Sebuah pesawat Ukraine dengan 176 penumpang dan kru terhempas berdekatan Lapangan Terbang Imam Khomeini di Tehran, Iran selepas berlepas.
Tiada yang selamat dalam kejadian pagi Rabu di sana.
Menurut laporan Al-Jazeera, pesawat yang membawa majoriti penumpang warganegara Iran itu mengalami kegagalan enjin apabila salah satu daripadanya terbakar.
Ia mengakibatkan juruterbang hilang kawalan terhadapn pesawat tersebut sebelum ia terhempas.
Persoalan sama ada kejadian ini ada kaitan dengan serangan balas Iran ke atas 2 tapak ketenteraan Amerika Syarikat masih belum dapat dipastikan.
Malangnya, ini merupakan insiden keenam pesawat terhempas yang dicatatkan dalam tempoh 6 bulan yang lepas.
Ads
*
Ini adalah kronologi kejadian yang pernah berlaku.
27 Disember 2019
Pesawat Bek Air Flight 2100 terhempas semasa baru ingin berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Almaty, Kazakhstan. 12 daripada 98 penumpang terbunuh.
Ads
24 November
Pesawat Dornier Do 228 terhempas juga setelah berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Goma di Congo. Kesemua 19 orang di dalam pesawat terbunuh.
4 Oktober 2019
Sebuah lagi pesawat terhempas di Ukraine sebelum kejadian petang tadi.
Ads
Kali ini ia membabitkan Ukraine Air Alliance Flight 4050 yang terhempas 1.5 kilometer daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Lviv di Ukraine. 5 darpada 8 penumpangnya terbunuh, manakala 3 lagi cedera parah.
15 Ogos 2019
74 dari 233 penumpang pesawat Ural Airlines Flight 178 tercedera selepas juruterbang perlu melakukan pendaratan kecemasan berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Zhukovsky di Rusia.
27 Jun 2019
Masih di Rusia tetapi kali bertempat di Lapangan Terbang Nizhneangarsk.
Selepas mengalami kegagalan enjin ketika ingin berlepas, penerbangan domestik Angara Airlines pulang cuba pulang semula ke Lapangan Terbang tersebut sebelum terbabas di landasan dan melanggar sebuah bangunan.
Bagaimanapun, kesemua 43 penumpang dan 2 daripada 4 kru terselamat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang sudah mula mengayuh selepas kerajaan membenarkan semula aktiviti berbasikal dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Memang bagus mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan berbasikal. Namun, timbul pula ketidakselesaan penguna jalan raya dengan segelintir penunggang basikal yang kembali ‘membahayakan’ diri mereka sendiri.
Foto Via Astro Awani
Tular baru-baru ini apabila salah seorang pemandu kereta di kawasan Putrajaya berkongsi satu ciapan video dashcam menunjukkan ada dua orang penunggang basikal menggunakan jalan raya utama untuk melakukan aktiviti terbabit sehingga kenderaan lain terpaksa ‘lebih berhati-hati’ bagi menjaga keselamatan semua pihak.
Menurut pemilik ciapan itu lagi, di awal rakaman video dashcam kita dapat lihat lelaki ini terpaksa ‘himpit’ kenderaan lain di sebelah kiri untuk beri laluan kepada kedua-dua penunggang basikal yang berada di bahagian kanan jalan.
Tambahnya lagi, laluan untuk aktiviti berbasikal di beberapa kawasan di Putrajaya sudahpun disediakan oleh Perbadanan Putrajaya. Namun kedua-duanya masih berdegil serta mengambil risiko untuk mengayuh basikal di tengah-tengah jalan.
Sesebelum ini, sudah banyak isu yang timbul termasuk rungutan di kalangan pemandu kenderaan bila mana penunggang basikal memasuki lebuhraya sebagai laluan mereka. Dalam keadaan ini memaksa mereka memperlahankan kenderaan kerana khuatir terlangggar sekumpulan penunggang.
Bukanlah semua geng basikal ini bersikap begini, bak kata pepatah dek nila setitik habis rosak susu sebelanga. Buat peminat hobi berbasikal ini, mungkin boleh praktikkan 9 tip keselamatan basikal ini.
1. Ikut peraturan yang ditetapkan
Orang ramai yang mahu melakukan aktiviti berbasikal dinasihatkan untuk mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan sebarang risiko.
Ia termasuk mementingkan aspek keselamatan seperti memakai topi keledar, pakaian cerah dan mengambil kira faktor masa serta lokasi apabila melakukan aktiviti itu.
2. Berfikiran seperti seorang pemandu kenderaan
Hal ini supaya pergerakan anda boleh dijangka pemandu lain. Ia termasuk berhenti ketika lampu isyarat bertukar merah, berhenti pada papan tanda berhenti, dan berbasikal menggunakan arah sama dan bukan melawan arus.
Jadi pergerakan korang dapat dijangkakan oleh pemandu lain.
3. Kekalkan penjarakan sosial
Ingat.. Kita masih lagi dalam usaha memerangi pandemik COVID-19. Jadi anda disarankan untuk menggunakan pelitup muka yang lebih selesa seperti skaf bandana dan sentiasa membawa cecair pembasmi kuman.
4. Helmet yang selesa dan saiz yang betul
Ketika berbasikal, pastikan topi keledar yang anda gunakan adalah sesuai dengan saiz kepala anda. Menurut pakar, jarak antara helmet anda sehingga bahagian kening tidak boleh melebihi dua jari apabila diletakkan secara melintang.
Jarak antara topi keledar anda sehingga bahagian dagu juga tidak boleh melebihi dua jari apabila diletakkan secara melintang.
Ketika berbasikal, pastikan helmet yang anda gunakan adalah sesuai dengan saiz kepala anda.
5. Cari teman berbasikal bersama
Bagi korang yang baru berjinak dalam aktiviti riadah ini, dinasihatkan berbasikal bersama rakan-rakan yang lebih berpengalaman.
Bertanya pengalaman mereka sepanjang berbasikal di laluan yang berbeza.
6. Pastikan basikal dalam keadaan selamat
Sebelum memulakan perjalanan, anda perlu memastikan basikal anda dalam keadaan selamat. Pastikan anda sudah memeriksa keadaan tayar, brek, rantai basikal dan sebagainya.
Pastikan anda juga memakai pakaian dan kasut yang sesuai agar anda lebih selesa ketika berbasikal.
7. Latih kemahiran berbasikal dan cara mengelakkan bahaya
Sebelum berbasikal, disarankan untuk melakukan kajian dan memahami apakah risiko ketika melakukan aktiviti itu terutamanya di jalan besar.
Pakar turut menasihatkan bagi permulaan, korang boleh melakukan aktiviti itu di jalan-jalan yang lebih sunyi tanpa kenderaan laju.Selain itu, boleh juga boleh melatih kemahiran seperti mengendali brek dan gear pada basikal.
8. Tidak perlu berbasikal sepanjang jalan pergi dan balik
Untuk korang yang masih newbie dalam aktiviti ini, dinasihatkan untuk mengambil jalan yang lebih mudah seperti berbasikal pada satu hala. Tidak semestinya anda perlu berbasikal ke satu destinasi yang ingin dituju kemudian patah semula ke destinasi permulaan.
Apa-apapun, siapa kita nak menidakan takdir dan ketentuan yang maha ESA. Tapi mungkin kita dan terutamanya penunggang basikal boleh jadikan tragedi ini sebagai pengajaran buat semua penunggang basikal diluar sana.
Sumber: Huffpost.com, Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasangan suami isteri yang berdepan dengan tuduhan menyebabkan kematian kanak-kanak berusia 7 tahun, Allahyarham Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malik akan didakwa di mahkamah Air Keroh, Melaka esok.
