Aktres dan usahawan popular, Mira Filzah, memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan apa yang dilihat di media sosial, terutamanya dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin canggih dan sukar dibezakan daripada realiti.

Dedah Mira, dirinya pernah menjadi mangsa penyalahgunaan teknologi AI apabila wajahnya digunakan tanpa kebenaran untuk tujuan tidak senonoh.

Pernah Jadi Mangsa AI, Mira Filzah Titip Pesanan Jangan Mudah Terpedaya Dengan Gambar & Video AI

Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata itu memilih untuk tidak menghebohkan perkara berkenaan, sebaliknya mengambil tindakan dalaman dengan membuat laporan kepada pihak berkaitan.

“Perkara seperti ini sangat sukar dibendung walaupun laporan sudah dibuat. Kadang-kadang ada juga laporan yang ditolak.

“Saya mengambil keputusan untuk tidak memperbesarkan isu ini kerana jika ia dihebohkan, lebih ramai akan tahu dan mungkin memberi kesan yang lebih besar.

Pernah Jadi Mangsa AI, Mira Filzah Titip Pesanan Jangan Mudah Terpedaya Dengan Gambar & Video AI

Ads

“Sebaliknya, saya memilih untuk mendidik pengikut supaya menilai apa yang mereka lihat dan hanya mempercayai maklumat yang sahih,” kata Mira ketika ditemui pada sesi tayangan filem Akad Yang Hilang.

Bercakap kepada Remaja, Mira menekankan bahawa kecanggihan AI membuatkan masyarakat mudah terpengaruh apabila melihat kandungan visual secara sepintas lalu tanpa menyaring atau menyemak kesahihannya.

“Kadang-kadang sekali tengok memang mudah untuk kita percaya, tetapi cuba nilai semula. Ada yang tetap memilih untuk percaya walaupun jelas kandungan itu hasil manipulasi AI,” tambahnya.

Ads

Pernah Jadi Mangsa AI, Mira Filzah Titip Pesanan Jangan Mudah Terpedaya Dengan Gambar & Video AI

Menurut Mira, dia juga mendapatkan bantuan rakan kepada suaminya, Wan Emir Astar, bagi menguruskan perkara berkenaan secara tertutup.

Ads

Mira turut menjelaskan bahawa dia bukanlah individu yang gemar berkongsi setiap perkara peribadi di media sosial, termasuk langkah yang diambil apabila berdepan situasi sebegini.

“Bagi saya, tak semua perkara perlu diketahui orang ramai. Mungkin sebab itu ramai tak tahu saya pernah menjadi mangsa penyalahgunaan AI kerana saya tak pernah berkongsi laporan polis atau bukti di media sosial.

“Apa yang saya buat, biarlah saya sahaja yang tahu. Mana yang boleh diusahakan, kita lakukan. Mana yang di luar kawalan, saya memilih untuk bertenang,” katanya.

Pernah Jadi Mangsa AI, Mira Filzah Titip Pesanan Jangan Mudah Terpedaya Dengan Gambar & Video AI

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads