Bagi yang pernah mengalami pengalaman disantau, mungkin memahami betapa derita dialami pengidap. Seluruh sendi badan sakit dan jika tidak berjaya diubati akan berakhir dengan kematian.

Ternyata pengalaman dikongsi oleh Puan Juliza ini di mana dia berkongsi kisahnya disihir sejak tahun 2019 menerusi sebuah video di TikTok. Pengalaman disantau pasti membuatkan kita tahu bahawa sihir begini masih wujud demi melunaskan dendam individu yang iri hati dengan orang lain.

Bukan itu sahaja, staf, adik serta anak buahnya turut terkena tempias dari perbuatan syirik tersebut.

 

@_julizzAndai masa boleh Di putar Aku tak nak jumpa org yg kianat Aku..♬ original sound – Nadya Mahdi

Salah satu peristiwa misteri yang dilaluinya adalah perut yang tiba-tiba membesar dan membusung seperti wanita mengandung.

Semoga kita mengambil iktibar di atas setiap cerita ini.

IKLAN

Malah, Puan Juliza turut mengakui pernah berasa putus asa ingin melupakan niat untuk bekerja mencari rezeki.

 

@_julizzPart ni aku x tahan sakit..dada sakit sukar bernafas..aku down gila waktu ni 😭 dh biasa keluar berniaga Tp ape pn tak leh buat..♬ original sound – Julizz

Dalam sebuah video yang dikongsi, wanita itu dilihat sedang menangis dan menghentakkan tubuh badannya menahan kesakitan kerana mengalami kesukaran untuk bernafas akibat sihir yang dihantar kepadanya.

IKLAN

 

@_julizzTerima kasih utk 50k follower yg sy tak terjangka 😭😭😭 semoga semuanya berakhir dgn bahagia. Sy bukan siapa2 hnya hamba Allah yg x pnya apa2 🥺

♬ original sound – vinn

Diambil daripada temubual bersama Kisah Dunia, Puan Juliza berharap agar individu di sebalik perbuatan syirik itu kembali bertaubat kepada Tuhan.

IKLAN
“Untuk pelaku, berhentilah buat perbuatan syirik & ingat kekuasaan Allah. Semua rezeki kita milik Allah. Hati-hati, sihir ini berleluasa di mana-mana & mereka yang mempunyai perniagaan berisiko untuk kena,” ujarnya kepada pihak Kisah Dunia.

 

Perubatan islamik sebagai pelindung diri.

Sebagai amalan. Jika mahu makan di restoran atau warung. Sebelum masuk ke kedai (dalam kereta).

Baca al-Fatihah 7 kali. (dibaca)
2. Baca ayat 56 daripada Surah Hud ‘Innitawakal…’
3. Baca 2 ayat terakhir Surah At-Taubah, ayat 128-129 ‘Laqadjaakum…’

InsyaAllah, dengan izin Allah akan melindungi kita dari terkena santau atau sihir. Moga kita semua terhindar dari segala parkara-perkara sebegini. Penulis tak faham la zaman moden pun ada lagi lagi benda-benda syirik sebegini.

Sumber: Kisah Dunia, TikTok Puan Juliza, Datuk Ustaz Kazim Elias

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI