Pelbagai latar belakang peserta telah mewarnai jelajah uji bakat Dewi Remaja 2022 sepanjang ia dilangsungkan di Johor Bahru dan Kota Kinabalu pada dua minggu yang lalu. Ada yang sudah berkerjaya, ada yang masih bergelar mahasiswa. Malah ada juga yang sudah bergelar selebriti media sosial dengan jumlah pengikut yang telah mencapai puluhan ribu orang.
Dalam kelompok peserta tersebut, rupa-rupanya ada juga yang memiliki raut wajah menyerupai beberapa selebriti popular.
Gadis yang dikenali sebagai Tracie Sinidol ini merupakan salah seorang peserta yang telah REMAJA temui baru-baru ini di Kota Kinabalu, Sabah.
Sekilas pandang, akan ada yang tersalah anggap peserta ini mirip Mira Filzah! Bahkan kongsinya, beberapa insan lain turut menyatakan wajahnya kelihatan persis pelakon Diana Danielle dan pelakon Hong Kong, Angelababy.
Tracie beranggapan pendapat tersebut bersifat positif dan dia sendiri merasa terharu apabila ada yang menyamakannya dengan tiga selebriti popular itu.
Ads
Begitupun, peserta yang memasang cita-cita sebagai seorang pelakon ini tidak sesekali merasakan raut wajahnya sahaja mencukupi untuk mara ke hadapan.
“Dari pandangan saya sendiri, saya tidak nampak dari sudut mana kami sama. Tetapi apabila disamakan dengan Mira Filzah, ada yang berkata ia disebabkan bentuk mata kami yang seakan sama apabila tersenyum. Mungkin dalam beberapa angle gambar kelihatan sama tetapi bila lihat depan-depan, tidak pun. Dua-dua pun ada keunikan sendiri.
“Mengenai persamaan dengan Angelababy pula, ia mungkin disebabkan mata kami yang besar,” katanya yang menerima sokongan luar biasa daripada pengikut dunia ratu cantik apabila memutuskan untuk hadir ke uji bakat Dewi Remaja 2022.
Ads
Tidak menafikan pernah berbangga apabila kisah wajahnya yang dibandingkan dengan Mira Filzah tular di media tempatan tidak lama dahulu, Tracie bagaimanapun berharap agar orang ramai dapat melihatnya sebagai Tracie Sinidol selepas ini.
“Apabila kerap digelar sebagai ‘kembar Mira’, susah untuk saya berdiri atas nama sendiri. Terus orang tidak dapat cam identiti saya. Oleh itu, jika terpilih untuk Dewi Remaja kali ini, saya berharap orang ramai dapat melihat potensi saya lebih daripada sekadar ‘kembar Mira,” ulas Tracie yang pernah bergelar peserta pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau 2021.
Penyertaan Tracie dalam uji bakat pencarian Dewi Remaja 2022 ini berbekalkan misi untuk melebarkan peluang berkarya dalam bidang lakonan dan peragaan; selain menimba pengalaman serta terus memperbaiki dirinya menjadi individu yang lebih baik.
Ads
Fun Fact!Mira Filzah sebenarnya pernah menyertai uji bakat Dewi Remaja 2014/2015 sebagai peserta 0001 ketika ia dianjurkan di bangunan Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam. Namun, rezeki Mira ternyata berada di luar kepompong pencarian ini apabila dia pantas membina nama sebagai seorang pelakon, pengacara dan model.
Adakah korang rasakan Tracie layak bergelar finalis Dewi Remaja 2022? Sama-sama kita nantikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jarang sekali untuk peminat Izara Aishahmenyaksikan idola mereka itu muncul dalam sesi Instagram Live. Izara sendiri mengakui masih kekok untuk mengendalikan sesi seorang diri di platform media sosial tersebut.
Lantas apabila mendapat peluang untuk muncul bersama-sama rakan seangkatannya, Noor Neelofadi Instagram Live baru-baru ini, Izara menerima juga pelawaan tersebut. Ia bukan sesi biasa-biasa memandangkan Izara merupakan wajah kempen Naelofar 2022. Sambil mempromosikan koleksi terbaru Naelofar, kedua-dua rakan Dewi Remaja 2009/2010 ini sempat mengimbau kembali pengalaman mereka semasa melangkah masuk ke pencarian tersebut.
Peminat setia Neelofa dan Izara pastinya tahu mengenai pembabitan mereka sebagai model komersil seawal usia belasan tahun selepas menamatkan persekolahan.
Buat Neelofa yang memerlukan kerjaya sebagai model pada usia 18 hingga 20 tahun, kehidupannya sibuk membabitkan diri dalam bidang peragaan komersil akhbar dan iklan televisyen demi portfolio di samping menimba pengalaman.
“Masa itu kita berada di bawah agensi bakat sama dan rapat dengan individu yang sama iaitu abang Zul. Beliau jugalah yang menggalakkan kami menyertai Dewi Remaja. Di situlah kita mula saling mengenali dan menyertai pencarian yang sama.”
Dewi Remaja 2009/2010, Noor Neelofa.
“Walaupun ‘bertanding’, kita berdua masih lagi baik dan asyik berkepit sama (ketawa),” kongsi Neelofa sebelum menyambung,
“I would saya perjalanan Dewi Remaja selama dua tahun itu (2009/2010) was a good platform for both of us.”
“Seperti sekarang, Izara telahpun banyak berlakon filem dan cukup terkenal dalam industri seni. Dan Izara boleh gunakan pengalaman itu untuk perniagaan Izara yang akan datang, InsyaAllah,” simpul Neelofa.
Mengimbas semula pengalaman di usia 17 tahun, Izara pada awalnya terkejut apabila diberitahu oleh pengurusnya (Abang Zul) bahawa namanya telah disenaraikan untuk pencarian Dewi Remaja. Izara yang pada waktu tersebut tidak begitu terdedah dengan pencarian ini merasa lega setelah melihat Neelofa turut menyertainya dan, “terus duduk dengan kak Lofa.”
Pemenang tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010, Izara Aishah.
“I was so young, takutlah buat perkara yang kita tidak tahu. Icha pun terkejut kerana pada waktu itu masih dalam tahun SPM, tingkatan lima. I just go with the flow dan bila tengok kak Lofa ada, terus duduk dengan kak Lofa,” kata ibu kepada Irisa Alaia ini.
Untuk pengetahuan, Neelofa menjuarai pencarian Dewi Remaja 2009/2010 manakala Izara Aishah bergelar Naib Juara. Tempat ketiga pula telah disandang oleh Shangkaree Nadarajan. Sementara itu, Ramona Zam Zam dan Iraa pula melengkapkan kedudukan finalis Top 5.
Korang rasakan korang mampu meneruskan legasi Neelofa dan Izara Aishah serta menjadi sebahagian daripada keluarga besar pencarian Dewi Remaja? Jangan lepaskan peluang menghadiri uji bakat Dewi Remaja 2022 terakhir bertempat di bangunan Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam pada 26 dan 27 Mac ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Beliau yang didiagnos dengan kanser kolon peringkat 3 pada tahun 2016 bergelut dengan penyakit tersebut sehingga ia perlahan-lahan merebak ke peringkat 4 dalam tempoh 4 tahun ini.
Langsung tidak pernah menunjukkan bahawa beliau sedang sakit apabila sentiasa muncul di acara anugerah dan masih terlibat dalam penggambaran filem.
Jom kita lihat mesej daripada beberapa pelakon francais filem Marvel di bawah.
Brie Larsson (Captain Marvel)
“Chadwick ialah seorang yang tenang, seorang yang akan mengambil masa untuk melihat keadaan kamu dan suka berikan kata-kata semangat sekiranya kami merasa tak pasti.
“Saya berbangga mempunyai memori, gelak tawa bersama beliau. Chadwick tidak akan dilupakan.”
Chris Evans (Captain America)
“Saya amat kecewa, ini lebih daripada kecewa. Chadwick ialah seorang yang istimewa, original, komited dan seorang artis yang tidak pernah berhenti belajar. Tidak ramai penghibur mempunyai kuasa dan versatiliti seperti beliau. Rest in power, King.”
Zoe Saldana (Gamora)
“Rest in Power King T'Challa. Hati saya berat apabila mengetahui tentang berita ini. Saya akan memberitahu anak lelaki saya mengenai kamu selamanya. Chadwick adalah salah seorang lelaki paling berkelas yang pernah saya temui. Saya amat mengharga beberapa minit yang kita kongsikan di dalam skrin. May the Universe deliver you to your promise land brother."
Mark Ruffalo (The Hulk/Bruce Banner)
“Tragedi yang berlaku pada tahun ini membuatkan kehilangan Chadwick Boseman lebih dirasai. What a man, seorang yang amat berbakat. Rest in Power, King”
Chris Pratt (Peter Quill/Star-Lord)
“Ini adalah berita yang amat mendukacitakan. Kami doakan kesejahteraan seluruh ahli keluarganya. Dunia ini twlah kehilangan seorang yang berbakat dan seorang yang hebat.”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nursyamira Izzati Mohd Nazir atau lebih dikenali sebagai Syamira merupakan seorang finalis yang berjaya memecahkan rekod pencarian Dewi Remaja kerana menjadi peserta berhijab pertama yang beraksi di pentas final.
Sepanjang penganjuran Dewi Remaja selama 10 musim terdahulu, banyak perubahan telah berlaku dan antaranya apabila edisi 2014/2015 yang dimenangi oleh Raysha Rizrose memecah sejarah menjadi edisi pertma yang membenarkan peserta berhijab untuk menyertai pencarian.
"Alhamdulillah saya telah berjaya membuktikan bahawa peserta berhijab juga mampu untuk bersaing dalam pertandingan seumpama ini. Secara jujurnya tidak mudah kerana menjadi finalis itu sendiri pun, ada ramai yang memandang tingkah laku kami. Apa lagi, saya seorang yang berhijab. Tapi pada saya, apa yang penting kamu perlu tahu yang kamu bukan hanya seorang yang berhijab tetapi kamu adalah seorang Muslim,"
"Pada saya ini bukan soal menjaga nama wanita berhijab, tetapi ia lebih kepada menjaga nama agama. Jadi kalau kamu membawa diri sebagai seorang Muslim, insyAllah semuanya akan baik-baik sahaja,"
"Kalau ada tersilap sana sini tu biasalah, kita hanya manusia biasa. Tiada yang sempurna," jelas anak bongsu dari dua beradik ini.
Pengalaman dijuri oleh Neelofa
Bercerita tentang pengalamannya dengan Dewi Remaja, gadis ini mengakui bahawa sewaktu umurnya 17 tahun, disebabkan ingin berjumpa dengan Neelofa, dia telah pergi ke sesi uji bakat Dewi Remaja ketika itu.
"Saya tahu memang tidak akan terpilih kerana pada waktu itu umur saya baru berusia 17 tahun. Namun begitu, disebabkan Neelofa menjadi juri dan saya teringin benar untuk berjumpa dengannya, saya pergi juga uji bakat, " jelasnya sambil tertawa kecil.
"Saya ingat lagi Neelofa pesan nanti dah habis belajar awak datang semula. Saya terlepas sesi uji bakat tahun lalu dan Alhamdulillah, tahun ini saya telah dipilih menjadi salah seorang daripada finalis Dewi Remaja,"
"Mula-mula saya rasa macam tak percaya sudah sampai hingga ke tahap ini. Tapi, saya tetap rasa gembira dan bersukur kerana telah diberi kepercayaan untuk menonjolkan bakat yang ada," tambahnya lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.