
Kereta keluaran Malaysia sudah mula menunjukkan persaingan apabila berjaya mengeluarkan model-model terbaharu dengan ciri yang memuaskan.
Dengan harga yang lebih mampu-milik berbanding kereta import, tidak hairanlah sekarang ramai yang memilih untuk membeli kereta jenama tempatan.
BACA: Mirip Daihatsu, Foto Kereta PERODUA Sedan Akan Datang Ini Sudah Tular
Terbaharu, Perodua dikatakan dalam perancangan untuk melancarkan sebuah model SUV Segmen B dan ia dijangka bakal menjadi pesaing terdekat kepada model Proton X50. Menurut laporan media, Perodua telah menjalankan kaji selidik berhubung minat masyarakat terhadap SUV ini.

Khabarnya, SUV baharu Perodua ini berukuran sepanjang 4,320 mm; lebar 1,770 mm dan tinggi 1,685 mm dengan berat sekitar 1,283 kg. Manakala, jarak antara roda masih dirahsiakan. Ia sekaligus menjadikan model SUV ini sedikit pendek dan rendah berbanding Proton X50 tetapi lebih besar daripada SUV Perodua Ativa.

Tidak seperti Ativa yang tampil dengan enjin turbo tiga silinder sebaris, SUV terbaru Perodua ini dijangka menggunakan enjin 1.5 liter aspirasi natural Dual-VVTi dengan kuasa maksimum 106 PS dan daya kilas 137 Nm yang dipadankan dengan transmisi D-CV.
Mesti ramai yang nak tahu berapa agaknya harga, kan?
Menurut sumber, harga jualan dijangka bermula dari RM73,000. Untuk info lanjut, sama-sama kita nantikan update terbaharu daripada pihak Perodua sendiri.

BACA: Lelaki Ini Kongsi 8 Sebab Kenapa Ramai Individu Minat Beli Kereta Warna Putih
BACA: 5 Model Kereta Yang Sesuai Dibeli Oleh Individu Gaji Bawah RM2,500
Hm, tapi bagi korang yang memang ada perancangan nak beli kereta, mungkin boleh dipertimbangkan. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Doktor Ini Kongsi 15 Jenis Ubat Yang Wajib Korang Simpan Di Rumah

Mesti korang tahu kan macam mana ‘perit’nya nak tunggu giliran di hospital kerajaan? Iye la, kalau nak ke pusat kesihatan swasta paling sikit pun korang kena ready duit beratus juga laa.
Menurut satu perkongsian daripada Dr. Asmi Syabil yang bertugas sebagai Pegawai Perubatan Kecemasan, antara yang menyebabkan kesesakan di jabatan tersebut adalah kerana perkara-perkara yang bukan kecemasan, di mana sebenarnya rawatan boleh didapati di klinik-klinik kesihatan atau jabatan pesakit luar.
Pesakit-pesakit yang biasanya ada di jabatan kecemasan adalah seperti mereka yang:-
• Demam
• Batuk
• Selesema
• Cirit-birit
• Gatal-gatal badan
• Muntah
• Sakit perut
• Pening
• Sakit kepala
Oleh sebab itu, doktor ini berkongsi serba sedikit tentang ubat-ubatan yang korang boleh simpan dirumah sebagai ‘First Aid kit’ atau pun dibawa ketika pergi bercuti.
Ubat-ubat ini boleh didapati di farmasi berdekatan dan sering diberikan oleh para doktor untuk gejala-gejala seperti yang telah disenaraikan tadi.
1. Paracetamol 500mg

Rasanya semua kenal ubat ini. Boleh diambil kalau korang mengalami demam ataupun sebagai ubat tahan sakit yang ringan seperti sakit kepada dan sebagainya.
Dos disyorkan: 2 biji (sekali makan), tiga kali sehari. Jangan melebihi 8 biji sehari
2. Loratadine 10mg

Ubat dalam kategori antihistamin digunakan untuk mengurangkan gejala alahan, gatal-gatal, mata berair atau bahasa mudahnya orang selalu cakap ‘resdung’.
Dos disyorkan: 1 biji sekali sehari
3. Chlorpeniramine 4mg (Piriton)

Kalau korang dah selalu jumpa doktor untuk gejala seperti selesema dan alahan, mesti kenal dengan ubat ni.
Sama seperti Loratadine dalam kumpulan antihistamin yang digunakan untuk mengurangkan gejala alahan atau gatal-gatal.
Ubat ini boleh menyebabkan rasa ngantuk, so elakkan memandu atau mengendalikan mesin bagi yang sedang berkerja.
Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari
4. Diclofenac sodium 50mg (Voltaren)

Ubat tahan sakit atau radang yang tergolong dalam kategori NSAIDs. Sering digunakan untuk mengurangkan keradangan atau kesakitan yang tidak surut dengan menggunakan paracetamol.
Sesiapa yang ada gout mesti kenal seab ini antara ubat yang wajib makan kalau terkena serangan gout. Elakkan pengambilan ketika perut kosong atau bagi korang yanga da gastritis.
Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari (bagi kesakitan berterusan) atau sebiji sekali apabila perlu
5. Metoclopramide HCI 10mg (Maxolon)

Ubat untuk gejala loya dan muntah, juga digunakan untuk migrain. Ibu-ibu yang mengandung mengalami rasa loya dan muntah-muntah di awal kehamilan juga selalu diberikan sebagai rawatan.
Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.
6. Buscopan 10mg

Mengurangkan sakit perut terutama yang memulas-mulas atau kekejangan perut dan juga sakit batu karang.
Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu
7. Ranitidine 150mg (Zantac)

Digunakan untuk mengurangkan rasa sakit perut terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah ulser perut, gastritis dan juga GERD. Bertindak untuk mengurangkan rembesan asid dalam perut.
Dos disyorkan: 1 biji, dua kali sehari
8. Diphenoxylate + Atropine sulphate (Lomotil)

Ubat ini diambil untuk mengurangkan gejala cirit-birit yang disebabkan keracunan makanan.
Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu
9. Activated charcoal 250mg

Sama seperti Lomotil, ubat ini juga digunakan untuk mengurangkan cirit-birit.
Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari
10. Oral Rehydration Salt (ORS)

ORS ini sering dipreskripsi oleh doktor untuk mereka yang mengalami cirit-birit bagi menggantikan kembali garam galian yang telah hilang daripada badan supaya fungsi tubuh badan tidak terjejas.
Dos disyorkan: 1 paket apabila perlu
11. Mist Magnesium Trisilicate (MMT)

Sama fungsinya seperti Gaviscon. Bertindak untuk mengurangkan pedih ulu hati (heartburn) akibat daripada ketidakhadaman.
Sila ambil sebelum makan dan pastikan korang tidak makan apa-apa makanan atau minuman selama 15 minit selepas ubat ini diambil.
Dos disyorkan: 15ml, tiga kali sehari
12. Ubat batuk

Boleh je beli di mana-mana farmasi atau kedai serbaneka, daripada korang penat nak tunggu berjam-jam di jabatan kecemasan hanya disebabkan batuk.
13. Ammeltz yoko yoko

Kandungan utamanya methyl salicylate seperti krim LMS yang sering diberikan oleh doktor untuk mengurangkan ketegangan otot. Ini pun banyak dijual di luar dan sangat berguna untuk mengurangkan sakit otot atau lenguh-lenguh badan.
14. Chloramphenicol eye drop

Boleh digunakan untuk jangkitan mata seperti conjunctivitis, iaitu bila korang bangun dari tidur tiba-tiba penuh tahi mata dan rasa pedih serta berair.
15. Termometer

Eloklah kalau korang beli dan simpan satu di rumah untuk check suhu badan sendiri. Julat suhu normal ada pelbagai mazhab. Tapi kebiasaan yang digunakan adalah suhu 38 celcius dan ke atas maknanya korang memang demam.
Wah, bila dah tahu lepas ni penuh la ubat satu rumah. Hehe!
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Profesor Diraja Ungku Aziz Satu-Satunya Pemegang Gelaran Tertinggi Akademik Malaysia

Profesor Diraja Ungku Aziz merupakan salah seorang pemikir yang cukup dikagumi di Malaysia dan dunia.
Beliau merupakan seorang yang ‘genius’. Malah, penulis cukup kagum dengan beliau, terutama sifat cintakan ilmu yang ada padanya. Bidang beliau meliputi pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Beliau juga pernah mendapat anugerah terutama dalam bidang pendidikan dan komuniti(Dewan Masyarakat). Beliau juga menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama menerima Anugerah Melayu terbilang dan tokoh Maal hijrah.
ARTIKEL BERKAITAN : Diasaskan Oleh Empat Sultan Melayu, Ini 10 Individu Popular Malaysia Yang Merupakan Bekas Pelajar MCKK

Gelaran Profesor Diraja
Namun, korang tahu tidak bahawa gelaran tertinggi untuk ahli akademik, yang hanya pernah dipegang oleh seorang individu sahaja dalam sejarah?
Kalau anda nak tahu, gelaran tersebut adalah gelaran Profesor Diraja. Profesor diraja merupakan gelaran tertinggi yang dianugerahkan kepada seseorang profesor oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong.

Gelaran Tertinggi Akademik
Gelaran tertinggi dalam akademik ini diberikan kepada kepada ahli akademik yang memberikan sumbangan yang bernilai kepada masyarakat serta memberikan kemajuan kepada Malaysia.
Setakat hari ini, gelaran tertinggi ini hanya dipegang oleh seorang individu sahaja iaitu Profesor Diraja Yang Mulia Profesor Diraja Dr. Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid.
Beliau telah mendapat gelaran tersebut ketika berusia 42 tahun pada 17 Jun 1978. Gelaran Profesor Diraja diberikan kepada beliau yang merupakan seorang tokoh yang paling disegani, terutamanya dalam bidang pendidikan dan ekonomi di Malaysia.
Sumbangan Dalam Revolusi Pengurusan Haji Di Malaysia
Salah satu sumbangan beliau yang paling memberi impak kepada dunia kewangan masyarakat Islam di Malaysia melalui Penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji. Hasilnya kini, institusi tersebut memiliki pengurusan haji jemaah Malaysia yang sangat sistematik dan diiktiraf oleh dunia.

Berikut adalah antara ringkasan latar belakang dan sumbangan Allahyarham kepada masyarakat sepanjang hayatnya:
- Allahyarham dilahirkan pada 28 Januari 1922 di Hampstead, London dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat, English College di Johor Bharu sebelum melanjutkan pelajaran di Raffles College dan Universiti Malaya Singapura.
- Allahyarham merupakan Naib Canselor Universiti Malaya (UM) yang pertama dan paling lama berkhidmat.
- Sepanjang hayatnya, Allahyarham menulis lebih daripada 50 buah buku mengenai isu ekonomi dan sosial.
- Allahyarham yang merupakan keturunan kerabat Diraja Johor adalah satu-satunya anak Melayu yang diberikan gelaran Profesor Diraja oleh Agong.
- Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz adalah bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
- Allahyarham terkenal memperjuangkan bahasa Melayu sehingga dilantik sebagai Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang pertama.
Wajah Terpahat Pada Setem
Untuk makluman. gambar Prof Diraja Ungku Aziz telah terpahat pada salah satu setem khas bagi mengenang sumbangan tokoh cendekiawan Malaysia ini bersama dua orang tokoh akademik iaitu, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim dan Profesor Emeritus Tan Sri Mohd Rashdan Baba.
Tahukah anda Malaysia hanya pernah mempunyai seorang Profesor Diraja Ekonomi pada tahun 1978? Cuba korang teka berdasarkan tweet sumbangan beliau selepas ini. pic.twitter.com/6rSCbU73qi
— Pos Malaysia Berhad (@posmalaysia) December 30, 2022
Menerusi laman sosial Pos Malaysia, pihaknya memaklumkan penjualan setem ini sebagai usaha menghargai sumbangan besar tiga tokoh intelektual tersebut di negara ini.
Besar betul jasa figura Profesor Diraja Ungku Aziz ini.
BACA LAGI : Dua Tahun Berturut-Turut Bergelar Pendebat Terbaik, Muhammad Ilham Hafiz Azmi Cemerlang Bersama Pasukan Debat UIAM
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Resipi Oreo Red Velvet Cheese Cake Guna 6 Bahan Tanpa Oven

