Kematian seorang kanak-kanak lelaki yang didera ibu sendiri, Muhammad Luthhakim Abdullah, 10 tahun bagai merentap naluri. Masakan tidak, sebelum tewas di tangan ibunya sendiri semalam, sudah ada kes siasatan dan laporan dibuat pada 2016 sebelum ini tetapi kemudian tertuduh dibebaskan semula kerana kekurangan bukti.
Ternyata semalam, akhirnya hanya air mata yang menjadi saksi bahawa selama ini anak kecil ini menanggung penderitaan yang bukan sedikit. Sangat mengejutkan, pemeriksaan rapi pihak hospital mendapati ada kesan melecur pada kemaluan selain beberapa kesan lebam pada bahagian pergelangan kaki, belakang badan, pinggang, punggung dan ketiak arwah.
Itu penderitaan ditanggung kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, Muhammad Luthhakim Abdullah selepas disahkan meninggal dunia akibat didera ibu kandungnya di Taman Permatang Badak Maju, Permatang Badak, Kuantan, tengah hari semalam.
Kesan kecederaan ditemui pasukan perubatan yang merawat mangsa dipercayai kesan lama akibat didera sejak beberapa bulan lalu sebelum mangsa menghembuskan nafas terakhir sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, 1 tengah hari semalam.
Arwah Luthakim yang maut didera ibu sendiri tenghari semalam. Al-Fatihah dan semoga damai dan tenang di sana. Gambar FBSalah satu dakwaan yang mendakwa tahu tentang kejadian dera ini. Kalau benar apa dikatakan memang amat kejam..Ini juga bukti beberapa dari akaun fb yang mendakwa tahu tentang kejadian arwah didera dari kecil. Sumber fb
Sumber berkata, Muhammad Luthhakim Abdullah dipercayai menjadi mangsa dera ibunya sejak beberapa bulan lalu berdasarkan kesan kecederaan lama ditemui pada tubuh mangsa.
“Proses bedah siasat dijalankan bagi mengetahui punca menyebabkan mangsa meninggal dunia…berdasarkan kesan kecederaan, mangsa pernah didera sebelum ini,” katanya.
Menurut sumber itu, ibu mangsa sebelum ini pernah ditahan pihak berkuasa atas kes penderaan terhadap mangsa pada 2016 sebelum dibebaskan kerana kekurangan bukti untuk pendakwaan.
Terdahulu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman mengesahkan suspek yang juga ibu kandung kanak-kanak lelaki itu ditahan polis di HTAA petang semalam, bagi membantu siasatan.
Ada dakwaan mengatakan inilah ibu kandung kepada arwah Luthhakim
Katanya, siasatan awal mendapati suspek berusia 29 tahun membuat panggilan kecemasan menghubungi HTAA pada 12 tengah hari memaklumkan anak lelakinya tidak sedarkan diri di rumah sebelum ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, sebaik tiba pasukan perubatan cuba memberikan rawatan awal sebelum mangsa dibawa ke HTAA dan disahkan meninggal dunia.
Difahamkan suami suspek berusia 40-an dan berasal dari Klang, Selangor turut ditahan malam tadi bagi membantu siasatan.
Sementara itu, jiran sebelah rumah mangsa yang enggan dikenali memaklumkan, dia terkejut mengenai kejadian itu dan memberitahu bahawa keluarganya jarang bergaul dengan keluarga mangsa.
“Kami terkejut apabila mendapat tahu kes ini semalam kerana sejak mereka berpindah ke sini tiga bulan lalu, mereka jarang bergaul dengan kami.
“Pagi tadi, saya ditanya bapa kepada seorang kanak-kanak yang diasuh suspek mengenai kes berkenaan kerana melihat kawasan rumah suspek sudah ditutup polis untuk siasatan dan mereka turut terkejut.
“Saya dimaklumkan oleh lelaki berkenaan bahawa anaknya tidak suka untuk pergi ke rumah pengasuhnya (suspek) tetapi atas sebab apa saya tidak tahu,” katanya.
Jiran terbabit turut memaklumkan, polis sudah mengambil keterangan suspek sebanyak dua kali sejak semalam bagi membantu siasatan.
“Saya difahamkan polis turut mengambil beberapa barang kes seperti baju sekolah mangsa untuk membantu siasatan,” katanya.
Jiran terbabit memaklumkan, suspek turut mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia lapan tahun, namun jarang melihat dua kanak-kanak berkenaan bermain di luar rumah.
“Sejak sejak menyewa di sini, keluarga mereka jarang bergaul dan membuat hal masing-masing dan saya cuma tahu suaminya ada melakukan beberapa pekerjaan dan isterinya mengasuh tiga kanak-kanak,” katanya.
Tak semestinya perkara yang tak nampak di mata kasar itu tidak bermakna ia tidak wujud!
Di arus kemodenan ini, kadnag-kadang kita selalu lupa bahawa terdapat makhluk lain yang turut wujud bersama-sama dengan kita. Cuma tak nampak di mata kasar sahaja.
Dan sebab itu juga, manusia suka untuk menidakkan sesuatu yang kita tidak nampak dan mengatakan ia tidak wujud.
Filem Thailand, Nakee 2 bersangkut-paut dengan perkara ini apabila satu demi satu pembunuhan terjadi di sebuah perkampungan kecil di utara negara tersebut yang menerima kehadiran detektif baru.
Ketika memulakan penyiasatan, dia berdepan dengan pelbagai perkara pelik membuatkan orang kampung tersebut mengatakan bahawa makhluk mistik, Nakee sudah mengganas kembali dan dialah yang membunuh orang kampung.
Namun, tidak percaya dengan apa yang didengarinya hinggalah dia melihat sendiri makhluk purba tersebut.
Dalam pada itu, muncul pula watak Soi yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan makhluk mistik tersebut dan boleh membantu mengawalnya.
Namun, persoalan, benarkan Nakee yang bertanggungjawab dengan semua pembunuhan itu dan adakah Soi boleh membantu?
Diarahkan oleh Pongpat Wachirabunjong, Nakee 2 turut dibintangi para pelakon handalan seperti Urassaya Sperbund, Nadech Kugimiya, Natapohn Tameeruks dan Phupoom Pongpanu.
Macam biasa, Remaja nak jadikan korang antara yang pertama menonton Nakee 2 bersama kami denagn hanya menjawab soalan-soalan mudah dibawah.
Menangi Tiket Tayangan Perdana Remaja X Nakee 2
Tarikh: 16 Julai
Masa: 8.45 PM
Tempat: TGV, One Utama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak semalam netizen Malaysia menyuarakan rasa marah di atas tindakan beberapa orang wanita yang memijak anak kucing. Raungan anak kucing berkenaan yang kelihatan sayu dan seolah-olah tidak berdaya dan akhirnya menemui ajal membuatkan ribuan netizen menyuarakan kemarahan di atas sikap kebinatangan yang ditunjukkan oleh wanita berkenaan.
Untuk makluman semua, video pijak anak kucing itu adalah video lama. Ia berlaku pada tahun 2015 di Brazil dan pelakunya sudah pun ditangkap. Bukan saja kucing tapi arnab yang comel juga menjadi mangsa.
Yeah, Allah membalas perbuatan kejam dan lebih bersifat kebinatangan itu!
Memijak haiwan comel menggunakan tumit membawa kepuasan kepada pelakunyaArnab yang comel juga menjadi mangsa kegilaan manusia
Tapi di sebalik kes pijak kucing yang tular di negara latin itu, ada kisah lebih dari itu yang mendorong kepada perbuatan kejam tersebut.
Carian REMAJA mendapati, tindakan pijak kucing dan haiwan-haiwan manja ini sebenarnya lebih terdorong kepada fantasi seksual luar biasa yang disebut ‘fetish sexuality”.
