Sebagai seorang remaja, Sabtu ini mungkin kali pertama anda mengundi. Takpun, baru kali kedua atau ketiga. Haaa….mesti rasa ‘dup dap dup dap’ dengan proses pengundian kelak?
Namun perkara penting yang korang perlu ambil tahu adalah kesalahan pilihan raya yang digariskan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Bahaya tau kalau tak tahu sebab ada kemungkinan kalian boleh dipenjarakan sekiranya melanggar Akta ini!
BELANJA
Biasalah budaya orang Malaysia sentiasa murah hati dengan makanan, minuman atau hadiah percuma.
Walaupun ia mungkin kelihatan kecil, ia sebenarnya merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk menawarkan ‘barangan’ percuma kepada calon kerana ia disifatkan sebagai satu bentuk rasuah.
Jika anda ditangkap, anda boleh dikenakan penjara sehingga 2 tahun, denda antara RM1,000 hingga RM5,000, dan penggantungan hak mengundi selama lima tahun. OMG!
MENGELUARKAN KERTAS UNDI DARI PUSAT MENGUNDI
Ads
Semasa anda menghampiri peti undi, pastikan anda hanya mengambil satu kertas undi dan jangan sekali-kali mengeluarkannya dari pusat mengundi. Awas okayyy!
Mengeluarkan kertas undi dari kawasan yang ditetapkan, sama ada digunakan atau tidak digunakan, adalah dilarang sama sekali oleh Seksyen 3(1)(h) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Jika disabitkan dengan mana-mana kesalahan, anda boleh dikenakan penjara sehingga 2 tahun, denda sehingga RM5,000, atau kedua-duanya sekali, dan hak mengundi anda boleh digantung selama lima tahun.
BERLEGAR ATAU MENUNGGU BERHAMPIRAN PUSAT MENGUNDI
Sebaik sahaja anda membuang undi, elakkan dari ‘melepak’ di sekitar pusat mengundi atau berlegar-legar dalam jarak 50 meter daripadanya kerana kelakuan sedemikian adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 26(1)(e) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Ads
Ini kerana dengan berbuat sedemikian boleh membuka peluang kepada individu yang tidak bertanggungjawab untuk menubuhkan identiti orang lain, menyemak senarai pemilih, memujuk orang lain untuk mengundi dengan cara tertentu, atau mempengaruhi pengundi.
Pelanggaran peraturan ini boleh membawa hukuman penjara sehingga 1 tahun, denda sehingga RM5,000, atau kedua-duanya sekali.
MEMPAMERKAN SIMBOL POLITIK DI PUSAT MENGUNDI
Dalam radius 50 meter tempat mengundi, elakkan daripada mempamerkan sebarang pakaian, penutup kepala, perhiasan, botol air atau payung yang mengandungi nama calon atau lambang/simbol mana-mana parti politik.
Tindakan sedemikian dianggap sebagai kesalahan di bawah Seksyen 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan anda boleh dipenjara sehingga 1 tahun, denda sehingga RM5,000, atau kedua-duanya sekali.
Ads
TIDAK MEMBERI PEKERJA MASA CUTI UNTUK MENGUNDI
Jika anda seorang majikan di Malaysia, adalah penting untuk memberi pekerja anda masa yang mencukupi untuk menggunakan hak mereka untuk mengundi pada hari pilihan raya.
Majikan juga tidak boleh memotong gaji atau mengenakan penalti kepada pekerja kerana ketidakhadiran mereka semasa tempoh mengundi.
Jika mereka gagal memberikan pekerja tempoh masa untuk membuang undi, mereka akan berdepan hukuman penjara sehingga setahun, denda sehingga RM5,000, atau kedua-duanya di bawah Seksyen 3(1)(n) Pilihan Raya Akta Kesalahan 1954.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO/ARTIKEL: Berita Harian, WeirdKaya
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keinginan untuk kekal cantik adalah lumrah bagi manusia. Siapa yang tidak mahu kulit wajah menjadi licin berkilat tanpa sebarang parut berlubang?
Menyentuh soal kecantikan, baru-baru ini penyanyi berbakat besar, Liza Hanim terpalit dengan isu face shaming di mana akaun Instagram telah melontarkan kata-kata berbaur cacian terhadap kulit wajahnya
Ada 4 jenis parut yang biasa terjadi pada kulit wajah kita.
Yang ini katanya macam dicucuk-cucuk jarum.
Kalau orang kata macam kawah bulan, yang inilah dia..
Yang ini tekstur kulit terasa seperti tenggelam timbul. Bak ‘gunung-ganang’ katanya.
Keloid pula meninggalkan kesan akibat daripada keradangan di kulit.
Banyak cara sebenarnya untuk menghilangkan parut ini namun yang paling berkesan adalah laser tetapi bajetnya juga tinggi. Jika anda berkemampuan, why not?
Tetapi jika korang mencari alternatif lain, bolehlah mencari krim bagi menghilangkan parut di farmasi ataupun mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar dermatologi.
Jadi apabila sudah mengetahui jenis parut di muka, mudahlah kita untuk mencari solusi yang sesuai untuk merawat kulit wajah. Semoga bermanfaat kepada semua!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pejam celik, pejam celik kita sudahpun berada di hujung tahun hijrah 1443.
Umat Islam di negara ini dijangka kekal meraikan sambutan Tahun Baharu Hijrah 1444 pada 30 Julai dengan perubahan kalendar bermula sejurus azan Maghrib 29 Julai.
Foto Kredit : Youtube
Kita digalakkan mengamalkan doa-doa yang baik terutamanya doa daripada Al-Quran dan juga doa yang dibacakan oleh Rasulullah SAW.
Awal Muharram adalah hari penting bagi umat Islam kerana pada tarikh ini berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Banyak kejadian-kejadian penting terjadi dalam bulan Muharram ini termasuklah Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan 1 Muharram adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (kalender Hijrah). Jika di zaman sekolah dahulu, kita diajar bahawa segala buka-buku amalan iaitu dosa dan pahala yang kita lakukan selama setahun diangkat ke langit untuk disimpan sebelum dibuka semula pada hari akhirat. Waallahualam.
Ada sesuatu yang harus kita fahami iaitu selepas masuk Asar, kita disarankan membawa doa akhir Tahun dan kemudian amalan ini disambung selepas Maghrib iaitu membaca doa Awal tahun. Semoga segala amalan kita dipermudahkan oleh Allah Taala.
Ini doa akhir tahun. Doa akhir tahun Hijrah ini perlu dibaca beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar). Doa ini dibaca sebanyak tiga kali.
Barang siapa yang yang membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut, maka mengeluhlah syaitan kerana usahanya selama setahun menggoda anak Adam sia-sia. Malah Allah mengampuni dosa setahun lalu dilakukannya.
Ini pula doa akhir tahun dibaca selepas Maghrib.
Juga dibaca sebanyak tiga kali. Jika dibaca bahawasanya Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memelihara dari fitnah syaitan.
Nak baca doa lain pun boleh, tak ada masalah. Asalkan kita memohon kepada perkara yang baik, berdoa dengan khusyuk dan meyakini bahawa Allah sentiasa mendengarnya.
Semoga kita semua mendapat rahmat dan berkat dalam semua kehidupan yang kita lalui dalam kehidupan seharian dan semoga dengan kehadiran tahun baru ini, keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah juga semakin bertambah. Insha Allah…
Universiti di negara kita sudah setaraf institut pengajian di luar negara kerana ada diantaranya telah tersenarai dalam kelompok universiti terbaik dunia.
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) sekali lagi memasuki carta universiti terbaik dunia, Times Higher Education (THE) untuk dua tahun berturut-turut, berada di kedudukan 1,200+ antara 1,662 universiti di seluruh dunia.
Selain itu, sebanyak 17 universiti Malaysia yang lain termasuk lima institut pengajian tinggi swasta (IPTS) bertaraf universiti iaitu Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) turut tersenarai.
Penyenaraian UniKL yang merupakan universiti teknikal keusahawanan terbesar negara yang dikelolakan Majlis Amanah Rakyat (Mara), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) itu membuktikan kemampuan UniKL sebagai institusi pengajian terbaik negara.
Menerusi Utusan Malaysia, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Datuk Dr. Roziah Omar berkata, UniKL kini sedang berusaha untuk meningkatkan reputasinya di peringat antarabangsa melalui kolaborasi dengan universiti dan organisasi ternama dunia dari dalam dan luar negara selain usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa.
“Ini adalah pencapaian yang amat membanggakan memandangkan UniKL pada asalnya ditubuhkan daripada beberapa buah institut teknikal dan vokasional milik penuh Mara yang mengkhusus kepada pelbagai bidang teknologi mengikut keperluan industri sebelum dinaik taraf sebagai universiti pada 2002,”
Gambar hiasan
“Selain menjadi universiti termuda Malaysia di dalam senarai tersebut, UniKL juga telah membuktikan komitmennya terhadap kecemerlangan akademik dan penyelidikan di samping mengekalkan falsafah pendidikan TVET peringkat tinggi dan pembelajaran secara praktikal,” jelasnya lagi.
Senarai universiti terbaik dunia THE juga memperlihatkan institusi pendidikan tinggi di Asia secara perlahan-lahan telah mengorak langkah untuk mengatasi universiti Barat melalui peningkatan di dalam kedudukan mereka di peringkat global.
Tahniah diucapkan kepada semua universiti yang tersenarai dan sudah terang lagi bersuluh, sistem pendidikan di negara kita juga sewajarnya diberi perhatian oleh para pelajar kerana setanding dengan universiti luar negara.