Baru-baru ini, satu petisyen yang dikenali sebagai “Undang-Undang Pencegahan Kim Soo Hyun” kini mendapat perhatian meluas apabila berjaya mengumpul lebih 50,000 tandatangan dalam tempoh singkat di laman rasmi petisyen Majlis Nasional Korea Selatan.
Dilaporkan, petisyen ini dimuat naik pada 31 Mac lalu dan sehingga jam 5 petang pada 7 April, ia telah menerima sebanyak 51,083 tandatangan dan telah melepasi syarat minimum untuk dipertimbangkan ke peringkat jawatankuasa.
Menurut sistem petisyen elektronik Korea Selatan, setiap permohonan yang mencecah 50,000 tandatangan dalam masa 30 hari akan disemak oleh jawatankuasa berkaitan. Jika diluluskan, ia bakal dibawa ke sesi Parlimen untuk dibahaskan dan mungkin diluluskan sebagai undang-undang baharu.
Menurut pemohon petisyen tersebut, petisyen ini digerakkan selepas kes mengejutkan yang melibatkan pelakon terkenal, Kim Soo Hyun dan pelakon Kim Sae Ron tular sehingga mendapat perhatian ramai pihak. Difahamkan, Soo Hyun dikatakan terlibat dalam jenayah seksual terhadap Sae Ron ketika beliau masih di bawah umur.
“Malangnya, undang-undang sedia ada hanya melindungi kanak-kanak berumur 13 hingga bawah 16 tahun, sedangkan definisi ‘kanak-kanak bawah umur’ dalam undang-undang Korea adalah di bawah 18 tahun,” tulis pemohon petisyen itu.
Dalam pada itu, ramai yang menyuarakan kebimbangan bahawa kelemahan undang-undang sekarang membuka ruang kepada pelaku untuk terlepas daripada hukuman, terutamanya dalam kes melibatkan pedofilia dan mangsa bawah umur. Justeru itu, pemohon mencadangkan agar had umur perlindungan dinaikkan serta hukuman diperketatkan.
Selain itu, orang ramai turut berharap agar nama “Undang-Undang Pencegahan Kim Soo Hyun” dijadikan simbol untuk mencegah kejadian seumpama ini daripada berulang, sekaligus meningkatkan kesedaran tentang pentingnya perlindungan terhadap remaja dan kanak-kanak dalam industri hiburan.
Sekadar info, kerjaya Kim Soo Hyun tergugat selepas keluarga mendiang Kim Sae Ron mendakwa bahawa mereka pernah menjalin hubungan selama enam tahun, dari 19 November 2015 hingga 7 Julai 2021 namun pihak pengurusan, Gold Medalist tampil menafikan dakwaan tersebut.
Pada awal April lalu, Kim Soo Hyun bagaimanapun tampil menafikan beliau tidak bercinta bersama Sae Ron ketika di bawah umur. Namun, mengaku menjalin hubungan selama setahun iaitu empat tahun sebelum drama ‘Queen of Tears’ ditayangkan. Kim Soo Hyun juga menegaskan bahawa dirinya bukan penyebab Sae Ron mengambil nyawa sendiri pada 16 Februari 2025.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selalu tengok kawan-kawan sering sangat pergi becuti, kadang timbul juga tanda tanya banyak betul duit dorang.
Bila tanya, katanya “Ala, beli tiket flight murah je”. Tapi kita cari sendiri tak jumpa pula. Macam mana mereka kata boleh dapat tiket murah?
Nah,berita baik untung korang yang lama nak travel tapi tak jumpa tiket yang murah. Kalau nak travel dengan jimat, jom cepat-cepat grab tawaran MAS ni.
Bermula hari ini, Malaysia Airlines (MAS) membuat jualan sempena Tahun Baru 2020 dengan menawarkan diskaun tambang sehingga 35 peratus bagi Kelas Ekonomi dan Perniagaan.
Tawaran itu berlangsung sehingga 20 Jan 2020 untuk perjalanan sehingga 31 Dis, 2020.
Ini bermakna, tambang kelas ekonomi ke Pulau Pinang, Langkawi dan Johor Bahru masing-masing bermula dari RM89, Kuching dari RM129, Kota Kinabalu dari RM179, Phuket dari RM219, Jakarta dari RM229 dan Bangkok dari RM259.
Jadi bagi mereka yang berhasrat memulakan tahun 2020 untuk meneroka budaya dan tempat baharu, boleh mengunjungi destinasi di India, China, Korea dan Australia, dengan kelas ekonomi dua hala ke Chennai dari RM899, Kochi dari RM699, Shanghai dari RM1,199, Seoul dari RM1,399, Brisbane dari RM1,599, London dari RM2,899 dan Auckland dari RM2,999.
Selain itu, Malaysia Airlines juga akan menawarkan tawaran nilai bundle hebat kepada pelanggan, dengan diskaun 20 peratus.
Menerusi nilai bundle ini, penumpang layak mendapat tambahan 10kg bagasi dengan kerusi standard.