Fetish bermaksud suatu keadaan di mana seseorang cenderung melakukan hal tertentu yang spesifik, untuk memenuhi hasrat ketika ingin memulakan hubungan seksual mereka dan mencapai kepuasaan. Hal-hal tertentu yang dilakukan dalam fetish bermacam-macam, mulai dari yang normal hingga yang paling aneh dan tidak terpikirkan oleh orang kebanyakan.
Fetish boleh berupa tindakan atau melihat sesuatu yang membuatkan seseorang menjadi lebih ghairah dan ia akan melakukannya dengan pasangannya ketika berhubungan.
Sebagai contoh, pasangan mungkin lebih berasa ghairah melihat pasangannya memakai kasut tumit tinggi di dalam kamar tidur malah ada beranggapan menjilat tumit pasangan adalah kepuasan paling tinggi. Bagi sesetengah orang pula, melihat pasangan memakai pakaian dalam lebih membuatnya berasa ghairah.
Normal atau tidak tindakan ini? Ada yang menganggapnya normal kalau pasangan bersedia melakukannya tapi boleh jadi ganguan jiwa jika ia lebih memaksa.
Justeru itu, dalam kes video kucing yang dipijak menggunakan tumit kaki itu, ia adalah satu tindakan dorongan untuk mereka berasa lebih puas dalam fantasi seksual bersama haiwan yang diseksa tersebut. Lebih menjijikkan, selepas diseksa, mereka akan membayangkan fantasi seksual yang tinggi bersama haiwan diseksa itu dan kemudian menayangkannya di media sosial sambil ditonton oleh ribuan orang. Mereka mendapat kepuasan saat menyaksikan perbuatan tersebut.
Raungan anak kucing berkenaan mendapat simpati tinggi dari netizen yang mendoakan agar pelakunya dihukumIa video lama yang disiarkan dan pelakunya sudah ditangkap
Pergh, memang tak masuk akal fantasi begini! Menjijikkan!
Apa pun alasan mereka lakukannya, ia mendapat kecaman besar-besaran dari masyarakat di sana yang beranggapan kucing dan arnab comel itu tidak perlu dijadikan mangsa oleh manusia!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akinat baran, terpaksalah penyanyi yang seorang ini raikan ambang merdeka di dalam lokap.
Desas-desus seorang penyanyi remaja yang juga merupakan komposer berbakat direman polis mula kencang tersebar selepas kenyataan dikeluarkan oleh pihak polis sendiri, lewat petang tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya iaitu Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, artis berusia 21 tahun itu telah direman selama empat hari sehingga Ahad ini atas isu memaki dan menumbuk seorang pekerja stesen minyak di Ampang, semalam.
Kata beliau kepada rakan media di Sinar Harian, “Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.”
Tambah beliau lagi, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang semalam di mana penyanyi tersebut menghampiri seorang pekerja warga Bangladesh yang sedang menyusun barang di kaunter.
“Semasa lalu di sebelah mangsa, suspek tiba-tiba bertindak menumbuk dada mangsa selain menarik baju serta memaki hamun mangsa dengan perkataan tidak senonoh,” kata beliau.
Amboi, amboi.. Baran nampak.
Nasib penyanyi itu bagaimanapun kurang bernasib baik.
Kira-kira lima minit kemudian, kenderaan peronda polis tiba di lokasi kejadian dan meminta kad pengenalan suspek serta rakannya di dalam kereta.
Bagaimanapun, penyanyi itu enggan memberi kerjasama dan dengan nada marah mempertikaikan kuasa polis memeriksa dirinya serta meminta kad pengenalan.
Alamak, salah langkah lah. Mana tidaknya, susulan itu, dirinya telah ditahan dan direman selama 4 hari untuk membantu siasatan.
*
Netizen mulai menjatuhkan spekulasi terhadap beberapa orang penyanyi lelaki remaja tanah air yang berusia 21 tahun.
Kasihan, akibat perbuatan seorang semua penyanyi berusia 21 tahun jadi kecaman.
Lain kali, amarah itu tengok tempat dulu. Janganlah buat sesuatu tanpa bersebab. *facepalm*
Sumber: SINAR HARIAN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.