Sebuah pesta liar dipercayai berunsur songsang telah diserbu pihak berkuasa di sebuah banglo mewah di Kelantan baru-baru ini, mencetuskan kejutan dalam kalangan masyarakat yang masih berpegang teguh kepada nilai agama dan adat Timur.
Menurut laporan Kosmo, serbuan dilakukan hasil risikan pasukan penguat kuasa yang menerima maklumat daripada orang awam mengenai aktiviti mencurigakan yang kerap berlaku di banglo tersebut. Ketika serbuan dilakukan, lebih 20 individu lelaki berusia antara 20 hingga 30 tahun ditemui berada dalam keadaan mencurigakan, dengan sebahagian besar daripada mereka berpakaian mencolok mata dan berpeleseran dalam keadaan yang tidak senonoh.
Mohd. Yusoff bercakap pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. – Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAM / KOSMO!
Menurut kenyataan rasmi pihak berkuasa, pesta tersebut dipercayai dianjurkan secara tertutup dan bersifat eksklusif, dengan jemputan melalui media sosial. Beberapa barangan seperti minuman keras, bahan terlarang serta pakaian wanita turut dirampas, dipercayai digunakan oleh lelaki yang menyertai aktiviti peniruan jantina dalam pesta berkenaan.
“Siasatan awal mendapati mereka mengaku berminat dalam kegiatan songsang atau gay.
Mereka menjadikan banglo itu sebagai tempat berkumpul untuk majlis makan malam.
“Penyertaan ke majlis itu juga secara percuma. Ada antara mereka menghebahkan maklumat pertemuan itu di media sosial,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Ads
Mohd. Yusoff memberitahu, siasatan lanjut mendapati, lebih 100 lelaki berada di banglo itu sebelum serbuan dijalankan. Jumlah itu makin berkurangan selepas tengah malam.
Jelasnya, pemeriksaan di dalam banglo itu menjumpai ratusan kondom dan ubat virus kurang imun (HIV). Siasatan awal mendapati, tiada persetubuhan luar tabii berlaku di dalam rumah tersebut.
Isu Sosial Yang Makin Membimbangkan
Fenomena pesta liar dan budaya songsang yang semakin menular dalam kalangan remaja dan belia hari ini nyata membimbangkan. Lebih menyedihkan, apabila aktiviti seperti ini berlaku secara terbuka tanpa rasa takut atau hormat terhadap undang-undang serta sensitiviti masyarakat setempat.
Ads
Bagi negeri seperti Kelantan yang sinonim dengan imej Islamik dan pemeliharaan nilai-nilai tradisional, kejadian seperti ini amat mengejutkan. Ia seolah-olah mencabar norma sosial dan memberi isyarat bahawa gejala sosial dalam kalangan belia perlu ditangani dengan lebih serius.
Kejadian serbuan di banglo tersebut bukan sekadar berita, tetapi satu isyarat jelas bahawa kita sedang berdepan dengan cabaran besar dalam mendidik dan memimpin generasi muda. Majalah Remaja menyeru semua pihak ibu bapa, pendidik, pemimpin belia dan remaja sendiri agar berganding bahu dalam memperkukuh nilai moral dan akhlak dalam kalangan anak muda Malaysia.
Aktres terkenal tanah air yang juga ikon global, Tan Sri Michelle Yeoh, dilihat hadir ke Masjid Negara sekitar jam 11.15 pagi tadi bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Suasana di Dewan Solat Utama dilaporkan tenang dan penuh rasa hormat, apabila orang ramai turut hadir memberikan penghormatan kepada bekas Perdana Menteri kelima Malaysia itu.
Untuk info, istiadat penghormatan terakhir yang dijadualkan pada hari ini telah diawalkan kepada jam 10 pagi dan berlangsung sehingga jam 1 petang.
Jenazah Allahyarham dijangka akan disembahyangkan selepas solat Zuhur, sebelum disemadikan di Makam Pahlawan, bersebelahan dengan Masjid Negara.
Sebagai info tambahan, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima dari tahun 2003 hingga 2009, menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
SUMBER: Buletin TV3
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas istiadat persandingan Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar yang berlangsung pada 22, 23 dan 25 Ogos lalu, kini Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bakal menerima kehadiran seorang lagi menantu.
Menerusi perkongsian di aplikasi Facebook Kesultanan Pahang, istiadat perkahwinan Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah akan dilangsungkan pada 24, 25 dan 27 Oktober ini di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.
Dalam pada itu, turut memaklumkan, Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Adat Midodareni atau Majlis Suai Kenal yang diadakan di Taman Duta, pada Isnin semalam.
Majlis Adat Midodareni adalah salah satu acara sempena Istiadat Perkahwinan Putera Diraja Tengku Muhammad Iskandar dengan Tengku Natasya Puteri.
Terdahulu, baginda berdua turut berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Siraman di lokasi yang sama kelmarin.
Turut berangkat, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Tengku Panglima Raja, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah; Tengku Panglima Perang; Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah; Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah; Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Ilyana.
Tunku Azizah Aminah berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Tengku Natasya Puteri di Taman Duta pada Sabtu.
Sumber: Sinar Harian
Sumber Foto: FB Kesultanan Pahang
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang pekerja kedai makan berjaya mencipta kejayaan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2023) dengan meraih 9A menerusi peperiksaan besar itu.
Menurut Said Syazwan Said Rosnizam, kehilangan bapa tercintanya pada dua tahun lalu sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus belajar.
Malah, kepayahan ibunya yang mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga dengan bekerja sebagai kerani di sebuah bengkel kereta menjadi inspirasi untuk terus meraih keputusan cemerlang.
“Bila dapat keputusan, saya terus teringat arwah ayah, sedih sebab sewaktu masih hidup ayah banyak bagi motivasi dan inspirasi untuk teruskan belajar.
“Arwah ayah pun tahu saya dulu banyak main, tapi (pesanannya) suruh saya fokus waktu belajar dan dalam kelas. Kini saya bangga kerana dapat banggakan mereka,” katanya.
Dalam pada itu, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gambang itu memaklumkan memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas antara rahsia kejayaan, selain bijak membahagikan masa.
“Di rumah saya kurang belajar, lebih banyak masa bermain dan bersama keluarga namun, bila di sekolah saya selalu 100 peratus fokus kepada apa yang cikgu ajar.
“Saya juga akan terus bertanya kepada guru sekiranya tidak faham,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hubungan istimewa yang sekian lama menjadi teka-teki akhirnya terjawab! Pelakon popular, Bella Astillahdan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini selangkah lagi ke fasa baharu...