Menurut laporan media tempatan, Malaysia kini berada di permulaan gelombang ketiga COVID-19 berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan sejak kebelakangan ini.
Terbaru, pusat beli belah 1 Utama mengesahkan terdapat seorang lagi seorang perunding kecantikan di Elite Parkson, disahkan positif COVID-19 selepas keputusan saringan semalam.
Seorang staf positif Covid-19
Ads
Kenyataan itu dimaklumkan oleh pihak pengurusan 1 Utama menerusi Facebook rasmi mereka. Berdasarkan kenyataan, kakitangan tersebut tidak memasuki premis sejak 30 September lalu dan bercuti pada 1 Oktober.
Menurut Parkson Malaysia menerusi entri terbaharu di Facebook memaklumkan, perunding kecantikan berkenaan bertugas di bahagian kosmetik dan wangian di tingkat G premis membeli belah itu.
Ads
1 Utama segera jalankan proses sanitasi
Pihak pengurusan juga telah membuat pemeriksaan di setiap pintu masuk pusat beli-belah yang dimasuki kakitangan tersebut. Kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi sedang dijalankan seperti mana ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ads
Bagi mengekang penularan terus berlaku, pihak pengurusan telah mengambil langkah mitigasi awal dengan menjalankan proses sanitasi khusus di kawasan yang berpotensi.
Korang tolong jaga SOP dan jangan merayau merata-rata okay….penulis risau dengar kes-kes posotif Covid19 disekeliling kita ni…huhu
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Syurga seorang anak lelaki terletak di bawah telapak kaki ibunya. Sementara syurga bagi seorang anak perempuan yang berkahwin terletak di bawah kaki suaminya.
Benarlah seperti tertulis dalam al-Quran, muliakanlah ibumu nescaya Allah memuliakan kehidupanmu, dunia dan akhirat.
Penerima anugerah Tokoh Tahfiz 2018 peringkat negeri Kelantan, Abdul Rauf Sapuan, 16 dari MTAQ Pulai Chondong yang menerima anugerah berprestij ini pagi tadi seharusnya merasa bangga di atas kejayaan diraihnya.
Betapa terangnya hati anak remaja ini, dalam tempoh lapan minit, Abdul Rauf mampu menghafal satu muka surat ayat al-Quran sekaligus namanya dipilih sebagai penerima Tokoh Tahfiz 2018 peringkat Negeri Kelantan.
Abdul Rauf dipilih sebagai Tokoh Tahfiz bahagian lelaki pada Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan 2018
Seperti dilaporkan oleh Bernama, Abdul Rauf turut berkongsi satu kisah yang boleh dijadikan pengalaman buat kita semua.
Hanya kerana melengahkan suruhan ibu, ayat-ayat al Quran yang dibaca gagal dihafal seperti biasa, kata hafiz muda Abdul Rauf Sapuan, 16, yang diumumkan sebagai Tokoh Tahfiz bahagian lelaki pada Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan kali kesembilan di sini.
Dalam tempoh lapan minit, Abdul Rauf mampu menghafal satu muka surat ayat al-Quran. Terangnya hati remaja ini
Beliau berkata jika pada kebiasaannya beliau hanya mengambil masa 15 minit untuk menghafal satu muka surat, namun pada satu ketika di bulan Mac 2016, akibat melengah-lengahkan satu suruhan ibunya, beliau dapati amat sukar sekali untuk mengingati biar satu pun ayat yang baru dibaca sekalipun.
“Atas nasihat seorang ustaz, saya telefon ibu bapa mohon ampun daripada dua hamba Allah yang paling berjasa dalam hidup saya, mendoakan saya.
Alhamdulillah selepas itu semuanya kembali seperti biasa,” kata hafiz dari Maahad Tahfiz Al-Quran Pulai Chondong ditemui selepas Majlis Graduasi Tahfiz di sini pada Selasa. Seramai 281 pelajar tahfiz dari sembilan buah sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan menerima sijil masing-masing daripada Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di majlis pada Selasa.
Pada majlis sama Ainul Mardhiah Hamdan dari Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah dinobatkan sebagai Tokoh Tahfiz 2018 (perempuan).
Ainul Mardhiah Hamdan dari Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah dinobatkan sebagai Tokoh Tahfiz 2018 (perempuan).
Tahniah adik, moga dirinya mampu memberi syafaat buat ibu bapamu di akhirat kelak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang wartawan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyebar berita palsu dipercayai berkaitan koronavirus bulan lalu.
Tertuduh, Wan Noor Hayati Wan Alias, 41, mengaku tidak bersalah di atas kesemua pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Tawfiq Affandy Chin.
Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, wanita itu didakwa membuat tiga pernyataan berasingan menggunakan laman sosial Facebook atas nama ‘Ibu Yati’.
Tertuduh didakwa membuat pernyataan itu dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam atau mana-mana golongan awam.
Kesemua kesalahan didakwa dilakukan pada jam 10 malam, 26 Januari lalu di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 505 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azma meminta mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, wartawan yang masih bertugas di salah sebuah syarikat akhbar merayu supaya jaminan diberi dalam jumlah yang rendah.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan turut menetapkan kes disebut semula pada 11 Mac ini.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak menularnya pandemik Covid-19 pada penghujung Disember tahun lalu dan Malaysia menutup pintu masuk dan keluar negara. Rata-rata dari kita mengambil keputusan untuk bercuti dalam negara akhir tahun ni.
Dan salah satu destinasi yang menjadi pilihan rakyat Malaysia ialah Tanah Tinggi Cameron Highland yang sejuk dan mendamaikan.
Namun, jangan rosakkan percutian korang dengan insiden nyawa.
So, hari ini Remaja nak share sedikit tips keselamatan sewaktu berada berhampiran dengan kenderaan berat seperti treler kontena yang besar itu.
1. Blind Spot
Bahagian paling bahaya ialah bahagian sisi kiri dan kanan kepala treler di belakang kedudukan pemandu. Ia merupakan zon paling bahaya dan boleh dikatakan langsung tidak dapat dilihat oleh pemandu treler.
Elakkan berada pada posisi ini kerana jika pemandu treler kehilangan kawalan ke atas kenderaan tersebut ataupun terpaksa menukar lorong dengan tergesa-gesa, korang akan dihimpit oleh kenderaan berat tersebut tanpa disedari pemandu. Kalau dah kena himpit tak kira kereta model apa yang korang pandu memang bawa-bawalah mengucap.
2. Memotong Treler
Jika korang terpaksa memotong, pastikan memotong dengan secepat mungkin. Jangan terhegeh-hegeh ataupun berada pada kedudukan selari untuk jangka masa yang lama. Lagi lama korang ada di posisi tersebut, lagi terdedahlah kepada risiko kemalangan.
3. Letupan Tayar Treler
Satu lagi ialah bahaya letupan tayar kenderaan berat. Tayar kenderaan berat bukan hanya bersaiz besar tetapi ia juga mempunyai tekanan yang tinggi berikutan berat bebanan yang dibawa serta suhu operasi yang tinggi.
Letupan tayar juga akan mengakibatkan pemandu hilang kawalan dan membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Jika korang mengesan kenderaan berat dengan masalah pada bahagian tayar beri ruang untuk mereka dan jarakkan kenderaan korang pada kedudukan yang selamat.
4. Serpihan Tayar Treler
Bukan itu sahaja, serpihan tayar yang tertanggal juga adalah cukup merbahaya. Biasanya serpihan ini berpunca dari penggunaan tayar celup yang sudah lama. Ia merupakan satu alternatif untuk menjimatkan kos pembelian tayar baharu tetapi sama seperti tayar baharu ia mempunyai had kegunaannya tersendiri. Sampai masanya ia perlu diganti baharu.
5. Perhatikan Kesan Gelincir Tayar
Jika korang kurang yakin dengan bahaya yang dibawa oleh kenderaan-kenderaan berat, cuba perhatikan kesan gelinciran tayar di atas jalan raya.
Kalau di Lebuhraya Karak, kesan tayar ini bukan hanya ada di permukaan jalan tetapi juga terdapat pada bahagian benteng pembahagi jalan. Maknanya pernah ada kenderaan berat lain yang telah memanjat dinding penahan mengalahkan Spiderman. Tanda-tanda ini juga berfungsi sebagai amaran yang ada nahas pernah berlaku di situ dan sewajarnya diambil perhatian oleh pemandu lain.
Apapun takziah kami ucapkan buat keluarga mangsa kemalangan ini dan Al-fatihah ( dengan bacaan ) untuk semua yang terkorban.
So hati-hati guys, moga korang boleh memandu dengan lebih cermat di masa hadapan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!