Tidak dinafikan, seorang calon Pilihan Raya Umum (PRU) bagi kerusi Parlimen harus memiliki banyak kebolehan untuk menyakinkan rakyat di kawasan yang ditandingi agar undi berpihak kepada dirinya.
Salah satu faktor yang perlu dikuasai oleh calon tersebut adalah kebolehan berucap di hadapan orang ramai dalam memperjuangkan isu serta hak rakyat di Parlimen kelak jika dipilih sebagai wakil rakyat.
Benar, ramai sebenarnya ahli politik di Malaysia ini mendapat pendidikan yang baik sama ada dari institusi dalam negara mahupun bergelar graduan universiti antarabangsa.
Begitupun tidak semua yang petah menyampaikan hujah-hujah bernas sehebat tiga orang calon PRU15 ini; terdiri daripada Mohd Rafizi Ramli (calon Parlimen Pandan mewakili Pakatan Harapan), Datuk Seri Saifuddin Abdullah (calon Parlmen Indera Mahkota mewakili Perikatan Nasional) dan Isham Jalil (calon Parlimen Shah Alam mewakili Barisan Nasional).
Ketiga-tiga mewakili parti yang berbeza, namun mempunyai satu persamaan jika disoroti latar belakang sewaktu masih di bangku sekolah menengah. Masing-masing sebenarnya pernah dinobatkan sebagai pembahas terbaik semasa penyertaan dalam pertandingan bahas Piala Perdana Menteri.
Pertandingan yang dibahagikan kepada kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ini dianjurkan sejak tahun 1974 bermuula di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak bagi memenuhi hasrat mantan Perdana Menteri kedua Malaysia, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak untuk melahirkan bakat pemimpin cerdas dan bijaksana dari Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh.
Ads
Wah.. tidak hairanlah mereka begitu dinamik ketika berkata-kata, tersusun sahaja bila mendengar mereka berucap.
Sebagai calon termuda di antara ketiga-tiga ahli politik ini, Rafizi Ramli telah mendapat pendidikan sekolah menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan telah dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri pada tahun 1992 yang disampaikan oleh isteri Menteri Pendidikan pada waktu itu, Datuk Amar Dr Sulaiman Daud. Rafizi yang berada di Tingkatan Tiga sudahpun menyimpan aspirasi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, satu hari nanti.
Ads
Sementara itu, Isham Jalil yang merupakan alumni Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur pula dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri pada tahun 1991.
Ads
Calon paling senior di antara mereka bertiga, Datuk Seri Saifuddin Abdullah juga seperti Rafizi Ramli merupakan alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar dari tahun 1974 hingga 1980. Beliau berpeluang menyertai Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri sewaktu di Tingkatan 5 (1980) dan dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik.
Minat beliau dalam dunia perbahasan terus mekar apabila beliau memberikan sokongan kepada Pertandingan Debat Antara Universiti Piala Diraja dan Kelab Debat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira, kini tersenyum bangga apabila anak gadisnya, Engku Aleesya, berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan IGCSE. Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Erra menerusi media sosial, lengkap dengan ucapan ringkas penuh makna: “I’m proud of you, anak!”
Ungkapan itu nyata mencuri perhatian ramai kerana ia melambangkan rasa bahagia seorang ibu melihat kejayaan anaknya. Lebih istimewa, kejayaan ini juga membuka lembaran baru buat Aleesya untuk melangkah ke peringkat lebih tinggi – A-Level.
Langkah Baru, Cabaran Baru
Selepas melalui fasa IGCSE dengan gemilang, Aleesya kini bakal meneruskan perjalanan akademiknya ke A-Level. Bagi kebanyakan pelajar, A-Level dianggap sebagai salah satu cabaran besar sebelum ke universiti. Namun, dengan semangat dan disiplin yang dimiliki, Aleesya dilihat sudah bersedia menghadapi fasa baru ini.
Inspirasi Untuk Generasi Muda
Kejayaan Aleesya bukan sahaja membanggakan Erra, tetapi turut menjadi inspirasi buat remaja lain. Dalam dunia yang penuh dengan cabaran, kisah ini membuktikan bahawa dengan usaha, fokus dan sokongan keluarga, kejayaan pasti boleh digapai.
Ramai yang kagum dengan cara Aleesya mampu seimbang antara kehidupan remaja dan tuntutan akademik. Inilah bukti bahawa kunci kejayaan bukan semata-mata belajar tanpa henti, tetapi juga menjaga keseimbangan gaya hidup, disiplin diri, serta sokongan daripada orang tersayang.
Kejayaan Engku Aleesya mengingatkan kita bahawa setiap usaha pasti ada hasilnya. Buat remaja di luar sana, jangan sesekali putus asa. Teruskan usaha, cipta matlamat, dan cari inspirasi daripada kisah-kisah kejayaan seperti ini.
Seperti kata Erra, rasa bangga seorang ibu tidak datang dari keputusan semata-mata, tetapi daripada sikap rajin, semangat belajar dan ketabahan seorang anak dalam mencapai impian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semakin canggih teknologi dunia, semakin mudah manusia menguruskan urusan seharian yang kini semuanya boleh dilakukan di hujung jari.
Seperti yang dilakukan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) buat julung kalinya akan menggunakan sistem e-konvo berasaskan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) pada Majlis Konvokesyen ke-33 UUM yang bakal berlangsung esok di Dewan Mu’adzam Shah, Sintok bermula esok.
Menurut laporan BERNAMA, penggunaan sistem baharu itu mempunyai dua fungsi utama iaitu Sistem Pengurusan Jubah dan Sistem Panggilan Nama Graduan. Teknologi RFID yang menggunakan medan elektromagnetik frekuensi radio akan memindahkan maklumat daripada tag RFID ke pembaca bagi tujuan pengenalan yang dapat digunakan dalam pelbagai aplikasi.
Cara ini juga dapat mengurangkan sentuhan dan interaksi secara langsung dalam jarak yang dekat antara graduan dalam usaha untuk mengekang penularan COVID-19 sepanjang tempoh konvokesyen berlangsung.
Bagaimanakah penggunaan RFID dalam majlis konvo ini?
Tag RFID itu bersaiz kecil dan mempunyai tahap ketahanan yang tinggi serta dapat digunakan dalam jangka masa lama akan disematkan pada semua jubah graduan bagi membolehkan jubah yang disewa oleh graduan dikesan semula.
Teknologi ini dapat membantu pengurusan jubah dengan lebih cekap serta dapat menjana laporan inventori jubah dengan cepat dan efisien. Sementara itu, untuk Sistem Panggilan Nama Graduan, ia akan dikesan oleh pengimbas RFID dan nama mereka akan diumumkan secara automatik untuk mengambil skrol ijazah.
Terdahulu, penggunaan kad pintar memerlukan petugas menyentuh kad berkenaan tetapi dengan adanya teknologi RFID ini, ia dapat mengurangkan tenaga kerja staf, risiko kehilangan jubah serta meminimumkan kesilapan mengumumkan identiti graduan semasa menerima ijazah.
Dengan adanya insiatif ini juga ia secara tidak langsung dapat mengurangkan sentuhan fizikal yang berlaku di sepanjang majlis konvokesyen. Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada semua graduan yang bakal diraikan di majlis tersebut.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Seperti yang kita sedia maklum, Brunei Darussalam merupakan sebuah negara yang berjaya dalam mengekang penularan kes Covid-19. Lebih dari setahun negara tersebut tidak mencatatkan sebarang kes positif, aktiviti harian kerajaan, perniagaan serta aktiviti rakyat berjalan normal seperti sebelumnya.
Namun begitu, kelmarin Kementerian Kesihatan Brunei telah melaporkan terdapat lapan kes baharu Covid-19 di negara itu setelah lebih 457 hari bebas virus tersebut. Tujuh kes merupakan kes tempatan dan satu kes merupakan kes import. Dengan penambahan kes ini, Brunei setakat ini mencatat hanya 347 kes sepanjang pandemik tersebut melanda dunia.
“Lima kes terbaru ini iaitu kes 340 hingga kes 344 didapati memiliki kaitan dengan pusat pemantauan di negara ini. Lima kes ini tidak memiliki sejarah perjalanan ke luar negara dalam masa beberapa bulan sebelumnya. Kluster ini dipercayai terdedah salah seorang kes import yang tiba di Brunei Darussalam,” lapor Menteri Kesihatan Brunei, Dr Isham Jaafar.
Difahamkan lima individu dari tujuh kes tempatantersebut telah menerima sekurang-kurangnya satu dos Covid-19, manakala dua lagi belum menerima suntikan. Mereka berusia di antara 24 sehingga 54 tahun.
Manakala untuk kes ke lapan iaitu kes import melibatkan lelaki berusia 37 tahun yang tiba di negara itu pada 30 Julai 2021 dari Timur Tengah melalui Kuala Lumpur dengan menaiki penerbangan Diraja Brunei B1847 telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.
P/S – Pesanan untuk pembaca, sudah lengkap vaksinasi tidak bermakna anda tidak akan dijangkiti. Tujuan vaksinasi adalah untuk mengurangkan kesan yang bakal diterima sekiranya anda dijangkiti sekaligus membantu menyelamatkan nyawa anda.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.