Disebabkan penularan wabak Covid-19 yang masih berlaku, Malaysia menanguh penghantaran jemaah Haji ke Tanah Suci pada tahun ini. Namun, ia bukanlah penghalang bagi kita untuk beribadah dan mengejar keredhaan Allah pada bulan yang mulia ini.

Memang begitu banyak kelebihan Hari Arafah yang disambut setiap 9 Zulhijjah ini, iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha.

Hari Arafah, Hari Keampunan Dari Allah. Disunatkan Puasa Dan Waktu Paling Mustajab Berdoa

Berdasarkan rujukan terhadap Kalendar bulan Islam (Hijrah) dan Kalendar Masihi, tarikh 9 Zulhijjah 1442 Hijrah adalah bersamaan pada Isnin, 19 Julai 2021.

Malah esok, yang disebut juga sebagai Hari Wukuf disunatkan berpuasa sunat yang disebut juga puasa sunat Arafah. Di sebalik Hari Arafah ini, sebagai umat Islam ada sesuatu harus kita fahami iaitu insya Allah akan memperkenankan semua doa-doa yang kita pohon pada hari tersebut.

Ini diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

IKLAN

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,

“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”.

(Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu).” Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi

Lafaz Niat Puasa Hari Arafah Yang Betul

IKLAN

Hari Arafah, Hari Keampunan Dari Allah. Disunatkan Puasa Dan Waktu Paling Mustajab Berdoa

DOA PALING MUSTAJAB PADA HARI ARAFAH

Arafah dikenali sebagai tempat berdoa paling mustajab dan di situlah Nabi Muhammad SAW mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa. Menurut sumber, ada juga pendapat lain mengaitkan wukuf dengan wahyu yang diterima Nabi Ibrahim agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail.

IKLAN

Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (3509)]

Jadi marilah kita sama-sama menadah tangan dan berdoa kepada Allah supaya diangkat semua bala bencana, segala penyakit berbahaya dan dihilangkan pandemik Covid-19 ini dari muka bumi.

Semoga dengan usaha yang kita dalam menyempurnakan ibadah dan perbanyakkan amalan sunat dapat mendekatkan diri kita kepada Allah.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI