Peserta Miss Universe New Zealand Ini Anggap Insiden Tembak Umpama Mimpi Ngeri

Share

 

Tidak mudah bagi umat Islam di Malaysia terutamanya untuk menerima berita insiden tembak secara rambang yang berlaku semalam di Christchurch New Zealand.

 

Apatah lagi umat Islam yang berada di negera itu dan menganggap New Zealand sebagai ‘rumah’ mereka.

Bercakap dengan rakan media di NONA hari ini, anak kelahiran Malaysia iaitu Nurul Zuriantie Shamsul menganggap kejadian yang berlaku di Masjid Al-Noor, Hagley Park dan Masjid Linwood sebagai mimpi ngeri yang sukar sekali untuk diterima oleh penduduk di New Zealand.

Walaupun kini menerap di Hamilton North Island (kira-kira 677 km dari Christchurch), Nurul secara peribadi turut terkesan dengannya.

”Pada waktu kejadian, saya sedang berkeseorangan menunaikan solat Zuhur di sebuah masjid berdekatan dengan rumah. Hanya selepas 10 minit ia berlaku, saya mendapat tahu mengenai berita itu.

”Terus tegak bulu roma kerana tak menyangka ia akan berlaku di dalam kawasan masjid. Bimbang juga jika mereka boleh berada di masjid di sini (North Island).

My heart breaks completely. Kejadian semalam bukan saja tindakan kejam di mata umat Islam tetapi juga di mata masyarakat sedunia. Walaupun tindakannya tak mencerminkan New Zealand selamat dan tenang seperti yang saya kenali sejak 16 tahun lalu, saya percaya ia tidak berjaya untuk meruntuhkan moral masyarakat New Zealand yang cintakan keharmonian budaya dan agama,” kata peserta Top 5 pertandingan Miss Universe New Zealand 2018 itu.

BACA: Semua Video Dengan Klip FB Live Pengganas Christchurch Dipadam Satu-Persatu 

Tambahnya lagi, “Mari kita sama-sama doakan kesejahteraan ahli keluyarga mangsa dan semoga Allah mengurniakan darjah tertinggi Syurga buat mereka yang terkorban. Kepada rakan-rakan seIslam saya di New Zealand, jaga diri dan kuatkan iman. Semoga Allah melindungi kita semua di jalan yang benar. Amin.

”Saya percaya kita perlu pelajari untuk menerima perbezaan sesama kita untuk mengenali erti hormat,” kata gadis Melayu berusia 21 tahun itu.

 

IKLAN