Piala Dunia 2022, Jungkook BTS Beraksi Dalam Pembukaan Pentas Di Qatar

Share

Kehangatan Piala Dunia 2022 Qatar makin dirasai..

Pejam celik, kejohanan terbesar dunia bola sepak Piala Dunia FIFA 2022 akan berlangsung kira-kira seminggu sahaja dari sekarang. Bersiaran langsung dari Qatar bermula 20 November 2022 untuk edisi ke-22 ini, perlawanan pertama di antara negara tuan rumah menentang Equador dijangka bakal disaksikan oleh berjuta-juta penduduk dunia.

ARTIKEL BERKAITAN : #GirlPower: Tiga Pengadil Wanita Berkaliber Akan Curi Tumpuan Di Piala Dunia Qatar 2022

Lagi menarik, salah seorang daripada ahli kumpulan BTS, Jeon Jung Kook atau lebih dikenali sebagai Jungkook diumumkan sebagai salah seorang selebriti yang akan menjadi pembuka majlis perasmian untuk Piala Dunia 2022 di Qatar.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pihak BTS pada 12 November yang lalu menerusi ciapan Twitter.

 

Lebih menarik lagi, Jungkook juga akan meminjamkan suaranya bagi runut bunyi (soundtrack) lagu Piala Dunia 2022.

“Kami berbangga mengumumkan bahawa Jungkook menjadi sebahagian daripada runut bunyi Piala Dunia 2022 serta membuat persembahan di majlis pembukaan. Nantikan,”tulis kenyataan daripada Big Hit Music.

Sumber: Si

Hal ini sekaligus membuatkan bintang terkenal itu akan beraksi pada hari pembukaan temasya sukan yang bakal berlangsung pada 20 November di Stadium Al Bayt yang terletak di Qatar.

Ahli kumpulan BTS terdiri daripada 7 orang dan Jungkook merupakan ahli termuda dalam kumpulan itu.Menerusi perkongsian ini ramai peminat terutamanya peminat BTS yang digelar sebagai ARMY teruja dengan berita tersebut.

Walau bagaimanapun pihak agensi BTS tidak mendedahkan lagi judul lagu yang akan dinyanyikan oleh Jungkook.

Wow, tak sabar kan nak lihat persembahan Jungkook nanti….hehe

BACA : Qatar Larang Penjualan Alkohol Sepanjang Perlawanan Piala Dunia 2022

Sumber : (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN