Selepas empat dekad mencipta legasi, Dewi Remaja kini kembali dengan edisi ulang tahun ke-40 yang cukup istimewa!
Bertemakan Pesonakan Bintangmu, musim kali ini memperkenalkan 12 finalis baharu Dewi Remaja 2025yang sedia memberi warna segar dalam industri hiburan tanah air.
12 Wajah Baharu, 12 Kisah Inspirasi
Barisan finalis kali ini hadir dengan kepelbagaian latar belakang, bakat dan personaliti, cerminan sebenar wajah remaja Malaysia hari ini.
Dheper, 23, Pulau Pinang
Pelajar psikologi dengan pengalaman ratu cantik antarabangsa, yakin mampu jadi suara inspirasi.
Nylea, 23, kuala lumpur
Penari etnik Sabah & Sarawak peringkat kebangsaan yang autentik dan penuh seni.
Camelia, 24, selangor
Pelakon muda berazam kukuhkan nama sambil kekal dengan keaslian diri.
Marisa, 20, Selangor
Finalis termuda bercita-cita jadi usahawan fesyen, membuktikan usia bukan penghalang.
Elisa Chew, 21, Pulau Pinang
Pernah memikul tanggungjawab keluarga sejak remaja, kini berani keluar zon selesa.
Ads
Teya, 25, Kuala Lumpur
Model bebas dan pelajar media sosial yang ceria walau pernah diuji diskriminasi.
Suhaila, 24, negeri sembilan
Latar belakang teater, impikan watak beremosi mendalam melalui seni lakon.
Ariana, 23, perlis
Bekas pemain bola sepak kebangsaan & penyanyi jazz, kini mengejar cita-cita sebagai pembaca berita.
Ellysa Ramlee, 19, Selangor
Berdarah kacukan Chindian-Melayu-Afghan, berbakat dalam seni lukisan & peragaan.
Sharmaine, 25, Sabah
Pelajar undang-undang cemerlang, jadikan kisah keluarga & kesihatan sebagai kekuatan.
Nelysa Kay, 22, kuala lumpur
Penyanyi, penerbit muzik & penari serba boleh dengan pesona seni kreatif unik.
Ads
Fittri, 24, perak
Sosok autentik dengan semangat daya tahan luar biasa.
Tonton Eksklusif Bermula 10 Oktober
Dewi Remaja 2025 akan bersiaran pada 10 Oktober 2025, jam 10 malam di Astro Ria (104) & Astro Go. Perjalanan mingguan finalis akan diwarnai tugasan, cabaran dan transformasi sehingga malam finale pada 28 November 2025.
“Sebagai saluran hiburan nombor satu di Malaysia, kami percaya Dewi Remaja 2025 akan terus memperkukuh posisi Astro Ria sebagai rumah kepada program realiti berprestij. Namun lebih daripada sekadar angka tontonan, yang penting adalah bagaimana program ini mampu menyentuh hati penonton dan memberi kesan positif kepada generasi muda. Inilah kekuatan sebenar Dewi Remaja”
-Idlan Zahari, Pengurus Saluran Astro Ria.
Lebih Banyak Konten Untuk Anda!
Selain program utama, penonton juga boleh enjoy dua lagi kandungan eksklusif:
•Diari Dewi Remaja – Mulai 6 Oktober, setiap Isnin jam 11 malam. Ikuti behind-the-scenes perjalanan finalis.
Ads
•Kapsul Dewi Remaja – Mulai 9 Oktober, setiap Khamis jam 10.55 malam. Sorotan mingguan & momen inspirasi.
40 Tahun Legasi Dewi
“Empat dekad lalu, Dewi Remaja menjadi titik mula bagi ramai nama besar yang kini mewarnai industri hiburan tanah air. Tahun ini, kami meraikan legasi itu dengan format baharu yang lebih dinamik, liputan kandungan yang lebih menyeluruh dan barisan finalis yang benar-benar berkualiti”
“Kualiti finalis tahun ini amat membanggakan. Mereka bukan sahaja cantik dan berketerampilan, tetapi hadir dengan bakat dan kisah peribadi yang penuh nilai inspirasi. Inilah definisi sebenar Dewi moden iaitu versatil, berdaya saing, berprinsip dan mampu jadi ikon remaja Malaysia”
-Fiezreen Ahmad, Ketua Unit Bisnes New Gen & Men’s Hobbies merangkap Pengurus Editor Remaja.
Jangan lupa, episod pertama Dewi Remaja 2025 bermula 10 Oktober di Astro Ria & Astro Go! Ikuti juga Diari Dewi Remaja setiap Isnin & Kapsul Dewi Remaja setiap Khamis untuk pengalaman penuh sepanjang musim.
Untuk kemas kini eksklusif, korang boleh terus ke 👉 www.remaja.my
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan, ramai gadis-gadis cantik mencuba bakat ketika Pencarian Dewi Remaja 2019. Bermula dari instafamous yang mempunyai follower berjumlah ratusan ribu, hinggalah kepada pelakon yang sudah pun mencipta nama dalam industri tanah air namun kesemuanya masih mahu mencuba nasib dalam pertandingan berprestij ini.
Ini kerana pencarian Dewi Remaja bukan melihat aspek kecantikan sebagai pemilihan utama tetapi apa yang paling penting adalah bakat. Jika ramai berpendapat penganjur mementingkan populariti atau jumlah bilangan follower, lihatlah peserta yang terpilih ke Top 12 ini. Adakah kesemuanya peserta glamor atau peserta underdog?
Nynna Bintang Iklan TV Komersial
Wajah cantiknya sering menghiasi kaca television malah sejak usianya 10 tahun lagi, Nurul Hanynaa Harizal atau mesra di sapa Nynaa Harizal sudah membintangi tv ikan komersial.
Memiliki wajah cantik, anak sulung dari tiga beradik ini yang kini berusia 23 tahun ini merupakan seorang graduan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan. Ketika waktu lapang, Nynaa gemar menunggang kuda dan bermain piano.
Bakal peguam terpilih ke Top 12
Baru berusia 21 tahun, Nur Nafissa Abdul Ghafar atau mesra disapa Adriana antara yang tersenarai dalam top 12 kali ini.
Adriana kini sedang menuntut di Universiti Malaya pengkhususan Sarjana Muda Undang-Undang.
Jika korang rasakan dia berminat menjadi peguam tapi nampaknya awal-awal lagi, Adriana yang berasal dari Johor ini bercita-cita menjadi seorang ahli motivasi khususnya yang memberi kesedaran tentang hak dan kepentingan wanita kepada orang ramai. Malah Adriana suka membuat kerja-kerja amal dan memiliki misi “To Give Back To Society”.
Embun nama Manja Norsyamira
Memang klasik nama manjanyakan, jarang digunakan lagi Tapi ternyata EMBUN adalah nama manja bagi Norsyamira Izzati Mohd Nazir. Tapi korang bolehlah panggil dia Syamira kerana Embun itu khas untuk ahli keluarganya.
Berasal dari Selangor dan berusia 22 tahun, anak bongsu dari dua beradik ini sedang menuntut dalam bidang ijazah sarjana muda Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara, Puncak Alam.
Meminati bidang pengacaraan, tutur katanya sangat tersusun apabila berbicara. Malah Syamira jadikan penyertaannya dalam Dewi Remaja sebagai batu loncatan untuk menjadi pengacara.
Hos Tv Sahut Cabaran Dewi Remaja
Jangan tak tahu, peserta akhir yang terpilih dalam senarai Top 12 dari 20 peserta berbakat kini sedang bekerja sebagai seorang hos dan wartawan untuk sebuah saluran digital.
Shaza Nuriman Mohamad Zamri, berusia 24 tahun bukan saja berbakat dalam bidang lakonan dan juga pengacaraan tetapi gadis manis yang berasal dari Kuala Lumpur ini banyak membintangi iklan komersil. Lebih mesra disapa Shaza Bae ini merupakan seorang graduan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Seni dari Universiti Malaya.
Doakan kesemua mereka berjaya untuk ke Top 5 sebelum dinobatkan sebagai Dewi Remaja kali ke 11 pada penghujung Disember nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ujibakat pencarian Dewi Remaja 2019 bakal bermula dalam tempoh 10 hari saja lagi.
Banyak momen penting yang akan peserta lalui semasa sesi ujibakat. Tanyalah kepada mana-mana finalis Dewi Remaja (atau Hero Remaja) terdahulu. Tentunya sesi ujibakat adalah antara yang tidak dapat mereka lupakan sehingga ke hari ini.
Seperti pada tahun lalu, ramai yang ingin mencuba nasib untuk merebut gelaran Dewi Remaja. Dan ada di antara mereka yang juga telab bergelar selebriti! Contohnya seperti Didi Astillah (penyanyi Teka Teki) dan Neera Azizi (pelakon).
Soalnya, kenapa?
“Sebenarnya dari kecil, Didi berminat dengan bidang peragaan, berinteraksi depan tv sebagai pengacara selain menyanyi tapi kurang berpeluang. Dewi Remaja mungkin boleh membuka peluang itu untuk Didi.
Tapi Didi tak rasa ke peluang tersebut lebih baik diberikan kepada peserta lain yang masih belum dikenali?
“Untuk Didi, Dewi Remaja bukan hanya untuk mereka yang fresh tetapi juga merupakan pengalaman yang tak semua orang akan dapat, termasuklah selebriti muda, influencer, model dan sebagainya.
“Jadi tak salah sekiranya Didi jadikan ia sebagai salah satu step dalam karier Didi, sekiranya terpilih.”
Didi Astillah
Bagi Neera Azizi pula yang pernah berlakon dalam drama popular seperti Sayangku Kapten Mukhriz dan Patahnya Sebelah Sayap, para juri juga tertanya mengapa Neera tak teruskan saja karier dalam bidang lakonan selepas dia dikenali oleh ramai produksi dan pengarah?
“Neera sudah lama tunggu peluang ujibakat Dewi Remaja dibuka. Ya, Neera pernah dipanggil untuk siri drama, photoshoot dan sebagainya. Tapi Neera rasakan pencarian ini mampu membuka lebih banyak peluang.
“Neera pernah bergelar atlet boling Pahang, Neera pernah menjadi pelakon pembantu. Dan Neera ingin bergerak lebih jauh lagi dalam bidang yang diceburi. Dan sebab itu, Neera datang bersama kakak, Zeera Azizi yang sejurus selepas itu terpilih ke Top 12.
Neera Azizi
Mereka mungkin popular, ada followers dan pernah bergelar penyanyi atau pelakon. Tetapi nampaknya masih nak sahut cabaran Dewi Remaja untuk pergi ke tahap yang lebih baik.
Korang rasa, ada tak selebriti yang akan ke ujibakat Dewi Remaja 2019, September ini?
*
Hey Girls, We’re Back!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan usahawanita popular, Noor Neelofa dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan PU Riz selamat menimang seorang cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan ibu negara, jam 10.5 malam kelmarin.
Haris tampil memaklumkan bahawa keadaan ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat. Ini juga merupakan cahaya mata kedua pasangan tersebut setelah mereka anak sulung mereka, Muhammad Bilal dilahirkan pada 29 Januari 2022.
Memetik kenyataan rasmi yang diserahkan kepada pemberita, dia berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
“Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT. Macam anak sulung dulu, kali ini pun saya berada di sisi isteri sepanjang proses bersalin itu. Dia memang kuat.
“Apa pun, terima kasih kepada keluarga dan semua yang sentiasa menitipkan doa buat kami sekeluarga,” ujar Haris.
Sementara itu, mereka hanya akan berkongsi nama bayi ini selepas genap tujuh hari selepas hari kelahirannya.
“Semoga kehadiran anak kedua ini selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa.
“Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang. Semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya Insya-Allah,” katanya.
Tahniah Neelofa, Haris dan Bilal! Semakin meriah keluarga juara Dewi Remaja 2009/2010 ini ya, hehe..
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!