30 juta) untuk jersi ‘Hand of God’ bintang bola sepak Diego Maradona, ia akan menjadi harga tertinggi untuk salah satu artifak Jordan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres versatil, Nabila Huda kini membuktikan dirinya bukan sahaja berbakat di layar perak, malah turut berjaya dalam dunia perniagaan makanan.
Rezeki berpihak kepadanya apabila produk...