Pemanis mulut antara menjadi kegemaran kebanyakan daripada masyarakat kita, terutamanya seleksi kek beraneka rasa. Ramai yang lebih suka membeli sahaja di kedai kerana menganggap cara membuat kek adalah rumit dan memakan masa.
Namun begitu, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Cek Yah telah pun berkongsi satu resipi kek, iaitu Oreo Red Velvet Cheese Cake dengan hanya menggunakan 6 bahan tanpa oven.

Nampak mudah ya. Jom kita lihat resipi yang telah dikongsikan ini.
Bahan asas kek:
– 1 pek atau 14 bungkus Oreo Red Velvet (biskut sahaja, asingkan krimnya)
– 80gm butter (dicairkan)
Bahagian cream cheese:
– 500gm cream cheese
– 250ml whipping cream
– 4 sudu besar atau 50gm gula icing
– 1 sudu besar atau 10gm serbuk gelatin
– Cream oreo yang diasingkan
– 6 biskut oreo (dicincang kasar)

Lapisan atas:
– 200ml whipping cream
– 2 sudu besar atau 25gm gula icing
– 2gm serbuk gelatin
– Sedikit red velvet emalco atau pewarna merah/pink
Cara menyediakan:
1. Tuangkan butter yang dicairkan tadi, gaul sekata

2. Bila dah sekata, tekan-tekan seperti dalam gambar supaya rata. Dah siap, simpan dalam peti ais sekejap

3. Untuk cream cheese pula, cairkan 1 sudu besar sebuk gelatin halal (boleh beli di kedai bahan bakery). Kemudian, masukkan air 5sk air panas dan kacau hingga larut. Selepas itu, rendamkan bekas tersebut dalam air panas supaya gelatin terus cair
4. 500gm cream cheese- gaul sekata. Seeloknya biarkan pada suhu bilik satu jam sebelum guna baru senang nak kacau

5. Dalam bekas lain, putar hingga kental begini. 250ml whipping cream dan 4 sudu besar gula icing
6. Masukkan 1 sudu besar air panas ke dalam krim oreo tadi dan kacau hingga sebati
7. Kemudian, masukkan krim oreo dan whipping cream dalam adunan cream cheese. Kacau sebati

8. Setelah sebati, masukkan gelatin yang dicairkan dan kacau sebati
9. 6 biskut oreo red velvet dicincang kasar dan masukkan dalam adunan

10. Selepas itu, masukkan adunan cheese ke atas based yang telah dibuat tadi
11. Bila dah rata, masukkan ke dalam peti ais

12. Untuk lapisan pink pula, larutkan sebuk gelatin dan 4sk air panas, kemudian rendam bekas dalam air panas dulu. Ketepikan
13. Putar kental 200ml whipping cream dan dua sudu besar gula icing bersama sedikit red velvet emalco atau pewarna merah/pink
14. Bila dah sekata, masukkan gelatin dan putar sekejap sahaja

15. Tuangkan atas adunan cream cheese tadi

16. Kalau ada gelembung udara jangan risau, guna lidi dan pecahkan gelembung itu. Bila dah siap, masukkan ke dalam peti ais selama 5 jam atau pun semalaman

17. Selepas semalaman, keluarkan dan guna tuala yang direndam air panas kemudian lilit tepi Loyang. Dengan cara ini kek di tepi Loyang mudah tanggal

18. Hasil selepas di keluarkan daripada loyang

19. Siap!

Hm, nampak sedap kan. Selamat mencuba!
Kalau nak lebih mudah boleh rujuk pada video dibawah.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

