Media sosial amat sinonim dengan generasi muda yang gemar memanifestasi diri kepada umum. Kini, media sosial bukan hanya dilihat sebagai satu platform untuk berhubungan dan meraih perhatian sahaja, bahkan ia merupakan satu medium untuk menjana pendapatan yang lumayan.
Berbicara soal media sosial, TikTok merupakan sebuah aplikasi yang sohor kini. Ramai individu termasuk golongan selebriti sehinggalah ahli politik yang memanfaatkan aplikasi yang berasal dari China ini. Untuk berbicara soal penggunaan TikTok, Remaja menemubual pereka fesyen, Rico Rinaldi yang aktif dengan penghasilan kandungan menarik serta lucu bagi menarik perhatian pengikutnya di platform tersebut.
Berkongsi cerita, pada permulaan penglibatannya menggunakan aplikasi tersebut, ada segelintir individu yang mempertikaikan kononnya dia akan hilang eksklusiviti sebagai seorang pereka fesyen yang dikenali ramai.
“Pada mulanya ada yang mempertikaikan, bukan memandang sinis tetapi rakan-rakan terdekat yang meluahkan rasa bahawa mereka tidak lagi melihat saya seperti yang dulu. Luah mereka, saya patut menjaga standard dan mengekalkan eksklusiviti. Namun kini mereka sudah melihat dari sudut berbeza, mereka sudah nampak hasilnya dan mereka sedar yang TikTok merupakan platform yang paling bagus.
Ads
“Sebab apa, sebagai contoh dalam industri perkahwinan, pelanggan yang datang adalah one-off customer yang mana mereka tidak akan datang kembali, melainkan mereka membeli koleksi ready-to-wear. Pelanggan-pelanggan eksklusif pula sudah tidak lagi menempah baju kerana sekarang sudah tiada majlis, jadi tiada keperluan. Oleh itu saya perlu mendekati lapisan generasi baru dan muda, jadi TikTok merupakan platform yang sangat bagus.
“Saya tidak kisah apa orang cakap. Kerana ini adalah strategi untuk dikenali, sebab orang selalu ingat pereka fesyen ini sombong, diva ataupun tidak mudah di dekati. Menerusi video-video yang kelakar dengan suntikan kandungan yang melucukan, para pengikut akan rasa kita mudah di dekati sekaligus mereka akan tertarik dan tidak takut untuk melihat apa yang ditawarkan dalam perniagaan,” kongsinya panjang lebar tentang isu ini.
Ads
KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL
Ads
Menganggap media sosial tidak penting adalah satu pemikiran yang mundur sebenarnya. Dunia kini sudah berputar sekitar revolusi internet yang pantas menghubungkan manusia dengan kadar yang sangat cepat. Buktinya, Remaja kini yang dahulunya berpaksi kepada majalah percetakan sudah jauh melebarkan sayap ke laman sesawang dan media sosial seperti Instagram, Twittter dan TikTok.
Bagi Rico Rinaldi sendiri dia bersetuju dengan perkara ini kerana baginya dunia sudah berubah dan cara untuk berbisnes juga sudah berubah. Ujarnya, “Bagi saya, semua pemilik bisnes bukan hanya fesyen perlu memanfaatkan media sosial secara keseluruhan. Ini merupakan langkah pemasaran yang paling murah untuk kekal dalam industri fesyen. Penghasilan video-video yang menarik perhatian merupakan salah satu inisiatif untuk jenama saya dikenali. Kita tidak perlu malu kerana capaian sosial media sangat luas, daripada orang muda ke tua, yang bujang ke yang dah berkahwin semuanya ada di media sosial.”
***P/S- Korang jangan lupa follow TikTok Remaja. Follow this link and show some love!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam perjuangan melawan virus Covid-19, kerajaan telah melakukan pelbagai cara untuk mengekang penyebaran. Namun dalam pelaksanaan prosedur tersebut banyak juga kritikan yang diterima.
Terbaru apabila kerajaan mengumumkan denda sebanyak RM10’000 bagi mereka yang melanggar prosedur operasi standard perintah kawalan pergerakan bermula Mac ini, banyak reaksi bercampur baur diterima.
Antaranya, YB Hannah Yeoh yang merupakan ahli parlimen Segambut lantang menyelar tindakan tersebut menerusi ciapan di laman Twiter.
Menurutnya, “Hey @IsmailSabri60 denda RM10,000 keterlaluan, zalim dan melampau. Jumlah RM10,000 boleh menjadi pendapatan seseorang dalam setahun. Menteri PN boleh pula berbangga dengan pemberian beras sebagai Kerajaan Persekutuan tapi kenakan denda tak masuk akal seperti ini, hentikanlah!”
Hey @IsmailSabri60 Denda RM10,000 keterlaluan, zalim dan melampau. Jumlah RM10,000 boleh menjadi pendapatan seseorang dalam setahun. Menteri PN boleh pula berbangga dengan pemberian beras sebagai Kerajaan Persekutuan tapi kenakan denda tak masuk akal seperti ini, hentikanlah! pic.twitter.com/Sgs1Rek5Wz
Perkara itu dinyatakan dalam Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang dimuat naik dalam portal rasmi Jabatan Peguam Negara. Ordinan itu turut menyatakan syarikat atau perbadanan yang melakukan kesalahan berkaitan SOP boleh didenda sehingga RM50,000.
Antara kesalahan yang akan dikenakan denda ini ialah tidak memakai pelitup muka, gagal mematuhi penjarakan fizikal, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, rentas daerah/negeri tanpa kebenaran dan pusat hiburan.
***P/S – Apa pendapat anda tentang denda sebanyak RM10’00 ini?Untuk remaja di luar sana, sila patuhi segala SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Jumlah RM10’000 bukanlah nilai yang sedikit. Vaksin pun sudah tiba di Malaysia, semoga kita akan segera pulih dari pandemik ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi individu yang memakai cermin mata, pastinya mereka faham tentang betapa susahnya jika cermin mata dipenuhi dengan cap jari dan kesan calar.
Bahagian cermin mata adalah paling sensitif, jika terdapat sedikit sahaja kesan kotoran, ia boleh menganggu pandangan si pemakai dan membuatkan mereka rasa tidak selesa serta terganggu.
Foto: Gambar hiasan
Memang ada petua yang dikongsi seperti mencuci cermin mata menggunakan ubat gigi, namun ia tidaklah dapat menghilangkan segala kekotoran yang tersembunyi.
Namun begitu, ada sebuah alat pembersih ultrasonic yang dikatakan dapat menanggalkan segala kekotoran halus pada cermin mata. Difahamkan, kalau korang hantar di kedai cermin mata, mereka turut mengguna alat ini untuk melakukan kerja pembersihan.
Selain daripada cermin mata, pembersih ultrasonic ini juga dapat membersihkan aksesori-aksesori lain seperti jam tangan, cincin, subang dan lain-lain lagi.
Ha, berbaloi kan? Korang boleh dapatkan pembersih ultrasonic ini di Shopee.
Kalau sudah namanya dilahirkan di bumi Malaysia, suka atau tidak kita pasti akan bergantung kepada juadah nasi putih. Makanan ruji yang tidak pernah lekang daripada pinggan.
Begitupun, kadangkala lidah ini teringin merasai sesuatu yang berlainan. Ada juga di kalangan korang yang enggan menyentuh nasi atas alasan berbeza seperti ingin berdiet dengan mengurangkan pengambilan kanji.
Jika korang tergolong di kalangan mereka yang ingin mencari pengganti kepada nasi, penulis ada jawapan terbaik dalam bentuk snek ubi kayu.
Perkenalkan, snek Family Bite Malaysia yang mengembalikan semula nostalgia snek semasa zaman kita masih kecil; namun dengan sedikit kelainan pada rasanya.
Family Bite hadir dalam lima perisa berbeza untuk memberi pilihan kepada citarasa masing-masing.
Ini termasuklah perisa original, Cheeeesy, Mala Lobster, Salted Egg dan Wasabi.
Sukar sebenarnya untuk menulis memilih hanya satu perisa kegemaran kerana masing-masiing mempunyai kelebihan tersendiri. Dah cuba satu, mesti nak cuba yang satu lagi!
Hehe.. memang sesuai sebagai snek di antara masa makan utama ataupun pada malam hari sebagai hidangan supper.
Rahsia di sebalik rasa sedap pada snek Family Bite ini adalah pemilihan bahan ubi kayu yang segar daripada ladang dan betapa ranggupnya apabila ia dikunyah.
Senang cerita, satu tube saja tak cukup. Memang kena beli beberapa tube sebagai stok tambahan tau.
Korang boleh mencuba sendiri snek yang telah disahkan Halal ini dengan mendapatkannya secara atas talian di laman web Family Bite sendiri. Ada pelbagai jenis pakej disediakan mengikut jumlah yang ingin dibeli.
Terima kasih sekali lagi kepada Family Bite kerana menjemput penulis untuk sama-sama berbuka puasa pada tempoh hari.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...