Persaingan sengit dalam pertandingan pageant kini bukan saja terarah kepada peserta lelaki.
Malah kini, pertandingan yang melibatkan peserta lelaki juga semakin menjadi perhatian sedunia.
Harapan besar Malaysia kini berada di bahu Danial Hansen yang sedang bersiap sedia mewakili negara ke Mr Tourism World 2020. Dijadualkan akan berlangsung pada Januari 2020 di Malta, Danial yang kini berusia 24 tahun berkata pertandingan ini bukan saja mementingkan paras rupa.
Malah kini, kriteria ilmu pengetahuan dan personaliti menarik juga penting bagi menyakinkan juri.
Foto: IZWAN ZAINAL
“Di atas pentas kelak, saya tiada masa untuk teragak-agak kerana di situlah faktor kebijaksanaan dan personaliti saya bakal teruji.
Ads
“Sebagai contoh, kini saya sedang mendalami subjek pelancongan yang berkait rapat dengan Mr Tourism
“Saya juga sedang giatkan lagi latihan di gym bagi mendapatkan berat badan ideal secara natural. Sepanjang 4 tahun ini, latihan saya dipantau rapat oleh ayah saya yang juga merupakan jurulatih. Hasil displin ini memang menunjukkan impak.
“Jadi kini saya sedang teruskan latihan selama 6 kali seminggu, 2 jam bagi setiap sesi,” kata Danial yang menolak penggunaan steroid kerana takutkan kesan jangka panjang.
Ads
Danial Hansen untuk Majalah Remaja isu Okt-Dis 2019.
Kini seperti peserta lain di Mister Tourism memerlukan sokongan korang untuk mengundinya bagi pertandingan ini.
Kategori ‘The World Choice Award’ ini memberi peluang untuk Danial mendapatkan tiket fast track ke pusingan seterusnya semasa finale Mister Tourism pada 11 Januari kelak.
Cara adalah dengan melawat Facebook & Instagram Mister Tourism World Official dan berikan like sebanyak yang mungkin di foto Danial (seperti di atas). Senang kan?
All the best kepada Danial!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jadi selebriti ni bukan selalunya rich and famous!
Ada juga selebriti yang satu ketika dahulu berjaya namun disebabkan sesuatu yang tak dapat dielakkan, mereka jatuh muflis.
Remaja bawakan 6 selebriti yang berdepan dengan masalah kewangan dan jatuh muflis.
Michael Jackson
Dipercayai Michael berhutang sebanyak RM1.6 billion sebelum meninggal dunia. Malah rumah viral berbentuk Neverlandnya itu.
50 Cent
Rapper ini memfailkan dirinya muflis pada tahun 2015 lalu setelah terpaksa membayar pampasan kepada wanita yang dia muat naik video seksnya sebelum ini.
Nicolas Cage
Dia harus membayar RM 24.6 juta cukai kepada Internal Revenue Service (IRS) malah dia juga terpaksa menjual barang-barang peribadinya termasuklah komik berharga miliknya.
Pamela Anderson
Bintang Baywatch ini terpaksa menjual rumahnya di Malibu berjumlah RM28.7 juta untuk membayar cukai kepada IRS.
Floyd Mayweather
Bintang tinju ini dipercayai berhutang sebanyak RM82.2 juta kepada IRS.
Lindsay Lohan
Masalah kewangan yang dihadapi oleh pelakon dan penyanyi ini sememangnya diketahui media. Dipercayai, pelakon filem Freaky Friday ini berhutang sebanyak RM3.2 juta dan juga RM96.1 juta untuk cukai.
Sumber: Star Insider
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka Kylie Jenner yang mula dikenali pada usia 10 tahun,
Sejak diumumkan sebagai bakal usahawan termuda yang akan mencecah status billionaire oleh Forbes, lebih banyak mata yang memandang perkembangan terbaru Kylie Jenner.
Namu mereka tidak tahu, Kylie yang dulu jauh berbeza dengan Kylie sekarang. Sekitar tahun 2008, perkara paling penting buatnya adalah sama ada dia telah menyiapkan homework.
Kini 10 tahun kemudian, Kylie perlu memikirkan hala tuju kreatif Kylie Jenner Cosmetics yang bernilai berjuta-juta US Dollar.
Sempena birthday Kylie Jenner yang ke 21 hari ini, jom lihat transformasinya yang paling lit sepanjang 1 dekad lepas.
2009
Memasuki musim ketiga Keeping Up With The Kardashians, tumpuan terhadap anak bongsu Bruce Jenner (kini Caitlyn) dan Kris Jenner ini semakin memuncak.
Lalu, perubahan imejnya juga seiring terutama pada bahagian rambut. Dari bangs comel, Kylie menukar kepada side parting. Untungnya dia memiliki genetik rambut tebal.
2011
Dua tahun kemudian, Kylie lebih berani untuk bereksperimen dengan warna rambut sementara dan gaya rambut berlainan. Stail pakaian Kylie juga semakin matang.
2012
Ini adalah antara tahun kegemaran kami apabila melihat stail dari Kylie. Tona nude dengan solekan muka yang lebih daring memang kena dengan jiwa remaja ini.
2013
Kylie mulai mengikut jejak langkah kakak Kardashian-nya dari segi penampilan. Lebih matang dan mula obses dengan hair extension, ini adalah permulaan era popular Kylie sebagai selebriti yang gemar menukar warna rambut dan memakai rambut palsu.
2014
Here comes the lip filler. Jika korang nak tengok perubahan pada bahagian bibir Kylie Jenner, scroll je foto-foto yang diambil dari tahun 2014. Kylie tetap dengan alasannya tidak melakukan apa-apa pembedahan atau mencucuk bibir. “Ia hanya teknik lip liner yang bagus.” Yea right babe..
2016
Kini terkenal dengan empayar perniagaan Kylie Jenner Cosmetics dan Kylie Lip Kit, Kylie ialah duta terbaik untuk produknya itu. Dia sendiri memakai produk tersebut dan menjadikan warna nude koleksi Lip Kit-nya laris!
2017
Tahun yang sukar, menggembirakan dan memeningkan untuk Kylie Jenner. Dia mendapat tahu dirinya mengandungkan anak Travis Scott dan menghilangkan diri pada penghujung tahun.
Namun sebelum itu, Kylie masih sempat bereksperimen dengan stail solekan, rambut dan fesyennya.
2018
Congrats Kylie! Bukan saja dia menyambut hari jadinya yang ke-21, dia juga telah menjadi ibu kepada Stormi dan membuang lip filler pada bibir!
Kami ramalkan Kylie akan menjadi lebih popular, diikuti ramai dan pada masa yang sama, lebih ‘terkawal’ dengan statusnya sebagai seorang ibu muda.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ryan Bakery bukan nama asing dalam kancah media sosial. Walaupun kehidupan sebagai influencer nampak cun dan glamor, Ryan baru-baru ini buka mulut tentang realiti sebenar—yang ada pahit manisnya.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu.
Hikmah di sebalik diberhentikan kerja dalam industri penerbangan akibat Covid-19 kira-kira dua tahun lalu membuka lembaran hidup baharu buat pemilik nama Muhammad Ryan Fahmi Bakery atau lebih dikenali sebagai Ryan Bakery.
Ryan merupakan pempengaruh terkenal yang turut dikenali sebagai ‘budak bedak’.
Siapa sangka dari seorang pemuda biasa kini dia merupakan salah seorang personaliti media sosial berjaya dan sebaris selebriti popular tanah air. Percaturan Ryan mengetengahkan video nostalgia santai dan menghiburkan sebagai kandungan di platform media sosial miliknya meraih perhatian meluas.
Populariti anak jati kelahiran Perak ini naik mendadak sekaligus menambat hati sebilangan besar warga maya tidak kira dalam kalangan dewasa mahupun remaja. Sehingga kini pengikut Ryan di Instagram dan TikTok mencecah jutaan orang!
Enggan mendabik diri dengan kesenangan tersebut, anak sulung daripada empat beradik ini bagaimana pun sentiasa berpijak di bumi nyata.
Mengimbas kembali perjalanannya bergelar pempengaruh media sosial, dalam nada syukur Ryan yang sinonim dengan panggilan ‘Budak Bedak’ membuka bicara.
“Saya berasal dari keluarga yang bukan senang. Ayah saya bekas Tentera Laut dan mak pula suri rumah. Mak saya berniaga makanan seperti kuih, laksa dan nasi ayam. Saya dulu banyak main, kerja pun lompat sana-sini.
Satu hari ayah tanya sampai bila nak kerja macam tu dan bila nak ada kerja tetap. Memang kata-kata ayah tu menusuk dalam hati. Terus saya pergi sambung belajar dan rezeki dapat kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Seronok mak ayah bila saya kerja di airport. Tapi bila diberhentikan kerja sebab pandemik Covid-19, hati siapa tak hancur. Saya kemudian balik ke kampung di Perak. Dalam hati menangis, rasa macam seorang anak yang gagal.
Di kampung, saya berniaga seorang diri. Waktu tu tengah trend ikan laga, jadi saya cuba biak dan bisnes tu menjadi. Dalam masa sama, saya juga jual kuih.
Memandangkan banyak masa terluang saya fikir macam mana lagi nak jana income. Kalau dapat buat video, boleh buat paid review dan tambah duit. Zaman video pendek di laman sosial Vine dulu saya minat Luqman Podolski dan Adib Alex. Jadi di situlah saya mula buat content,” ujar bekas penuntut International College of Yayasan Melaka (ICYM) ini.
Dedah Ryan, kekuatan kandungan video yang dipaparkan menjurus kepada elemen nostalgia.
“Saya dah buat banyak content sebenarnya. Tapi content nostalgia lebih dapat sambutan tinggi. Kadang-kadang tengah borak dengan mak pun boleh jadi sebab berkait rapat dengan kisah masyarakat. Walau nampak simple dan ada yang kata ‘lame joke’, saya ambil tugas content creator ini secara serius.
Seronok bila baca komen positif dari mereka yang tersentuh hati lepas tengok content yang saya hasilkan. Benda itu ‘mahal’. Saya cuba paparkan momen di samping orang-orang tersayang, keluarga, pengalaman hidup dan ragam masyarakat,” luahnya sambil meluahkan rasa syukur menerima banyak tawaran lakonan, jurucakap produk dan jadi peserta program realiti TV sejak namanya terkenal.
Berbekalkan restu dan sokongan tidak berbelah bahagi daripada ibu bapa, keluarga dan isteri tersayang, Ryan melangkah laju mengharungi cabaran bergelar public figure.
Malah dia enggan menjadikan kecaman dan kritikan segelintir pihak yang tidak sehaluan dengan karya kreatifnya sebagai halangan untuk terus memajukan diri.
Akui Ryan, dia pernah terlintas mahu undur diri daripada industri dek kerana tohmahan yang dilemparkan khalayak namun figura berusia 28 tahun ini kental menempuh dugaan.
“Kita ada keluarga nak beri makan, ada isteri nak dijaga. Itu yang menguatkan semangat saya. Bukan semua orang suka kita tapi kalau kita tak dapat nak hadap benda tu bermakna kita tak cukup kuat. Alhamdulillah setakat ini segala kecaman saya masih boleh tepis lagi. Tapi kadang-kadang sedih juga.”
Tidak pernah mendedahkan realiti kesukaran yang dialami sepanjang bergelar pempengaruh media sosial sebelum ini, Ryan berkata jiwanya rapuh saat pertama kali berdepan kata-kata negatif netizen.
“Nak dapat jiwa kental tu, saya pernah patah hidung, pengsan, stres, diserang anxiety dan selalu bersendiri. Jadi content creator di media sosial ni bukan mudah sebab kita akan hadap banyak benda. Paling utama sekali, persekitaran yang ‘toksik’.
Kita kena bijak singkirkan komen yang negatif daripada mempengaruhi diri dan kehidupan seharian supaya tak terus hanyut dan jatuh.
Saya juga pernah keluar masuk hospital. Waktu tu belum kahwin lagi dan isteri tahu betapa saya struggle lalui semua ini. Bila masuk hospital, isteri saya sanggup turun dari Sepang ke Temerloh, Pahang untuk pastikan saya sihat. Orang tak tahu macam mana kita berusaha cari rezeki untuk keluarga.
Selagi kita boleh buat, kita sajikan content yang positif dan elak daripada sentuh sensitiviti masyarakat,” telus Ryan yang merancang menceburi bidang perniagaan pakaian andai satu hari nanti tidak lagi berkecimpung dalam industri ini.
Mengulas pencapaian terbesar yang diraih sejak menjadi individu berpengaruh di alam maya, Ryan bersyukur dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya yang tidak pernah terlintas pun di fikiran selama ini.
Selain berpeluang membintangi filem Zim Zim Ala Kazim, Ryan juga berjaya merangkul pengiktirafan TikTok Awards Malaysia 2023 bagi kategori Popular Creator of The Year pada Ogos lalu.
Lebih manis, impian Ryan untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan turut dimakbulkan Allah SWT. Tanggal 1 Oktober 2022 dia sah menjadi suami kepada Elyia Ibrahim selepas lima tahun mengenali hati budi.
Kisah Ryan bagi kita semua pengajaran—di sebalik glamor influencer, ada realiti yang lebih dalam yang memerlukan kita untuk jadi kuat dan matang.Kisah Ryan ni juga buka mata kita tentang betapa pentingnya jaga kesihatan mental dan cara untuk berani hadapi cabaran.Artikel ini diambil dan diolah dari Nona.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.