Satu demi satu kejayaan telah dilakar oleh finalis Hero Remaja 2017, Safwan Nazri apabila kini remaja ini sudah pun memiliki perniagaan dengan membuka sebuah cawangan klinik kesihatan.

Jelas Safwan, kali ini dia menjadi ‘bidang terjun’ apabila cuba untuk bertukar angin memulakan perniagaan dalam bidang perubatan.

Pernah Bercita-Cita Nak Jadi Doktor, Safwan Nazri Akhirnya Berjaya Buka Klinik Sendiri

“Sebenarnya sejak kecil lagi saya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor kanak-kanak. Pada waktu itu usia saya baru 12 tahun dan cita-cita itu telah disimpan sehinggalah saya tamat persekolahan. Namun, dek kerana tidak terlalu pandai (ketawa) saya tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang medik. Tetapi, saya meneruskan pembelajaran ke peringkat diploma dengan mengambil jurusan sains,”

“Waktu itu saya masih lagi menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang medik, sehinggalah tamat semester 6, saya sedar yang saya tidak berkemampuan untuk menjadi doktor dan merasakan cita-cita saya itu sesuatu yang mengarut (ketawa),” jelasnya.

IKLAN

Pernah Bercita-Cita Nak Jadi Doktor, Safwan Nazri Akhirnya Berjaya Buka Klinik Sendiri

Namun semuanya berubah apabila dia bertemu dengan pasangan suami isteri Datuk Nafidz Razak dan Datin Ummul Khairiyah yang banyak membantu sehingga menjadikan impiannya ini sebagai satu realiti.

“Semuanya bermula ketika saya join bermain basikal dengan rakan-rakan yang lain. Ketika itu saya diperkenalkan kepada Datuk dan Datin dan mereka banyak memberi semangat dan inspirasi buat saya meneruskan impian ini. Saya pernah bertanya kepada Datuk, adakah kemungkinan orang biasa seperti saya boleh membuka sebuah klinik? Dan daripada situ mereka mendorong saya untuk membuka cawangan klinik ini,”

IKLAN
Pernah Bercita-Cita Nak Jadi Doktor, Safwan Nazri Akhirnya Berjaya Buka Klinik Sendiri
Instagram: @safwannazri

“Alhamdulillah berkat rezeki yang diperoleh daripada perniagaan makanan yang saya buat, saya laburkan sedikit wang untuk mencuba pula dalam bisnes perubatan ini. Jangan salah sangka pula, bukan saya yang merawat pesakit dan saya tak duduk pun di klinik itu nanti, saya hanya perlu memastikan cawangan klinik itu berjalan lancar. Megaklinik Zahran sudah punya team mereka sendiri, baik daripada segi doktor, jururawat dan sebagainya, jadi selaku owner saya perlu memastikan semuanya berjalan dengan baik,” tambah Safwan lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Safwan Nazri (@safwannazri)

Walaupun bakal membuka sebuah klinik, namun Safwan turut menjelaskan bahawa minatnya dalam bidang F&B masih lagi menebal dan dia tetap akan meneruskan perniagaan makanan itu.

“Alhamdulillah saya dapat mencuba banyak perkara dalam hidup. Cita-cita membuka klinik akhirnya tercapai, saya juga sudah mempunyai beberapa bisnes f&b iaitu Ayo Fried Chicken, Oley-Oley Crunchy dan Oley-Oley Shellout. Saya tetap akan memberi fokus kepada perniagaan makanan dan dalam masa yang sama turut masuk ke set penggambaran drama. Selagi mana saya termampu, saya akan buat sehabis baik,”

IKLAN

Safwan memilih membuka cawangan Megaklinik Zahran di Alam Damai, Cheras dan khabarnya klinik itu bakal dibuka pada Mac depan. Klinik ini juga dibuka bersama OYB Dr Afiq Aziz.

Pernah Bercita-Cita Nak Jadi Doktor, Safwan Nazri Akhirnya Berjaya Buka Klinik Sendiri
Instagram: @safwannazri

Tahniah kami ucapkan kepada Safwan Nazri dan semoga hasil usahanya ini sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI