Sesi uji bakat pencarian Dewi Remaja 2022 telah pun bermula hari ini di Hotel Thistle, Johor Bharu dan team Remaja akan berada di sana sehingga esok.
Kelainan yang kami bawakan pada edisi kali ini adalah dengan melakukan pencarian di empat lokasi berbeza termasuklah Johor Bharu, Sabah, Pulau Pinang dan Shah Alam. Seperti biasa, peserta yang hadir perlu mengisi borang secara online serta mencetak borang tersebut dan harus dibawa ke lokasi uji bakat pilihan mereka.
Ads
Peserta perlu melalui tiga peringkat pertama sebelum disenarai pendek jika berjaya menambat hati juri di Stage 3. Antara juri jemputan edisi Johor Bharu ini, kami mengundang bekas finalis Dewi Remaja yang lalu, Aween Ismail dan Syamira Nazir serta Awal Ashaari dan Keanu Azman.
Ads
Bagi gadis yang berusia 18 tahun hingga 25 tahun, korang masih lagi berpeluang ke Hotel Thistle Johor Bharu untuk hadir sesi uji bakat yang bakal berlangsung sehingga esok (6 Mac 2022). Jangan lepaskan peluang ini kerana korang tidak perlu lagi bersusah-payah turun ke Shah Alam bagi menghadiri pencarian Dewi Remaja kali ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Begitulah yang dapat digambarkan apabila pelakon terkenal yang juga merupakan bekas juara Dewi Remaja 2006, Scha Al-Yahya kembali menjadi juri pertandingan pencarian bakat dan personaliti Hero Dewi Remaja 2023.
Dirinya yang dulu diadili oleh Pak Nil atau nama penuhnya, Datuk Aznil bin Haji Nawawi kini berdiri seiring ikon pengacara itu sebagai barisan juri dan mentor kepada finalis Hero Dewi Remaja tahun ini.
Pak Nil yang ditemui ketika penggambaran episod 2 Hero Dewi Remaja turut berkesempatan mengimbas kembali kenangannya ketika melihat pelakon Awan Dania tersebut di atas pentas pada tahun 2006.
“Sampai sekarang saya masih ingat jawapan yang diberikan oleh Scha pada pusingan akhir Dewi Remaja 2006. Scha punya jawapan agak mengejutkan bagi saya kerana dia merendahkan dirinya dan berkata bahawa berbanding dewi-dewi lain, dirinya yang paling tidak menyerlah dari segi kecantikan.
“Saya dekat bawah rasa terkejut sebab saya dan Yusof Haslam ketika itu merasakan dia lah dewi yang paling menyerlah dan sebab itu jugalah kami bersetuju untuk mengangkat dia sebagai juara,” jelasnya.
Scha yang berada di sisinya ketika sesi temuramah berlangsung turut kelihatan terkejut mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh pengacara nombor satu Malaysia itu,
“Terus terang ini adalah kali pertama Scha dengar kenapa saya dipilih, tapi memang betul saya rasa out of place, saya memang rasa ketika itu saya tidak layak untuk berada disitu.
“Berdirinya Scha di sini disebabkan oleh doa mak kerana dari awal dia yang suruh Scha masuk. Bahkan makcik saya, Sheril Aida juga banyak membantu kerana dia terdahulu juga merupakan finalis dewi remaja pada tahun 1985,” komennya.
Peralihan zaman dan faktor teknologi yang semakin maju juga menjadi asbab mengapa anak muda kini patut merebut peluang yang ada secepat mungkin.
“Anak-anak sekarang ini beruntung, diorang tahu makna persaingan sebab mereka banyak contoh-contoh terdahulu untuk dilihat dan dijadikan rujukan. Mereka tahu pakej apa yang diperlukan untuk bergelar juara,” komen anak seni yang dilahirkan pada tahun 1962 itu.
“Zaman dulu kami struggle kerana tiada reference untuk dirujuk, tiada tunjuk ajar, tiada visual dalam kepala yang boleh kami ikut. Hanya mampu ikut gerak hati dan judgement sendiri,” tambah Scha Al-Yahya.
***
Sekadar info, pencarian Hero Dewi Remaja 2023 akan ditayangkan menerusi lapan (8) episod bermula 10 November, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Episod ketiga Dewi Remaja 2019 berlalu lagi pada minggu ini dan seperti biasa, seorang lagi peserta perlu meninggalkan pencarian.
Model dan graduan Psikologi, Nina Amin menjadi finalis kedua yang tersingkir selepas Yusmyra Natasya pada minggu lalu.
Dalam episod yang bersiaran semalam di saluran Astro Ria & Ria HD, 11 orang finalis diberikan cabaran lakonan bersama mentor mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini iaitu ‘Ibu’ Fauziah Nawi.
Untuk cabaran pertama, Nina dan ahli kumpulan, Syamira Izzati berjaya untuk menyakinkan Ibu dengan lakonannya sebagai ‘Dukun & Pontianak’ (meskipun tidak ditunjuk dalam episod semalam).
Nina dipilih sebagai pemenang cabaran tersebut dan memilih skrip teater ‘Tentang Bulan’ bersama ahli grup seperti Syamira, Azra, Shaza Bae, Sharlina Gilbert dan Dian Fernandez.
Namun menurut juri yang menilai, lakonan Nina sedikit dibayangi oleh finalis lain yang lebih menyerlah di pentas Istana Budaya tersebut. Walaupun Nina berjaya membawakan watak Rindu itu, namun ia tidak memadai untuk menyelamatkannya ke episod keempat.
Bak kata Ibu Fauziah Nawi, “Anda semua telah melakukan tugasan yang mustahil; iaitu untuk berlakon di pentas teater dengan persediaan beberapa hari saja.
”Semuanya boleh berlakon bagi Ibu, tetapi mungkin kerana finalis lain melakukan tugasan dengan lebih baik, seseorang harus berada di bawah.”
”Secara keseluruhan Nina berpuas hati dengan pencapaian dan pengalaman dalam Dewi Remaja 2019. Cuma of course, Nina sedikit kecewa dengan keputusan di episod ketiga ini.
”Apapun, Nina ingin berterima kasih kepada semua kru dan produksi yang memilih Nina sebagai salah seorang finalis kali ini. Dan kepada 11 orang finalis dan kawan Nina di dalam Dewi Remaja 2019, terima kasih kerana selalu berada bersama Nina.
”Terima kasih kepada supporters terutamanya kepada keluarga Nina sendiri yang sentiasa push Nina ke hadapan dan percaya dengan potensi Nina.
”Jika ada rezeki tak ke mana. Doakan Nina selepas ini,” katanya yang juga mempunyai bakat besar dalam bidang peragaan.
*
Bagi korang yang terlepas untuk menonton episod ketiga Dewi Remaja 2019, korang boleh menyaksikannya di aplikasi Astro Go. Ataupun menonton siaran ulangan pada hari Selasa, jam 1.30 petang di Astro Ria (104) dan Ria HD (123)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecantikan itu adalah perihal yang amat subjektif. Yang cantik di luar tidak semestinya cantik di dalam dan sebaliknya.
Hantaran tular oleh Majalah Remaja berkaitan solekan 16 orang finalis pencarian Dewi Remaja 2022 pada minggu lalu di media sosial bertukar tular dalam tempoh seminggu dek banjiran komen warganet yang rata-rata menabur persepsi negatif terhadap foto yang dimaksudkan.
Lantas, ia hangat diperkatakan di ruangan portal serta media sosial sehinggakan beberapa personaliti terpanggil untuk memberi pendapat mereka berkenaan hal ‘face shaming’ ini termasuklah penyanyi rap serta usahawan, Caprice.
Menerusi hantaran video terbaru di akaun Instagram, Caprice menjelaskan mengapa perihal kecantikan tidak wajar diukur dari rupa luaran sahaja; apatah lagi dihukumi menerusi satu hantaran kompilasi foto di media sosial.
“Malaysia, kecantikan bukan dari segi rupa sahaja. Ia boleh diukur dari segi cara mereka bawa diri, cara mereka fikir. Cara mereka bekerja (dan) perangai. Semua ini boleh buat seseorang lebih cantik.
“Kena ingat, kecantikan dari rupa sahaja mana boleh bawa sampai tua tetapi akal, cara kita fikir (dan) cara kita bawa diri dan perangai semua boleh dibawa sampai kita mati. InsyaAllah,” ujarnya.
Tambah Caprice lagi secara sinis, warganet yang galak menabur komen-komen negatif sedemikian ibarat tidak mencerminkan diri sendiri terlebih dahulu.
“Kepada makcik-makcik yang kecam mereka semua, face shaming. Saya nak tanya sikit, saya bagi korang gosok gigi. Ada cermin ke tak?
“Kepada pakcik-pakcik yang kecam mereka semua, saya faham kenapa korang stres.
“Sebabnya hari-hari selepas korang balik kerja, korang kena jumpa bukan Jennifer Lopez tapi Jennifer Londeh. Saya faham korang stres. Sebab itu korang luahkan peraaan benci atau marah,” selorohnya.
As the saying goes, beauty is definitely in the eyes of the beholder.
Namun, kecantikan sejati yang tidak boleh diperkotak-katikkan atau dibuat ‘wayang’ adalah kecantikan jiwa dalaman serta akal fikiran.
Selain Caprice, pemenang tempat kelima Dewi Remaja 2019 Shatirah Amanda turut tampil memberikan pandangannya mengenai isu kecantikan menjadi bahan kecaman ini.
Sehingga kini, hantaran oleh Majalah Remaja itu telah menerima lebih 2500 komen dan lebih 2100 ‘share’ di Facebook.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!