Kedua-dua suspek itu dijangka berdepan dua pertuduhan iaitu mendera dan membunuh kanak-kanak terbabit.
Assistant Commisioner Muhammad Sukri dalam kenyataan beliau memaklumkan, kedua-dua suspek itu akan didakwa mengikut sesyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Kanun 34 sesyen sama. Mereka juga akan berdepan pertuduhan di bawah sesyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Tinjauan REMAJA kepada respon warganet yang mengikuti perkembangan kes ini rata-rata inginkan keadilan ditegakkan demi membela maruah mangsa.
Herry Ramd misalnya berharap agar hukuman seadilnya dijalankan ke atas pembunuh ini. Zaharah Kodri pula bersyukur apabila mendapat tahu kedua-dua tertuduh akhirnya akan didakwa di mahkamah. Sementara itu, AMK 475 mengharapkan agar hukuman yang bakal dikenakan akan memberi pengajaran kepada ramai lagi pelaku jenayah bunuh yang masih terlepas di luar sana.
Terdahulu, mangsa kanak-kanak tersebut dipercayai telah didera oleh ibu kandungnya dan bapa tirinya sebelum ditemui lemas di dalam sebuah tong air di hadapan rumahnya pada 29 Januari lalu.
Hasil bedah siasat baru-baru ini mendapati terdapat banyak kecederaan termasuk luka baharu di bahagian belakang kepala mangsa.
Laporan kematian tersebut telah menggemparkan rakyat Malaysia.
Ini kerana ramai yang mengikuti kisah di mana mangsa diserahkan semula oleh ibu angkatnya kepada pasangan tersebut pada akhir tahun lalu setelah keluarga angkat menjaganya selama lebih 6 tahun.
Bila sebut tentang Putrajaya, pasti terbayang dikepala kita tentang keunikan reka bentuk bangunannya, keindahan landskapnya turut menjadi tarikan utama yang menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia.
Terkini, Putrajaya bakal mempunyai tarikan baharu iaitu “Tangga Putrajaya Steps” yang akan memberi nilai tambah sebagai destinasi pelancongan khususnya dalam aspek eko-pelancongan.
Diilhamkan oleh bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa — pembinaan Tangga Putrajaya Steps adalah bersempena dengan 25 tahun Sambutan Jubli Perak Putrajaya.
Dibina di atas cerun menuju ke Mercu Tanda di Taman Putra Perdana — Tangga Putrajaya Steps mewujudkan kesinambungan laluan pejalan kaki dari Dataran Putra melalui Laman Perdana naik ke mercu tanda di Taman Putra Perdana seterusnya ke Hotel Pulse Grande.
Ia dapat dilihat sebagai satu paksi lurus (axis) yang menghubungkan kawasan tumpuan pelawat iaitu di Dataran Putra untuk ke mercu tanda berkaitan dan ke Hotel Pulse Grande yang terletak di Taman Putra Perdana.
Melalui perkongsian seorang pengguna Twitter, dimaklumkan “Tangga Putrajaya Steps” kini sudah 80% siap.
Putrajaya Steps yang kini sudah 80 peratus siap bakal menjadi tarikan baharu di Putrajaya bagi aktiviti rekreasi & riadah.
Projek laluan pejalan kaki berkonsepkan taman itu menghubungkan laluan dari Dataran Perdana ke Mercu Tanda Taman Putra Perdana.
📸Mohd Huzaini Daud pic.twitter.com/60pajyfKZS
Dengan ketinggian anggaran 30 meter dan jarak pendakian sejauh 200 meter, binaan tangga itu diinspirasikan dari beberapa tangga ikonik dunia seperti Spanish Steps di Itali, Potemkins Stairs di Ukraine dan tidak kurang juga Batu Caves.
Sumber: WilayahKu & Kredit Foto: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.