Untuk pakej premium, penumpang layak mengakses KLIA Golden Lounge selain tempat duduk dengan ruang kaki tambahan.
Penawaran harga tambang istimewa itu dilaksanakan MAS bagi menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, agar pelancong dari seluruh dunia tertarik untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi percutian mereka seterusnya.
Untuk sebarang maklumat, boleh lawati laman web MAS di www.malaysiaairlines.com atau muat turun aplikasi Malaysia Airlines.
Bila dah tahu ada promosi ni rasanya nak pergi bercuti pula. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkongsi satu lagi pembaharuan masa terdekat yang akan dijalankan oleh kerajaan.
Mereka akan mengecilkan jumlah kementerian sedia ada kerana ada beberapa buah kementerian yang dilihat ‘redundant’ dari segi skop kerja. Antaranya termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Namun, beliau tidak menyatakan kementerian lain yang bakal terlibat dalam pemansuhan tersebut.
Satu persoalan yang bermain di minda ramai penjawat awam pada saat ini adalah, apa akan jadi dengan nasib mereka sebagai pekerja? Adakah mereka juga akan dipecat setelah kementerian masing-masing dimansuhkan?
Tun M dalam sidang media memberi jaminan jumlah penjawat awam tidak akkan dikurangkan. Sebagai alternatif, mereka akan dipindahkan mengikut kesesuaian agensi, mungkin ke kementerian lain ATAUPUN ke sektor swasta.
“Kita tidak akan gugurkan mereka selepas mereka bekerja sekian lama dengan kerajaan. Kita akan cari kaedah untuk tempatkan mereka di jabatan dan agensi lain. Ini bagi mengelakkan mereka hilang pekerjaan.
“Apabila jumlah kementerian semakin kecil, Ketua Setiausaha juga akan berkurangan,” jelas Tun M.
Tambah beliau lagi, situasi seperti ini bukanlah kali pertama berlaku. Dahulu, apabila Telekom diswastakan, kakitangan Telekom juga telah dipindahkan ke syarikat swasta untuk mengurangkan jumlah pekerja dalam kerajaan. Mereka masih mempunyai kerja, cuma dalam bangunan dan persekitaran yang berbeza.
* * * * *
Dalam pada itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan penamatan sebarang kontrak penjawat awam seperti yang ditularkan melalui media sosial.
Bagaimanapun, JPA tidak menolak kemungkinan berlaku penamatan disebabkan kontrak telah tamat tempoh, satu perkara biasa yang terjadi dalam perkhidmatan awam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem yang hangat diperkatakan di media sosial, KKN Di Desa Penari kini boleh ditonton oleh peminat di Malaysia kerana ia sudah pun ditayangkan di seluruh pawagam tanah air.
Filem ini asalnya akan ditayangkan pada awal tahun 2020, namun dek kerana situasi pandemik COVID-19 ia telah pun ditundakan sehingga tahun ini.
Apa yang menariknya, filem ini diangkat dari sebuah thread viral yang lagi heboh sekitar pertengahan tahun 2019, apabila sebuah akaun twitter yang hanya dikenali dengan sebutan @Simpleman menulis sebuah kisah misteri yang berlaku sekitar tahun 2009.
Tweet itu, langsung menjadi bualan para netizen yang tertanya-tanya wujud asli tempat dan kebenaran cerita misteri ini.
KKN Di Desa Penari mengisahkan tentang 6 pelajar dari sebuah kampus di Jawa timur melakukan program Kerja Kuliah Nyata (KKN).
Mereka adalah Ayu, Widya,Nur,Anton dan Bima. Mereka melaksanakan KKN selama 6 minggu di desa yang disebut Desa Penari ini. Empat dari enam tokoh utama dalam kisah ini diganggu oleh sosok dari dimensi lain di desa tersebut.
Kisah ini berakhir tragis dengan hilangnya nyawa dua mahasiswa peserta KKN, namun mereka tidak langsung meninggal pada saat mereka di perkampungan Desa Penari itu.
Sudah lama rasanya filem seram Indonesia tidak benar-benar memberi impak ketakutan yang begitu besar. Namun apa yang boleh kami katakan filem KKN Di Desa Penari ini bakal membuatkan korang merasai keseramannya dengan lakonan mantap oleh Tissa Biani, Aghniny Haque, Adinda Thomas dan Achmad Megantara.
Sejujurnya kami tidak pernah mengikuti kisah seram viral ini di laman sosial, namun setelah menonton filem ini membuatkan rasa ingin tahu yang mendalam tentang kisah sebenar yang berlaku pada sekumpulan pelajar ini.
Biasanya, filem seram Indonesia terkenal dengan sosok makhluk halus berwajah menakutkan dan dipenuhi dengan darah, namun dalam filem ini penonton tidak perlu melihat itu semua kerana jalan cerita dan setiap babak mendebarkan sudah cukup membuatkan mereka tidak senang duduk.
Nah, tak perlu lagi kami cerita panjang, korang boleh tonton sendiri di pawagam bermula hari ini. Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.