Pernah Alami Masalah Ruam, Ratu Cantik Cipta Tuala Wanita Biodegradasi

Share

Jika bercerita tentang kecantikan memang tiada rahsia. Produk mana yang bagus dan sebagainya tapi kalau nak buka topik fasal tuala wanita ramai yang tutup mulut. Bukan apa, masing-masing segan nak berkongsi pendapat tentang jenama tuala wanita yang selesa.

ARTIKEL BERKAITAN : 20 Tempat Di Luar Negara Yang Menyediakan Produk Haid Secara Percuma

Foto Via Pexels

Sebab ada yang berpendapat itukan soal peribadi namun bagi penulis tidak ada salahnya pun kalau hendak membuat ulasan dan berkongsi.

Mengambil serius perkara ini, Ratu Bumi Malaysia 2020/2021 dan juga Doktor perubatan di Hospital Putrajaya iaitu Dr Nisha Thayananthan akan mengeluarkan tuala wanita biodegradasi atau mudah urai jenama sendiri.

Bagi menjayakan impiannya ini beliau bekerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) bagi mempromosikan hasratnya melindungi alam sekitar daripada sisa plastik.

REMAJA sempat menghubungi dan bertanyakan lebit lanjut mengenai tuala wanita biodegradasi ini.

1. Bagaimana tercetusnya idea tuala wanita biodegradasi?

Semasa saya mengambil jurusan perubatan di Sarawak saya nampak ramai wanita yang susah. Kunjungan ke rumah panjang masa “community posting”, saya ternampak wanita gunakan kain biasa untuk menjadikan tuala wanita, masa tu tercetusnya idea untuk tolong mereka. Apatah lagi kita sedang berdepan dengan masalah alam sekitar seperti pencemaran plastik. Jadi tercetuslah idea mencipta pad biodegrasi yang dapat membantu wanita dan alam sekitar.

2. Pengalaman sendiri yang tidak menarik mengenai tuala wanita sedia ada di pasaran?

Sebelum ini,  saya pernah mengunakan tuala wanita biasa saya sering mengalami masalah ruam kerana geseran bahagian plastik tuala wanita di kulit saya. Selepas saya mengunakan tuala wanita biodegradisi saya, masalah itu tidak berulang lagi.

Tambahan lagi ketika berkhidmat sebagai doktor di bahagian sakit puan sebelum ni, saya dapat nampak ramai wanita berdepan dengan masalah kesihatan  : pad rash/ abnormal vaginal discharge

So I created this to help them overcome health issues.

3. Perbezaan tuala wanita biasa dengan tuala wanita biodegradasi?

Tuala wanita biodegradasi tidak akan menambah masalah pencemaran plastik kerana kelebihannya untuk biodegradasi. Tuala wanita ini akan berdegrasi di dalam 216 jam.

Selanjutnya, masalah ruam akibat geseran plastik telah hilang selepas saya menukar kepada tuala wanita biodegradasi. Ia juga tidak mempunyai bahan sintetik kerana bahan yang digunakan untuk membuat tuala wanita ini adalah bahan semulajadi.

Tuala wanita ini tidak mengandungi bahan chemical “ Dioxin”, di mana dalam kajian terbaru dioxin boleh mengundang kanser rahim dan cervix.

  • Tuala wanita biodegradable (ecopad)
  • No chemical
  • Completely degradable in 216 h
  • No health issue
  • No plastic – saves environment

3. Harapan untuk tuala wanita biodegradasi?

Saya berharap tuala wanita ini dapat di pakai oleh wanita Malaysia supaya masalah pencemaran plastik dapat di atasi. Selanjutnya, saya berharap dana daripada pembelian tuala wanita ini dapat membantu mengatasi kemelut kemiskinan haid dalam kalangan wanita yang tidak berkemampuan untuk membeli tuala wanita.

4. Pendorong

Pendorong utama saya adalah ibu saya. Beliau menguruskan tempat perlindungan haiwan dan sebuah rumah orang tua. iltizam ibu saya untuk membantu orang ramai menjadi inspirasi untuk saya melakukan projek ini.

Untuk korang yang ingin mendapatkan tuala wanita biodegradasi ini, boleh mendapatkannya di melalui :

Instagram: @ecopadmalaysia
Facebook: Ecopad by Dr Nisha
Website : https://www.ecopadbydrnisha.com/

Sebahagian daripada jualan akan disalurkan kepada orang kurang mampu, dan organisasi alam sekitar. Malah, semua wanita boleh membeli tuala wanita biodegradasi ini. Tiada halangan. Kerana sexual untuk semua.

BACA: “Sanggup Hamil Demi Elak Period”, Isu Kemiskinan Haid Benar-Benar Berlaku Di Negara Kita

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

IKLAN