Buat pertama kalinya uji bakat pencarian Hero Remaja dilakukan secara online akibat situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara. Bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2021, Remaja menerima ratusan penyertaan dan hanya yang terpilih dipanggil untuk hadir pada sesi uji bakat Stage 2 di bangunan Nu Ideaktiv.

Seorang peserta uji bakat Hero Remaja 2021 baru-baru ini telah tular kerana kenyataannya “Ingin mengubah dunia” mencuri perhatian netizen.

Menerusi sebuah video di TikTok Majalah Remaja, seorang perserta yang dikenali sebagai @imannorhizam menjawab soalan wartawan, kenapa korang nak sertai Hero Remaja 2021? Iman lantas menjawab, “Nak bawa perubahan kepada dunia”.

@majalahremajaAudition Hero Remaja 2021 (day2) ##heroremaja ##heroremaja2021 ##majalahremaja ##pencarianheroremaja ##fyp ##fypシ♬ original sound – Majalah Remaja

IKLAN

Jawapannya itu menjadi viral di media sosial.

Peserta Uji Bakat Hero Remaja 2021 Jadi Viral Sebab ‘Nak Ubah Dunia’, Ini Penjelasan Sebenar

Peserta Uji Bakat Hero Remaja 2021 Jadi Viral Sebab ‘Nak Ubah Dunia’, Ini Penjelasan Sebenar

IKLAN

Pemuda ini ditemui pada hari uji bakat Hero Remaja 2021 di Stage 3 dan kami sempat bertanyakan kepadanya tentang isu viral berkaitan jawapan yang telah diberikan oleh Iman.

“Banyak sebenarnya orang DM dan WhatsApp. Ada yang komen positif dan negatif tapi sebenarnya Iman kata nak ubah dunia tu adalah daripada segi paling besar, mentaliti. Dalam hidup Iman ni memang pegang dua prinsip, iaitu saya inginkan persekitaran dijaga dengan baiik dan masyarakat menggunakan teknologi terkini dengan berhemah,”

Peserta Uji Bakat Hero Remaja 2021 Jadi Viral Sebab ‘Nak Ubah Dunia’, Ini Penjelasan Sebenar
Instagram: imannorhizam

So, pada Iman platform Hero Remaja ini besar. Saya lihat platform ini dapat memberikan peluang untuk saya untuk menunjukkan nilai positif kepada seluruh masyarakat. Bagi komen-komen negatif pula, saya juga terhibur melihat kreativiti mereka. Sebenarnya saya cuba elak untuk membaca kesemua komen negative tersebut, hanya membaca beberapa komen sekadar untuk mengetahui apa yang berlaku,”

IKLAN

“Sebenarnya, jawapan yang Iman bagi nak mengubah dunia itu adalah a split second answer dimana wartawan bertanyakan secara random kepada peserta secara bergilir-gilir dalam masa serentak. Jadi bila turn saya, saya pun jawablah seperti apa yang pertama sekali terlintas difikiran. Saya bukan jawab untuk dapatkan publisiti,” jelas Iman lagi.

Diharap Iman tidak mengambil hati dan jadikan ini sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya dalam membuktikan impiannya ini.

Apa-apa pun selamat maju jaya buat Iman dan kesemua peserta uji bakat Hero Remaja tahun ini. Kita lihat siapa yang bakal dipilih menjadi top 12 finalis Hero Remaja 2021 nanti.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI